BAB 14!

345 26 0
                                    

"Kau larat ke? Kalau tak larat jangan paksa." kata Najmie.

"Aku okay je la. Yang sakit tangan aku bukan kaki aku. So, aku masih boleh jalan ikut korang." balas Nina geram. Asyik-asyik kena tanya. Haih!

"Suka hati kau lah. Aktiviti kita sekarang lama sikit tau." katanya lagi.

Nina sekadar mengangguk.

"Dah jom. Iman, pastikan Izz sentiasa dekat kau. Jaga dia." ujar Khai.

"Ye la. Dah tua pun nak kena jaga." balas Iman.

"Aku tak suruh pun kau jaga aku." kata Nina.

"Dah-dah. Kalau asyik gaduh je bila nak hiking?" sampuk Hanafi.

Nina menjeling.

Mereka bergerak bersama.

"Okay semua. Saya bagi kumpulan yang akan ikut fasilitator. Tapi ni ikut kumpulan lain pula ye. Bukan ikut kumpulan masa redah hutan tu." kata Khai.

"Saya akan bawa kumpulan 1 dan 2. Nina dam Iman akan jaga kumpulan 3 dan 4. Najmie kumpulan 5 dan 6. Yaya dan Yanna kumpulan 7 dan 8. Hanafi kumpulan 9 dan 10. Korang semua jalan hati-hati tau." terangnya serta nasihat.

"Yes. Kita ikut Nina!" sorak Ryna dan Arissa.

"Yeay! Aku pun dapat Nina." kata Adam dan Daniel serentak.

"Mestilah sebab aku yang pilih korang jadi ahli kumpulan aku." sampuk Nina.

"Your the best Nina!" kata Adib dan Isack.

Fariz mengangguk.

"Yeay!" jerit Adrian.

"Ad! Kau jangan seronok sangat. Kau tu ada tugas." kata Nina cukup didengari Adrian sahaja. Adrian mencebik.

"Kenapa tak suruh Zack je bos? Saya nak enjoy!" katanya tak puas hati.

"Okay. Kau tunggu. Aku call Zack." Nina membuat panggilan. Dia membuka pembesar suara.

"Hello Zack?"

"Ye bos ada apa? Bos dah rindu saya ke? Jangan risau lah bos. Saya tak lari pun. Bos jangan risau ye." kata Zack.

"Siapa tu?" sampuk Daniel. Nina membuat isyarat senyap. Mereka yang lain sudah berkumpul mendekati Nina dan Adrian.

"Kau jangan nak perasanlah bego! Aku ada tugas untuk kau sebab ni kawan baik sehidup semati semeninggal kau ni tak nak jalankan tugas. Dia kata nak enjoy." balas Nina.

"Alah bos. Saya ada tugas lain la." rumgut Zack.

"Aku naikkan gaji kau." kata Nina.

Adrian sudah membuntang.

"Ha ok bos. Saya terima tuga..." belum sempat Zack menghabiskan kata, Adrian pantas merampas handphone Nina.

"Hello? Ha Zack aku ni Adrian. Aku tiba-tiba rajin pula nak jalankan tugas ni. Aku dapat ilham. Baru turun dari langit. So, biar aku je la yang handle tugas ni. Bye!" dengan pantas Adrian menamatkan panggilan. Dia mengembalikan handphone kepada Nina. Nina memandangnya tajam.

"Kalau pasal naikkan gaji, laju je kau kan?" tanya Nina.

Adrian tersengih.

"Apa ni? Gaji apa?" sampuk Fariz.

"Takde apa." balas Adrian pantas menarik Nina laju ke hadapan.

"Asal kau tarik-tarik aku ni? Rimas lah!" marah Nina.

"Bos tak tau ke yang Fariz tu suka kat bos?" tanya Adrian.

"Apa kau merepek ni?" tanya Nina.

"Come on bos. Firasat aku kuat mengatakan yang si Fariz tu syok kat bos." kata Adrian lagi.

"Dah-dah. Firasat kau tu sama je macam otak kau. Putus! Tak payah merepek lah." ujar Nina.

"Nina! Tunggu la!" jerit Ryna.

Mereka berjalan bersama-sama sambil bercerita.

"Fasi Nina saya nak tanya." ujar seseorang.

"Apa?"

"Fasi Nina hebatlah. Dari mana fasi belajar pertahankan diri?" tanyanya.

"Belajar sendiri." balasnya.

"Wow bestnya. Mesti untung siapa yang dapat Fasi Nina kan?" tanyanya sambil tersenyum. Nina ketawa.

"Apa yang untungnya?" tanya Nina.

"Ye la. Dah la pandai lawan. Then cantik pula tu. Fuh siapa la yang untung dapat fasi Nina ni nanti." katanya lagi.

"Merepek lah awk ni. Saya biasa-biasa je la." balas Nina.

"No no no aku setuju cakap dia. Kau punya Show WWE tu memang power!" sampuk Daniel.

"Kau asal tak habis-habis dengan Show WWE ni?" tanya Nina sambil tertawa kecil.

"Best giler. Kalau korang semua nak tahu, sejak Nina masuk sekolah kitorang, takde dah yang berani buat hal kecuali geng ulat tu." kata Adam. Dia memperlahankan ayat lastnya.

"Kalau nak tahu. Si Nina ni memang terror berlawan. Dia je yang berani. Hari tu korang nampak sikit je. Belum yang extrem lagi." kata Daniel.

Haih! Mereka ni kenapa cerita pasal aku pula? Takde cerita lain ke?

"Pergh! Fasi Nina ada instagram tak?" tanya budak dari sekolah lain itu.

"Ada."

"Apa nama instagram kau? Asal aku tak pernah tahu?" sampuk Adrian.

"Ehh kau diam. Pergi jalankan tugas kau kat depan. Aku potong gaji kau kang." ugut Nina.

Adrian mencebik.

"Ye la." balasnya.

"Instagram aku banyak tapi kau nak yang mana satu?" tanya Nina.

"Eleh kau. Macam famous je nak buat instagram banyak-banyak." kata Fariz.

"Memang aku famous pun. Kau je tak tahu." balas Nina lalu ketawa.

Nina memberi nama instagramnya kepada peserta dari sekolah lain itu.

"Ehh ye la. Fasi Nina famous." katanya teruja.

"Ceh! Iman lagi famous lah!" sampuknya.

"Setakat instagram kau tu. Ceh! Masih kalah dengan aku." balas Nina.

Iman menjeling.

"Ha! Kalau korang nak tahu, Nina ni cousin aku." kata Adib bangga.

"Ye ke fasi Nina?" tanya mereka peserta dari sekolah lain.

Nina mengangguk. Adib tersenyum bangga.

"Tapi..." gantungnya.

"Tapi apa?" tanya mereka.

Nina dan Iman berpandangan. Mereka tersenyum.

"Tapi Adib ni cousin pungut!" jerit Nina dan Iman.

Mereka ketawa melihat muka cemberut Adib.

"Ha! Kalau nak tau dia ni pun bestfriend pungut aku." sampuk Fariz.

Adib menumbuk bahu Fariz.

Mereka ketawa melihat muka Adib.

________________________________

"Jess, kau rasa kenapa kumpulan 3 dan 4 dari tadi asyik gelak je. Ada sesuatu terjadi ke?" tanya Violet.

"Mesti tengah mengumpat geng kita!" balas Jess.

"So, apa kita nak buat?" tanya Victoria.

Jess tersenyum sinis.

"Aku ada rancangan best punya!" kata Jess bangga.

"Apa?" Violet dam Victoria pelik melihat senyuman Jess.

"Macam ni....."

Tanpa mereka sedar, seseorang sedang memerhatinya dan mendengar perbualan mereka.

🌹🌹🌹

Thank u vote and komen!💙
Love u all Muahahaha✨

*sorry kalau banyak typo😭

The Tengku's MafiaKde žijí příběhy. Začni objevovat