♕°KTR 85°♕

670 90 8
                                    

Di dunia bawah,

Vex sedang melihat bulan seperti biasa di kerusi malasnya.Dia sungguh bosan masa ni.Tadi dia pergi jenguk kota gadis kecilnya.Namun dia tak bertemu.Bahkan Vex sempat ke kediaman Chloe.Tiada tanda tanda Chloe keluar.Bahkan keberadaan nya juga tidak terasa.

Sempat jugaklah menyelinap dalam kediaman tersebut.Aura di kediaman tersebut juga agak mengerikan tapi oleh kerana dia vampir tidak terasa sangat.Dan dia juga hampir tertangkap oleh ayahnya Chloe tadi.

(Vex memang gali kubur sendiri datang ke sini...kenapa kau pi pecah masuk rumah bakal ayah mertua kau....)

Beginilah yer...imbas kembali,

Vex sampai ke kediaman Shulz.Penjagaan mereka sangat ketat.Bagi Vex senang je nak masuk dengan sihir kelas atas dapat juga menembusi pertahanan Schulz.

Dia agak terpaku setelah masuk...aura nya bukan main dan juga tidak seperti kediaman bangsawan manusia yang pernah ia masuk.Dan juga bunga bunga disini adalah mawar dan lili.Vex tidak tahu ianya warna apa tapi sebagai pengguna mana yang terkait dengan kegelapan,merasakan intimidasi sedikit disini.

Vex mulai meneroka dengan sihir halimunan nya.Dia perlu berhati-hati supaya tidak mengeluarkan sedikit auranya.Kerana keturunan penyihir demonic biasanya sangat sensitif akan aura monster.Itulah yang Azz katakan padanya.

Vex berjalan jalan meneroka kawasan.Sekiranya dibandingkan dengan istananya,kediaman ini setengah daripada keluasan istana nya.Tidak buruk juga.

Entah bagaimana dia boleh sampai ke gazebo.Ada seorang lelaki dan dua wanita bereksperisi agak tegang.Seperti berbual sesuatu yang serius.

Aura mereka juga bukan biasa biasa.'Manusia di kota ini sememangnya memberi banyak kejutan padaku....berbanding di Empayar Mawlence...mana disini lebih padat.' batin Vex.

Oleh kerana ini dah terpesong dari tujuan untuk cari Chloe,Vex ingin beredar namun apabila mendengar nama Chloe dia terus urungkan niat untuk beredar.....

"Arthur.....mengapa kau menghantar Chloe dan Charlos ke akademi...bagaimana kalau mereka terluka gara gara para banjingan anak bangsawan" protes Emilien.Dia bersama Alexia datang ke sini untuk menghilangkan stres.Tapi yang ia dapat adalah makin stress sebab Arthur langsung tak memberitahu hal ini.

"Memangnya kenapa...mereka itu anak anakku.Mereka boleh berdikari.....lagipula Empress datang kesini keperluan apa ya..kukira anda mahu bahas benda penting" balas Arthur dengan wajah datar.

"Lah...salahkah nak menjenguk adik 'kesayangan' aku sendiri....." Emilien tersenyum dingin sambil mengutuk Arthur dalam hati.

"Sikap anda masih tidak berubah....bagaimana Emperor boleh jatuh cinta dengan anda"

"Mulut kau tu jaga sikit....aku cakap lain dia ubah topik pula" protes Emilien.Dia dan Arthur memang rapat sejak dulu cuma Arthur lebih matang.Itu yang kekadang Emilien nak runtuhkan kematangan Arthur.

Alexia minum teh tanpa mencelah perbualan mereka.Bondanya terlalu bosan diistana gara gara dokumen sehingga kan bonda melarikan diri.Ayahanda sedang sibuk dengan mesyuarat para menteri..Namun masalahnya mengapa ia ditarik sekali.Nanti Emperor pasti cemas apabila mendapat khabar puteri mahkota dan isteri sendiri hilang.

Kalau adiknya mendapat tahu dia turut terlibat pasti perlu menadahkan telinga sehingga berdarah untuk mendengar semua peraturan istana.Habis semua dia ungkit.Alvino agak kejam pada dirinya.

"Empress...adakah anda keluar tanpa keizinan Emperor lagi? Lihat dari pakaian anda dan juga puteri Alexia seakan terburu-buru..Benarkan tekaan ku!!?" ujar Arthur membuat Emilien dan Alexia berpeluh.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now