♕°KTR 131°♕

521 67 7
                                    

Kreak

Chloe menutup pintu bilik Vex dengan perlahan.Dan melihat abang kembarnya sedang bersandar di dinding dengan mata terkatup.Menunggu hampir sejam...apa yang mereka bicarakan itu tak tahu.

"Jadi kau mahu meneruskan plan itu" tanya Charlos membuka mata.Chloe terus berjalan mendahului Charlos.Dan Charlos mengikuti dari belakang.

"Tentu" jawab Chloe sepatah.

"Masuk campur masalah orang lain itu agak berisiko..." tanya Charlos.

"Arl...adakah kau lupa...adik mu yang manis ini sentiasa bersedia sepanjang masa...." Chloe tersenyum lebar dengan penuh makna tersirat.

"Jangan kata kau mahu pergunakan cabang Guild Tentera bayaran milik putera Kayden..." Teka Charlos.

"Arl rasa bagaimana....ok apa....aku sudah menawarkan hadiah yang lumayan bahkan penyertaan juga diberikan hadiah" jawab Chloe tanpa rasa bersalah.

"Itu rasuah namanya" ujar Charlos.

'Hmm kurasa tidak....Rata rata mereka inginkan harta yang ada pada klan itu...Jadi semua harta rampasan nanti milik mereka.Kalau ada artefak wajib diserahkan pada pihak menara penyihir.Aku sudah pinta bantuan Guru tua itu untuk menghantar mata mata penyihir terpercaya di celah celah mereka supaya awasi keserakahan mereka' terang Chloe panjang lebar melalui telepati.

'Dari mana kau dapat tahu maklumat ini?' oleh kerana Chloe gunakan telepati maka Charlos cakap dalam telepati jugalah.Sebab ini masih tempat asing bagi mereka lagi.

'Maklumat dari Guild Informasi dan beberapa info berguna dari Kak Zie...' Chloe tersenyum licik.Ada sekali Chloe bertemu dengan Zie untuk mengorek informasi mengenai Klan Dempire lebih lanjut.Dan menyusun strategi meratakan seluruh klan Dempire.

'Memangnya ada?' kenapa Charlos tidak tahupun.

'Kau tak ambik kesah memanglah kau tak tahu.....Kat empayar ini ada 2 Guild terikat dengan empayar dan 4 lagi tak terikat....Guild yang terikat adalah Guild pedagang dan Guild Informasi manakala guild yang tak terikat adalah Guild Hunter,Guild Pengembara,Guild tentera Bayaran dan Guild Assassin.Totalnya jenis guild ialah 6 jenis.Ini basic Arl..basic'

Charlos mencebik...Tetapi dia tak nafikan yang dia tak ambil kesah.Tumpuan dia ada tiga iaitu Chloe, Keluarga dan TIDUR.Selain dari itu harap jangan terkecil hati kalau dia tak ingat atau tak tahu.

'Hmm...ada yang sesuatu aku runsingkan sekarang ini...' Chloe berhenti berjalan sambil memikirkan sesuatu.

Flashback percakapan dia dan Zie serta Azz secara peribadi,

"Cik Chloe....maaf lah kerana patik yang lalai kerana membiarkan tuanku buat begini pada anda...Kalau patik tahu dari awal dah-" Azz membungkuk separa badan meminta maaf.

"Tidak apa apa.....aku yang cari masalah" celah Chloe tanpa beban mengatakan kesalahannya.

'An-anda tenang sekali' batin Azz dan Zie bersamaan.

"Kembali pada topik sebelumnya.....Jadi seberapa bahaya retakan dimensi?" tanya Chloe lebih serius.

"Itu terjadi 10 ribu tahun yang lepas....peperangan antara Demon,vampire,Elf dan monster Dunia bawah..elf dan vampire hanya terkena tempias...Peperangan yang dashyat berlaku di dunia permukaan...Demon dan monster dunia bawah yang mulakan peperangan terlebih dahulu.Mereka merebut tanah dunia permukaan.

Akibat sihir berlebihan meluap berlakunya retakan dimensi.Mereka lakukan gencatan senjata untuk sementara dikeranakan dunia tidak dalam keadaan baik baik.Namun retakan dimensi semakin membesar dan memunculkan mahkluk unknown.Mahkluk tersebut berusaha memasuki dunia ini untuk mengambil inti sihir dunia" panjang lebar juga Zie terangkan.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now