PERGI DITINGGALKAN (2508)

97 7 0
                                    

"Apa aku dah buat ni?!". Dia melihat dirinya yang sudah jauh berubah berbanding dahulu.

"Yah, Belum terlambat untuk berubah". Tarmizi menepuk bahu ayahnya dari belakang.

"Tapi, aku cuma nak bahagiakan keluarga aku ja".

"Itu cucu ayah tu, Abdullah. Dia sekarang sedang usahakan tanaman ayah semula. Hasilnya, boleh kita kongsi bersama".

"Cucu aku?!". Dengan laju, dia menghampiri Abdullah yang kesakitan dan mengusungnya ke arah Tarmizi.

"Atuk mintak maaf, Abdullah".

"Tak pa tuk. Setiap orang ada kesalahan mereka".

"Duit boleh dicari, kasih sayang mana boleh dicari". Tarmizi kemudian menyambung.

"Maafkan ayah, nak". Dia menangis penyesalan lalu memeluk anaknya.

"Mari kita pulang ayah".

"Dah terlambat nak, ayah dah buat perjanjian dengan iblis tu. Ayah kena bertanggungjawab".

"Pergi cepat dari sini".

"Yahh!". Dia mula menghancurkan gua itu sedikit demi sedikit.

"Apa kau buat ni?!". Iblis itu datang dengan wajah yang marah. Kedatangannya membawa bersama berpuluh-puluh ribu tenteranya.

"Kau tu sebenarnya bukan tuan aku, kau iblis terkutuk.

"Ambik ni!". Dia membaling batu besar itu yang dibaling syabru ke arahnya semula.

"Tak guna!". Batu besar itu terkena sebelah matanya.

Dengan isyarat dari jarinya, lelaki tua terlempar ke dinding beberapa kali sehingga dirinya menjadi lemah.

"Erk!". Atuknya cedera parah tapi masih cuba untuk bangun. Dia menuju ke arah cucunya.

"Atuk!".

"Abdullah, Osman masih cuba untuk bercakap walaupun mulutnya banyak mengeluarkan darah. sebenarnya atuklah yang bunuh abang kamu, Tarmizi".

Abdullah dan Tarmizi terdiam. Mereka tidak dapat menerima kenyataan itu.

"Atuk harap kamu boleh maafkan atuk".

Abdullah masih tidak mahu bercakap.

"Atuk tahu kamu takkan maafkan. Atuk akan menebus kesalahan atuk".

Dia mengambil buku yang disimpannya di sebalik bulu-bulunya yang tebal. Lantas dibukanya dan meletakkan kedua tangannya diatas buku itu. Dia membaca sesuatu di mulutnya.

Mereka berdua terkejut melihat atuknya semakin besar seperti ia menyedut semua tenaga di dalam buku itu sehingga tiada kehitaman lagi pada buku itu.

Buku yang hitam itu menjadi putih seperti tiada lagi kejahatan di dalamnya.

"Bangunlah dikau dari tidurmu yang panjang. Engkau sudah bebas".

Selepas habis Osman berkata, buku menjadi bersinar membuatkan mereka berdua terkejut. Kemudian buku itu terbang laksana rama-rama yang baru keluar dari kepompongnya.

Atuk harap kamu dapat maafkan atuk selepas ini.

"Huh?". Abdullah tidak faham apa yang atuknya cuba sampaikan.

"Apa ni!?". Abdullah merasakan dirinya semakin hilang dibawa cahaya. Abdullah melihat ke atas. Buku itu seperti menyebutnya dengan laju. Dengan serta-merta, buku itu terus tertutup selepas membawa Abdullah masuk ke dalam buku dan terjatuh ke bawah.

"Apa yang ayah buat?".

Atuknya tersenyum sambil mengangguk.

"Bukankah?"... Tarmizi sudah mulai mengerti tentang apa yang diceritakan ayahnya dahulu.

ANTIZARIK (44,737)Where stories live. Discover now