(DITINGGALKAN JAUH)- (2488)

92 5 0
                                    

"Rezki, awak tengok apa tu?". Doktor Atyrah dari belakang melihat rezki tengah memandang ke luar tingkap.

"Tu". Rezki menunjukkan ke luar beberapa kali.

"Nak main kat luar?".

Rezki mengganguk dengan laju.

"Ok sekali ni ja". Doktor Atyrah menunjukkan jari telunjuk ke atas.

"Mari". Doktor Atyrah memegang tangan Rezki sehingga ke luar. Ini pertama Rezki ke luar, melihat dunia.

"Main kat sana elok-elok". Doktor Atyrah menunjukkan ke arah sebuah batu di lorong kecil. Dia membiarkan Rezki berlari ke situ seorang diri.

"Pak man. Tolong jagakan rezki tu. Saya ada urusan di luar".

"Baik puan, semua beres".

"Amira mari pergi". Doktor Atyrah memanggil anaknya dan sedang duduk di hadapan cafe itu.

Amira dengan malasnya untuk mengikuti mamanya kerana dia sudah bosan untuk ke kubur.

Doktor Atyrah membuka pintu hadapan. Amira nak duduk belakang nak main sama Chibi. Amira memegang patungnya

"Ok duduk elok-elok". Doktor Atyrah membuka pintu belakang dan menutup pintu hadapan tadi.

Amira hanya meletakkan patungnya ke dalam kereta dan dia menutup pintu. Dirinya menyusup di belakang kereta dan pergi dari situ.

Dia menyorok di sebalik pohon dan semak agar pengawal-pengawal tidak melihatnya. Tapi, Pak man tetap juga boleh menampaknya kerana dia mempunyai mata yang cukup cerah.

Amira menuju ke tempat yang selalu dia sembunyi. Dia terkejut melihat seorang lelaki di situ. Dia perlahan-lahan mendekati lelaki.

"Awak rezki kan. Mama saya selalu cerita pasal awak".

"Hah!". Rezki juga terkejut dengan kehadiran perempuan itu. Dia mengundur sedikit ke belakang.

"Nama saya Amira. Apa nama awak?".

"A...". Rezki masih tergagap-gagap.

"Amiralah, Ish!". Amira berasa geram lantas mengambil kayu kecil dan menulis namanya di atas tanah.

"Okey ni A". Amira cuba menjelaskan dengan satu persatu.

"A". Rezki mengikuti huruf sehingga huruf A belakang.

"A, MI, RA". Amira menyebut dengan keras.

"AMIRA". Rezki dapat menyebut walaupun masih tersekat.

"Yee!". Amira terloncat gembira diikuti Rezki tapi Rezki masih malu-malu.

•••••

"Amira, kita dah sampai. Cepat bangun. Amira...". Kereta mama Amira sudah tiba di perkuburan Islam.

"Amira!". Mamanya terkejut Amira tiada di situ. Hanya patungnya sahaja di situ. Dia terus cepat-cepat menelefon Pak man.

"Pak man, Amira hilang!".

"Dia tak hilang. Dia ada dengan rezki ni. Mereka tengah berseronok". Pak man terhendap mereka di sebalik dinding.

"Ish, budak nilah".

"Bertenang puan, dia tak apa-apa".

"Hm, yelah". Atyrah terus mematikan telefonnya. Tidak baik marah-marah di tempat yang suci ini. Dia mengambil selendang dan melilitkan di kepalanya. Sambil membawa surah Yaasin dan tikar, dia menuju ke satu kubur yang masih baru.

"Abang, tyrah datang tapi Amira tiada". Dia kemudian mehampar tikar dan duduk di situ sambil memulakan bacaan surah yasin
Setiap petang jumaat, dia akan membacakan Yassin untuk arwah suaminya. Ketika isterinya hamil, suaminya sudah disahkan mengalami kanser otak. Tapi disenyapkan dari isterinya. Sejak itu, Suaminya terpaksa menceraikan isterinya kerana dia tidak mahu anaknya mengalami penyakit yang sama. Ketika isterinya sudah melahirkan anak pertama, anak itu sudah mengalami kanser otak. Jadi, Atyrah baru mengetahui suaminya juga mengalami penyakit dari awal.

ANTIZARIK (44,737)Where stories live. Discover now