𝑈𝐾𝑁 1❦

2.5K 151 31
                                    

          MATAku bagaikan dipukau ahli sihir , tidak mampu menarik anak mataku walaupun otak kian mencuba nasib . Keindahan pemandangan yang kunikmati kini bagaikan menusuk ke lubuk hati kecilku mendalam . Perawat hilangnya segala stress dan beban dalam hidupku dilupakan sejenap . Boleh aku dengari lelahan nafasku berat dilepaskan . Benar memang hidup ini sangatlah sukar tapi hidup perlu dilalui juga kan ? sempat juga aku bertanya pada hati kecilku ini . Dapatku dengari lagi nafas berat aku lepaskan buat kesekian kalinya.

          Langit merah-merah kejinggaan ditenungku lama menikmati keindahan-Nya Yang Isa kepada hambanya . Tetapi hambanya yang angkuh bagaikan besi , tidak mahu berlentur pada arahan si pemilik samalah perumpamaan yang ku cipta ini dengan situasi manusia yang masih engan menyujud Yang Esa . Selemah-lemah hamba aku nilai sedangkan diriku juga pendosa yang buruk disisinya , mungkin tiada nilai disisi-Nya ? . Mataku bagaikan bergerak menghadap ke lantai cafe , tunduk malu aku memikirkan hinanya aku disisi-Nya . Tapi aku percaya bahawa Dia , Ar-Rahman Maha Pengayang mampu hidupkan hati yang dahulunya batu kini kian menyala bagaikan mutiara jika mempunyai usaha mengenal sang Pencipta . Tanpaku sedari diriku kini bagaikan ustazah pula , yalah bukan selalu dapat berimaginasi petang petang bergini . Apa boleh dikata wanita yang berkerjaya seperti aku ni mana ada masa hendak berehat semenjak aku dinaikkan pangkat baru baru ini , asyik sibuk dengan kerja sahaja huhu .

             Sesuai sangat jiwa aku petang petang begini ditambahkan lagi dengan coffee kegemaranku , coffee caremel choclat flat yumm . Bukan itu sahaja ruangan kawasan cafe ala ala ' privacy is more matter than the quality ' itu memang akan memuaskan hati pelanggan . Ruangan jarak antara meja pelangan dan meja sebelah menunjuk privacy seseorang itu sendiri tambah pula cafe ala ala rumah agam lama menampakkan kemewahan dan kekretiviti pemilik cafe ini sendiri . Aku teka bahawa pemilik cafe ini adalah seorang yang menyukakan privacy , sama macam aku !

           Sedang sedap aku terbuai dalam angan - angan , terlihat kelibat yang kukenali . Sangatku kenali .

          Kelihatannya kereta Myvi jenama Proton buatan Malaysia  berwarna merah menyala itu diparking tepat dihadapan cafe ini . Hati ini bagaikan didegub kencang melihat si dia sedang menuju keluar dari kereta miliknya . Ya Allah , jika disini tiada pelanggan sudah lama hamba mu ini menjerit haih sempat lagi hati kecilku berkata iya .

           Apa aku ini stalker ? No no no okey I am not that girl . You know I just see my future . Future husband .

Tanpaku sedari , 5tahun berlalu  selepas mengenali si dia di Universiti Malaya . Tanpa aku sangkakan sewktu mengenali si dia , Syaqeef Firhad . Syaqeef mengambil jurus kewangan manakala aku mengambil jurus marketing planner .

Aku berjalan tanpa arah bergesa hendak ke suatu destinasi . Larianku lintang pukang mataku kini hanya menuju tepat ke assigment yang aku siapkannya beberapa minit lalu kiranya aku siapkannya last minitlah . Haih Ivy Qairyna , Ivy qairyna ... jika bukan seorang yang menyiapkan kerjanya last minit tidak sah ! . Aku berlari ingin menghantar assigment ini sekurang kurangnya tepat jam 10.15 pagi kini jam sudah menjejak di 10.00 . Sudahlah jarak aku dari hostel ke kampus mengambil masa 30 minit tambah pula jika aku mengambil bas atau teksi alamatnya memang tak sampailah aku , jadi aku putuskan untuk berlari sahaja ke kampus disebabkan aku juga tidak mempunyai kenderaan sendiri . Pelajar seperti akukan selalu menyimpan duit untuk membayar bil - bil universiti dan kampus , tak mungkin aku hendak 100% pada biasiswa ? aku pun hendak merasai hidupnya dengan duit sendiri juga . Lagipun duit biasiswa hanya cukup untuk membayar yuran pengajian , tak termasuk pakaian dan barang lain yang diperlukan semuanya perlu mengunakan duit sendiri .

1.0 | UNKNOWN NUMBERWhere stories live. Discover now