𝑈𝐾𝑁 5❦

505 51 2
                                    

Iya, menerima tawaran Mr.R akan mengubah gaya kehidupan harian aku. Sangat-sangat berubah. Aku perlu bangun setiap hari untuk ke tempat kerja dan kemudian aku akan pergi ke hospital hingga petang dan itu melelahkan..
Haih, kehidupan yang membosankan lebih bagus dari kehidupan yang padat ini.. tetapi apa boleh dikatakan, demi duit....

"Kak Ryn..? Kak Ryn okey tidak ini? " lamunan aku terhenti bila terdengar suara dari alam nyata memangil, dari tingkap aku menoleh pada sepasang wajah gadis yang sudah bersedia menerima tatapan mata aku.

" Kak Ryn baik saja, maaf iya, Rania. Akak terlamun pula.." kata aku pada Rania. Iya, sekarang ialah masanya aku untuk menjaga Rania, adik Mr.R.
Kalau nak dikira hari ini, sudah tiga hari aku melawat Rania.

" Hmm.. akak mesti bosankan jaga Rania. Iyalah, akak berkawan dengan Rania pun sebab abang suruh. Rania ini gila, siapa aje yang nak berkawan dengan—" sebelum sempat dia menghabiskan kata-kata, aku capai tangannya dan pegang erat. Aku tersentak bila tangan Rania bergetar dengan kadar abnormal. Dia.. dia terluka. Mana mungkin seorang gadis sebawanya mampu untuk merasa anxiety sepeeti ini. Kasihan Rania.. terluka sebab fikirkan aku tidak mahu berkawan dengannya.

" Rania.. akak berkawan dengan Rania ikhlas. Bukan sebab encik kerek atau sesiapa. Akak buat sebab nak dan ini kemahuan akak. Maaf kalau akak ada buat Rania tersinggung. Akak termenung sebab ada.. masalah . Rania jangan sedih iya? Akak ada" kata aku sambil melihat dalam dimatanya. Salah aku. Mungkin Allah nak bagi pengajaran pada aku. Aku patut ikhlas membantu bukan merungut.

" Akak janji iya .. akak akan berkawan dengan Rania walau Rania sudah keluar dari sini" Rania berkata sambil memandang aku. Aku tersenyum lalu terus memeluknya.

" Janji" Iya, aku bertekad itu. Aku akan berkawan dengan Rania walaupun dia dah keluar dari sini. Lagipun aku dah mula sayang padanya.

"Akak jangan tinggalkan saya lagi iya.. Kak Qai" aku terdiam dalam pelukan. Qai.. siapa Qai? Aku lepaskan pelukan dan.. "Ya Allah Rania, kenapa menangis.." aku capai tisu dan mula mengelap mata Rania yang sudah dibanjiri air mata.

Rania capai tangan aku, bertanda untuk aku hentikannya. " Tak adalah.. jujurnya Rania bahagia, Rania tiada siapa untuk dijadikan tempat cerita. Rania, rindu saat ini.. masa dulu" Rania mula melepaskan pandangan ke tingkap.

" Kalau boleh tahu.. mana ibu Rania. Dia dah tiada ke?" Aku mula memberanikan diri bertanya. Mana ibunya? Tak kan tidak mahu melawat anaknya sendiri?

Pandangan Rania sekarang hanyalah katil putihnya. " Mummy.. mummy ada lagi , cuma.."

" Kalau Rania tidak mahu cerita, tidak perlu. Kak Ryn faham" kataku.

" Tidak, Rania memang nak cerita. Rania nak luahkan dan lepaskan semua ... mummy dan daddy bercerai semasa Rania berumur 5 tahun"

Cerai semasa Rania berumur 5 tahun? Pasti meninggalkan luka yang dalam untuk Rania, bukan? Haih, menyesal tanya tadi.

     "Tidak mengapa ke kalau Rania cerita kepada akak?" Aku mula rasa tidak selesa. Iyalah nak mendengar kisah keluarga orang, apatah lagi keluarga aku pun tidak terusrus.

     " Tidak mengapa, lagi pun Rania memang mahu bercerita. Rania bahagia ada tempat untuk mengadu. Dari kecil Rania terbayang nak dapat kasih sayang dari seseorang yang sama jantina. Maaf iya kalau Rania nampak macam nak minta kasih sayang.. takut akak Ryn tak selesa.."

     " Tidak apa. Akak tidak kesah pun.." Aku terdiam. Serentak itu aku toleh ke belakang. Aku nampak apa tadi? Bayangan aku saja mungkin..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

1.0 | UNKNOWN NUMBERWhere stories live. Discover now