𝑈𝐾𝑁 3❦

628 76 8
                                    

           " Ya Allah , terkejut saya " aku usap dadaku beristigfar. Terkejut tahu.

         " Kau buat apa kat kereta aku ha !" Sekali lagi suara itu bergema meningking aku . Macam aku nak curi kereta mahal dia tu .

           " Kereta encik yang block kereta saya , lepastu encik nak tengking-tengking saya pula . Mana adab encik ?"

          " Hah , what do I care "

         " Encik memang tak reti nak parking elok-elok ke ? Tengok tu " aku tunjuk ke arah parking kosong . " banyak lagi parking untuk encik , tapi nak juga block kereta saya . Encik memang tak belajar memandu iya dulu ? Ke tak belajar undang-undang ? Atau lebih penting , tak belajar hak kemanusiaan ?" aku membebel . Nampak dia gelengkan kepalanya .

         " Like do I care , you don't know who am I " eh jantan ni . Naik bengang aku . Ego nak mampus . Pigidilah ..

         " Kesah apa saya ? Encik ni anak perdana menteri ke anak dato' ke apa. Kalau encik tak nak alihkan sekarang juga, saya akan call polis "aku buat isyarat dengan mengayun-ayunkan fon aku ke mukanya . Tak sampai muka pun sebab dia terlalu tinggi . Mungkin dalam 180 ? Sebab dia sanggattt tinggi . Aku nak bidas dia terasa kerdil dengan badan sasanya lagi . Muka ketatnya lagi . Dah macam orang berkerjaya dengan sut bagai . Entah-entah betul dia anak seseorang yang berkuasa . Anak CEO Megah Holding ke .. Tiba-tiba, perasaan takut menguasai diri . Macam mana kalau dia apa-apa kan aku ? Macam mana kalau ..
              Tapi , aku kumpulkan kekuatan yang ada untuk kekal bertenang . Aku kena tenang , sebab aku tak salah . Aku cuma menegakkan keadilan . Aku mangsa . Yep .
               Belum sempat lelaki itu mahu bersuara , telifon aku berdering " Assalamualaikum .... iya saya kawan dia ... ASTAUFIRULLAH , betul ke ? .. baik saya ke sana sekarang "

               " What happend ? " lelaki itu bertanya dengan nada ingin tahu . Mungkin kerana melihat mukaku yang sudah hitam pucat .

               " Boleh tolong alihkan cepat tak ? Kawan saya kemalangan . Saya nak ke hospital segera " aku menjawab . Kebetulan tadi ada jururawat menelefon aku mengatakan bahawa Syaza kemalangan saat perjalanan pulang dari Kuala Terengganu . Ya Allah, kawan aku seorang ni !

                  Sedang aku cemas, lelaki itu segera mengalihkan kereta mewah miliknya . Hmm baik juga dia iya ? Adalah sekurangnya sifat simpati tu . Good.

             Sebelum meninggalkan kawasan tersebut, lelaki tersebut menurunkan tingkap kereta miliknya . Aku hanya berdiri menunggu dia respon . " Aku dah alihkan , you're most welcome .Dah kau pergilah ke kawan sakit kau tu . Ah , by the way ..what's you're name ? "

               Aku senyum " Iv.."

              " Ouh yaa .. cik banyak bunyi . Annoyed " dengan itu kereta mewah tersebut terus pecut dengan pantasnya sebelum sempat penumbuk milik aku sampai ke muka ketat skru dia . Arghh .. jerk !

              +++

           " Ha itulah tak berhati-hati . Kan dah kena langgar . Pastu kena langgar menyusahkan aku pula tu . Kau tahu bos aku marah aku sebab tiba-tiba minta cuti . Haih , apa nasib aku dapat kawan macam kau ni "

Sesampainya aku ke bilik wad Syaza, terus aku tengking dia .Bukan nak tanya bagaimana keadaan dia ke apa . Walaupun aku memarahi dia , itu tandanya aku risau . Risau sebab sayang dia lah . Kalau dia mampus , aku nak tinggal mana ?

Beranilah aku meningking dia kerana dia berada .. di BILIK VVIP ! mana datang duit betina ni , sampai boleh tempah bilik VVIP .

" Ahh .. I'm sorry . I was the one who responsible for this " kata satu suara yang tak familiar . Terus kepala aku menoleh mencari sumber suara . Kelihatan satu lelaki tinggi .. berbadan tegap , tetapi tak setegap lelaki laknatullah tadi . Aku tengok dia atas bawah . Syaza hanya tersenyum tak berkata dan lelaki ini dah merah semerahnya . Dari analisi keadaan , otak aku mengatakan ...

1.0 | UNKNOWN NUMBERWhere stories live. Discover now