35

632 22 2
                                    

Kerana kau dari Dia

2 minggu kemudian,

Aisy masih lagi tidak sedarkan diri. Semalam doktor kata Aisy seperti tiada perkembangan dari minggu lepas. Masih terbaring sama seperti hari pertama. Kandungan pun semakin lemah hari ke hari. Bila jadi seperti itu, Nek Tuk pun sudah tawakkal dengan apa-apa keputusan yang akan doktor cakap nanti.

"Dia tak nak datang?" Alisha menyoal sambil memandang Nek Tuk yang sedang menyimpan telefon ke dalam tas tangan. Nek Tuk baru habis bercakap dengan Abang Adam.

Lambat-lambat, Nek Tuk menggeleng kepalanya.

Alisha mendengus. "Tak faham betul lah. Isteri mengandung pun nak suruh gugurkan lepas itu langsung tak nak jenguk. Dah dua minggu masuk hospital langsung tak datang jenguk. Tanya okay ke tak pun tak ada!"

Alisha sedikit berang. Kalau dia jadi Aisy, sudah lama dia minta cerai.

"Alisha harap Alisha dapat suami tak macam abang Adam!" Nek Tuk yang mendengar, hanya senyap saja. Fikirnya melayang ke tempat lain.

Nek Tuk mengeluh perlahan sebelum dia sandarkan kepalanya pada kerusi sambil matanya dipejam seketika. Suara Alisha membebel kedengaran jelas di telinganya tetapi dia buat-buat tidak endah saja. Fikir fasal cucu lelakinya itu, mahu naik darah tinggi dia dibuatnya. Itu belum masuk lagi tentang Alisha. Boleh meninggal awal kalau hari hari macam ini.

Alisha pandang Aisy yang kaku terbaring di atas katil. Dua minggu ulang alik pergi hospital dengan Nek Tuk, penat juga badan. Kesian juga kadang-kadang bila jadi macam ini. Ada jugalah satu hari itu dia mahu mengelat tak nak ikut Nek Tuk tapi bila teringat yang tak ada orang lain yang akan datang melawat jika bukan dia dan Nek Tuk, tak jadi dia mahu mengelat. Sebab memang yang datang melawat Aisy, mereka berdua saja. Tak ada orang lain dah.

Mata Alisha kemudiannya jatuh pada tangan dan kemudiannya pada jari Aisy. Dahinya berkerut.

"Nek Tuk!" Alisha pandang Nek Tuk. "Jari bergerak"

Laju Nek Tuk bangun dari duduknya. "Pergi panggil doktor! Alisha cepat panggil doktor!"

•••••

"Puan Aisy mula tunjukkan respon yang agak baik" terus terbit senyuman kecil di bibir Nek Tuk saat mendengar kata-kata doktor di hadapannya itu. Dalam hatinya tidak henti menyebut kata syukur. Wajah doktor itu dipandang.

"Kandungan pula, doktor? Macam mana? Ada perkembangan?" Nek Tuk menyoal.

Doktor itu menggeleng kepalanya. "Kandungan Puan Aisy masih lemah lagi. Saya harap puan dapat sabar. Pendarahan yang berlaku menyebabkan Puan Aisy kehilangan banyak darah. Yang paling penting, jangan putus doa dan sentiasa berikan sokongan pada Puan Aisy"

Nek Tuk balas senyuman doktor itu dengan senyuman nipis. Wanita tua itu angguk kepalanya perlahan.

Keluar sahaja doktor itu dari bilik, keluhan dilepaskan. Nek Tuk labuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan katil.

"Nek Tuk, Alisha pergi tandas sekejap" Nek Tuk angguk kepala.

Jam yang sudah menunjukkan pukul 6 petang dikerling. Biasanya sebelum pukul 6 petang dia sudah sampai ke rumah. Tetapi hari ini entah mengapa, terasa berat pula mahu tinggalkan Aisy seorang diri.

Jari Aisy dicapai dan digenggam olehnya. Dan hampir sesaat, genggamannya dibalas lemah oleh Aisy. Terkejut Nek Tuk.

"Aisy?" bingkas wanita tua itu bangun dari duduknya lalu tangannya naik mengusap wajah dan bahu Aisy.

"Aisy? Aisy dah sedar ke?" mata Aisy yang terpejam rapat seakan-akan bergerak memberi respon kepada soalan Nek Tuk tadi. Terkaku Nek Tuk di tempatnya. Laju Nek Tuk memanggil Alisha.

"Ye! Kenapa? Sekejap!"  hampir lima minit, bunyi air pam ditekan dari dalam tandas sebelum Alisha keluar dari situ. Dia memandang Nek Tuk.

"Kenapa Nek Tuk? Nak balik dah?" Alisha menjongketkan keningnya menyoal sekali tisu yang digunakan untuk mengelap tangannya yang basah dibuang ke dalam tong sampah di sebelah pintu tandas.

"Tengok sini" Nek Tuk menunjuk-nunjuk Aisy menggunakan jarinya. Terus berlari Alisha ke arah Nek Tuk.

"Dah bangun ke?" bisik Alisha kepada Nek Tuk. Wanita itu angkat bahu.

"Aisy.." lembut suara Nek Tuk memanggil sebelum mata milik Aisy sekali lagi seperti bergerak. Nek Tuk dan Alisha mula pandang sesama sendiri. Mata Aisy yang bergerak tadi, mula terbuka sedikit.

Serentak itu, Alisha terasa sesuatu memegang tangannya. Alisha kaget.

"Dah bangun?" Terus lebar Nek Tuk senyum. Laju Alisha memanggil doktor. Doktor mula memeriksa Aisy.

Hampir dua puluh minit juga doktor itu berada di dalam bilik Aisy sebelum barulah doktor itu mula keluar dari bilik. Laju Nek Tuk menerpa doktor tersebut. Dapat Alisha dengar doktor itu menyuruh mereka berdua memberi ruang kepada Aisy untuk berehat. Katanya Aisy masih lemah. Nek Tuk hanya mengangguk kecil.

"Boleh kami jumpa Aisy sekejap?" Nek Tuk menyoal.

Doktor itu, senyum. "Boleh, tapi jangan terlalu lama. Dan jangan beri tekanan pada Puan Aisy"

Hampir seminit doktor itu beredar, Nek Tuk dan Alisha mula masuk ke dalam bilik. Aisy sedang berbaring di atas katil. Matanya terpejam.

"Assalamualaikum, Aisy" lembut suara Nek Tuk memberi salam. Wanita tua itu kemudiannya mendapatkan tempat di kerusi. Aisy buka mata lemah sebelum bibirnya loret senyum nipis.

"Aisy haus tak? nak air?" Nek Tuk menyoal. Aisy mengangguk kepalanya perlahan. Mendengar itu, laju Alisha mencapai cawan plastik dan diisikan air minuman sebelum diberikan kepada Nek Tuk untuk disua kepada Aisy.

"Nak lagi?" Nek Tuk menyoal. Aisy menggeleng lemah. Dia memejamkan matanya seketika sebelum dia menoleh kembali ke arah Nek Tuk dan Alisha.

"Buat susah Nek Tuk je datang" lemah suara Aisy tetapi masih dapat didengari oleh mereka berdua.

Laju Nek Tuk geleng kepala. "Siapa kata susah? Mana ada!"

Aisy senyum nipis. Bila Nek Tuk perasan yang Aisy seperti terkumat kamit mahu bercakap sesuatu, Nek Tuk dekatkan telinganya pada mulut Aisy.

"Nek Tuk dengan Alisha balik lah dulu. Aisy okay" lemah suaranya. Nek Tuk geleng kepala.

"Aisy, Aisy lapar tak? Nak makan?" Nek Tuk bangun dari duduknya dan tangannya naik mencapai makanan yang dibekalkan oleh hospital.

Aisy geleng kepala. "Aisy penat. Aisy nak rehat dulu"

Nek Tuk pandang wajah Alisha. Keluhan kecil dilepaskan. "Aisy rehat dulu ye. Kami datang lagi esok"

Aisy angguk lemah. Dia pejamkan matanya. Begitu juga dengan Alisha dan Nek Tuk, mereka berdua mula keluar dari bilik.

Tbc
030122

Bukan Yang Terbaik (COMPLETE)Where stories live. Discover now