48

391 27 8
                                    

Kerana kau dari Dia

Adam memeluk tubuh. Dari tadi matanya langsung tidak memandang ke arah Aisy. Lelaki itu hanya memandang keretanya yang sudah kemek dan calar itu. Wajahnya bengis.

"Saya tak perasan ada kereta lain nak masuk tadi"

"Tak perasan apanya? Macam mana boleh tak perasan? Tak tengok kiri kanan ke apa?" lantang lelaki itu bersuara. Wajahnya berkerut, jelas tak suka. Suaranya juga kasar.

Aisy pejam matanya. "Saya minta maaf"

"Minta maaf apa?! Kau tengok kereta aku sekarang! Menyusahkan orang betul lah" terhinjut bahu Aisy apabila ditengking begitu.

"Ya, saya tahu teruk rosak. Tapi kita boleh bincang elok-elok"

"Bincang elok-elok apa?!" bahu Aisy terhinjut lagi. Kali ini suara Adam lebih tinggi dari tadi.

Aisy pejam mata sesaat. "Awak ni dah kenapa?!" balas Aisy. Nada suaranya juga sama naik dengan Adam. Dadanya turun naik.

"Sampai nak tengking ni dah kenapa?! Ingat boleh selesai ke masalah?"

Aisy ketap giginya, geram. Matanya menjeling ke arah Adam. Adab pun tak ada. Jika tidak mengenangkan dia yang salah, memang sudah lama Aisy berambus dari sini. Perangai dari dulu tak pernah berubah. Sama teruk. Sama tak ada adab.

Malas mahu panjangkan cerita, Aisy terus memeluk tubuh. Sakit hati. "Kereta ni macam mana?"

"Macam mana apa? Bayarlah ganti rugi"

Aisy senyap. Rasa marahnya kini bertukar rasa ingin menangis sekuat hati. Ganti rugi.

"Paling kurang lima puluh ribu. Ada duit?" Laju Aisy geleng kepala.

Bila Aisy menggeleng kepala, Adam ketawa menyinis. Ketawanya juga seakan-akan mengejek Aisy. "Menyusahkan orang betul kau ni"

Mendengar itu, Aisy hampir rasa mahu meletup sebelum dia tarik nafas panjangnya. Cuba bertenang walaupun hatinya panas. Tahu yang dirinya juga yang salah dalam hal ini.

"Macam inilah, awak hantar je dulu kereta ni dekat bengkel. Kos semua saya tanggung" selepas menghabiskan kata-katanya, Aisy rasa seperti mahu pengsan. Kos semua saya tanggung. Aisy ulang kata-katanya itu di dalam hati.

Adam jongket kening. Seakan-akan menyoal sama ada Aisy serius atau tidak dengan apa yang dikatakan tadi.

"Maksud saya, awak bayar dulu lepas itu saya bayar ansuran setiap bulan" tengkuk di sebalik tudung, Aisy garu. Malunya rasa. Mungkin sekarang ini Adam sedang ketawakannya.

"Kau memang tak berubah. Suka ambil kesempatan" lelaki itu tayang wajah tak suka.

Tangan lelaki itu yang memeluk tubuh mula diseluk ke dalam poket seluar.  Badannya pula disandar pada kereta.

"Jaminan apa kau boleh bagi dekat aku? Jaminan yang menyakinkan aku kau tak akan lari" balas Adam.

Aisy ketawa perlahan. "Saya tak akan lari lah. Saya bukan macam awak, suka lari dari masalah"

Terangkat kening lelaki itu. "Bagi alamat rumah, nombor telefon kau dan tempat kerja"

Mendengar itu, Aisy ternganga.

Bukan Yang Terbaik (COMPLETE)Where stories live. Discover now