Kerana kau dari Dia
"Betul ke tak nak tidur sini?" soal Bonda. Wajah risaunya ditayang. Aisy tersenyum kecil.
"Kalau nak tidur sini, ada je bilik kosong. Bonda boleh sediakan. Malam-malam macam ni, bahaya bawa kereta" Aisy pandang Adam di sebelahnya. Memang benar kata Bonda itu tak elok bawa kereta malam-malam begini.
"Tak apalah, Bonda. Susahkan Bonda je. Adam boleh je drive malam-malam. Lagi pun esok Adam kerja"
Bonda memandang mereka dengan wajah gusarnya. "Betul ni?"
"Betul, Bonda" jawab Adam. Tangan wanita itu kemudian disalam olehnya sebelum kedua-dua mereka masuk ke dalam perut kereta.
"Kami gerak dulu, Bonda"
"Okay, hati-hati" Adam angguk kepala mendengar nasihat tersebut sebelum laju keretanya membelah jalan selepas itu.
Memang benar sudah malam, tetapi esok nak atau tak nak dia perlu ke pejabat memandang banyak mesyuarat yang perlu dia hadiri pada esok hari.
Pedal minyak ditekan supaya pemanduannya menjadi lebih laju. Malam-malam begini, kereta pun tiada di jalan. Selamat 'sikit' untuk dia bawa laju dari kebiasaan.
Sepuluh minit berada di dalam kereta, suasana kereta hanya diceriakan dengan suara-suara kecil dari radio saja. Dan masuk kali ini sudah tiga kali Adam menguap.
Aisy di sebelah sudah memejamkan mata, mahu melayan kantuknya. Jam pun sudah menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Aisy betulkan kedudukannya.
Sempat Adam mengerling Aisy yang sudah memejamkan mata di sebelahnya.
"Nak balik rumah Papa ke nak tidur hotel?" Adam menyoal. Beberapa saat selepas itu, Aisy masih tak berjawab. Tahulah Adam yang perempuan itu sudah selamat dibuai mimpi.
Adam geleng kepalanya. Lalu, jalan ke rumah Papa ditujunya. Nak atau tak nak, mereka berdua perlu tidur rumah Papa malam ini. Hotel pun rasanya sudah penuh. Tetapi jarak dari sini ke rumah Papa pun, ambil masa yang lama juga.
Hampir satu jam perjalanan, Adam mula masuk ke perkarangan rumah Papa. Jam dikerling dan tepat pukul satu pagi mereka sampai ke rumah. Enjin kereta dimatikan. Baru Adam mahu keluar dari kereta, tiba-tiba dia teringat keberadaan Aisy di sebelahnya.
Lelaki itu hela nafas berat. Aisy di sebelahnya, dipandang, atas dan bawah. Takkan dia nak angkat Aisy naik atas?
Memang tak lah!
Adam garu belakang kepalanya. Beberapa kali juga dia cuba mengejut Aisy. Bila Aisy masih tak bangun, bahu Aisy ditolak-tolak oleh Adam lagi. "Aisy"
"Aisy" bahu Aisy ditolak lagi dan lagi.
"Ya Allah, perempuan ni tidur mati ke apa. Aisy, cepatlah bangun. Aku pun mengantuk jugak ni" bahu Aisy ditolak lagi.
Adam garu belakang kepalanya lagi, buntu apabila melihat Aisy yang masih lagi tidak berjaga. Dia pun mahu tidur juga, esok dia perlu ke pejabat awal-awal pagi.
Adam keluar dari kereta sebelum pintu sebelah pemandu didekati dan dibuka. Lantas, tubuh Aisy yang sedang tidur itu diangkat olehnya. Terpaksalah di mengangkat Aisy. Kalau tidak sampai esok pun belum tentu perempuan itu boleh bangun. Adam juga sudah penat sekarang ini.
Sampai saja di bilik, Adam terus rebahkan badan Aisy di atas katil. Lampu bilik tidak dibuka, takut menganggu tidur Aisy. Lantas, lelaki itu membuka bajunya sebelum diganti pula dengan baju yang lebih selesa.
Tubuhnya direbahkan bersebelahan dengan Aisy di katil. Telefonnya di dalam saku, ditarik keluar. Panggilan tak berjawab dari Atiya hari ini, dilihat di log panggilan.
YOU ARE READING
Bukan Yang Terbaik (COMPLETE)
RomanceTeringat langkah yang telah dilalui, Terlalu berat untuk diceritakan, Sehingga terasa beban untuk tunjukkan semangat, Sekian lama, Jiwa ini seakan-akan mendebu ke langit, Sehingga aku kebingungan, Apakah ini takdir yang ditakdirkan? Dan aku di sini...