Chapter 3.

62 4 0
                                    

MAKAN malam berlalu dengan jayanya. Setelah aku dan Suraya meletakkan pinggan-pinggan di dapur, kami menapak ke ruang tamu untuk menyertai mereka yang sudah terdahulu berada disitu.

"Alahai, rajinnya anak-anak you tolong kemaskan. Kesian pula dekat diorang, I nak tolong you tak bagi" Cik Mar bersuara. Semasa sesi berkenalan tadi wanita itu sendiri yang menyuruh kami memanggilnya dengan panggilan itu. Lebih selesa katanya.

"Mar, you tetamu I kan? Buat sajalah cara tetamu. Jangan banyak mulut." sebidas ayah bagi.

Ye lah, sudah hendak masuk sepuluh kali cik Mar meminta ayah untuk menolong aku mengemaskan meja selepas makan. Tapi ayah tetap tidak mengizinkannya. Kelakar pulak tengok perangai diorang ni.

Oh, baru aku tahu Mikayla atau lebih mesra dipanggil Kayla sebenarnya setahun tua dari aku. Maknanya dia berumur 24 tahun dan sedang menyambung Master. Fuh, bukan beshe-beshe rupanya anak cik Mar ni. Cantik pulak tu! Dengan rambut panjangnya yang berwarna brunette itu menampakkannya sebijik seperti Olivia Rodrigo! Beauty with brain. Insecure teruk aku jadinya.

Sempat juga kami bersembang tadi tapi tak banyak pun, ada lah dalam 4 ke 5 ayat sebab masing-masing masih awkward. Aku tanya sepatah, dia pun jawab sepatah.

"Sara, Su, Fiya...", satu-satu nama kami dipanggil ayah.

"Ayah malas nak buang masa cik Mar dengan Kayla dekat sini jadi..macam ayah dah cakap tadi, ayah dengan cik Mar dah lama berkenalan kan?" ayah menarik nafas. Matanya memandang dalam mata cik Mar sebelum menyambung semula percakapannya.

"Jadi ada baiknya kalau ayah nak mendalami lagi hubungan kami ni." Ayah memandang kami dengan raut wajah yang aku sendiri tak boleh nak jelaskan.

Jantungku berdegup laju... awat ni?

"Cup, cup! Fiya sorang je ke tak faham ni?" Tiba-tiba suara Safiya memecah kesunyian tadi. Aku memandang semula wajah ayah. Meminta penjelasannya dengan lebih tepat.

"I've decided to make cik Mar as my wife.."

Terbuntang mataku mendengar sederet ayat itu. Safiya menekup mulutnya kerana hampir menjerit. Suraya? Tiada perasaan.

"..as soon as possible." Sambungnya lagi.

Nahh, kali ini aku pula yang menekup mulutku. Kalau boleh nak lari naik atas terus. Cik mar sudah tersenyum-senyum malu sambil wajahnya menekur lantai.

"Sara- macam ni lah, kalau ini keputusan ayah, Sara ikut kan aje." Bergetar suaraku saat ayat itu keluar dari mulut.

Sejujurnya, berat hati hendak menerima seseorang untuk mengganti tempat ibu. Tapi, apa yang boleh aku buat? Lompat atas sofa dan membantah segala rancangan ayah? Hei, aku bukanlah anak sederhaka itu.

Aku tahu, walaupun ayah senang bersama anak-anaknya, dia juga memerlukan kasih sayang dari seorang wanita bergelar isteri. 17 tahun dia berseorangan. Cik Mar pula kelihatan baik orangnya dan sangat lembut budi bahasanya. Sesuai sangat dipadankan dengan ayah.

Eh laku jugak ayah ek?

Suraya dan Safiya juga tidak membantah. Itu bermaksud, it's a green light from us!

AHAD. 8 pagi. Aku sudah terpacak di balkoni bilik tidurku. Ingatkan nak tidur semula selepas subuh tadi tapi mata ni segar semacam pula. Aku hirup dalam-dalam udara segar pagi ini.

Ahh... esok isnin. Bertambah sibuk lah aku pada minggu itu kerana segala design yang telah dibincangkan bersama-sama designer team akan dibentangkan kepada klien. Projek yang kami terima pada kali ini adalah salah satu projek terbesar yang pernah diterima oleh syarikat.

Ti Amor, Mr Eligible Bachelor! Where stories live. Discover now