Chapter 17.

87 6 0
                                    

"FAEEQ! There you are."

Satu suara garau kuat menerpa ke arah kami tatkala aku dan Faeeq melangkah masuk dari pintu utama rumah banglo itu. Aku sengaja membiarkan Faeeq mendahuluiku supaya aku boleh bersembunyi di sebalik figura tinggi dan tegapnya itu.

Sejurus itu, semua mata menoleh ke arah kami, atau lebih tepat ke arah Faeeq. Aku terus menunduk menekur lantai menyorokkan wajahku yang bila-bila masa sahaja boleh berubah rona.

"I hate blushing so much. I don't find that's cute. It's embarrassing. Very much embarrassing."

Tak tersengaja pula aku terimbas akan ayat yang pernah aku tuturkan di hadapan kelas sewaktu aku berumur 15 tahun dahulu dalam pembentangan yang bertajuk 'Insecurities in You'. Siapa sangka, aku mendapat markah tertinggi untuk pembentangan tersebut.

"Heads up. Smile, sayang." Bisik Faeeq apabila kulihat badannya sudah siap menghadap ke belakang.

Spontan aku mendongak. Dua pasang mataku disajikan dengan sebuah senyuman yang manis dan sempurna dari Faeeq. Ditambah pula dengan pakej 'eye smile' darinya, cukup membuatkan kakiku bertukar menjadi jelly. Apa yang lebih membuatkan aku untuk tersungkur sekarang ini adalah apabila sepasang mata menawannya mula menilik penuh wajahku bermula dari alisku dan perlahan-lahan ia turun jatuh ke bibirku.

"You do love it when I call you sayang, right?"

Aku rasa jantungku berhenti berdegup untuk seketika apabila Faeeq sengaja menggunakan suara serak basahnya yang terdengar sangat menggoda. Aku tahu, dia sedang berlakon ketika ini, tapi tak dinafikan jika aku kata bahawa daya tarikan aku terhadapnya telah bercambah dan berkembang lebih besar lebih-lebih lagi pada malam ini. Tinggal tunggu untuk Faeeq sedar ataupun tidak sahaja.

"Faeeq." Satu suara yang datang entah dari mana berjaya menarik aku ke dunia nyata kembali.

"Nanna."

Faeeq menyahut sahutan tersebut lalu melangkah selangkah dua ke hadapan sebelum badannya ditundukkan menyalam tangan wanita di hadapannya. Badan tua wanita itu juga turut dipeluk erat olehnya. Aku tergamam seketika apabila wajah yang sudah mulai aku lupakan itu kembali merangsang neuron otakku untuk mengimbas semula saat-saat kali pertama kami berjumpa. Dia langsung tidak berubah mahupun dari segi luarannya. Wanita tua itu tetap terlihat anggun dengan dress hitam panjang yang dipakainya, diselitkan juga dengan beberapa aksesori mewah di leher dan di pergelangannya. Ya, nanna masih terlihat diva.

Aku masih tercegat bak patung cendana apabila tiada seorang pun menyedari akan kehadiranku, bagaikan kelibat Faeeq sahaja sudah cukup untuk mengaburi setiap pasang mata manusia di dalam rumah itu untuk menyedari kewujudan aku yang tidak memberi apa-apa makna kepada mereka. Dipendekkan cerita, aku dipulaukan.

Faeeq yang masih di dalam dakapan nanna membuatkan aku rasa ingin senyap-senyap keluar dan lari dari sini. Untung, pintu utama pula betul-betul di belakang aku. Jadi, mengikut pada pengiraan, masa yang di ambil untuk aku lari dari pintu ini hingga ke pintu pagar rumah tidak mengambil masa lebih dari 10 minit pun. Itu kalau aku berlari pecut lah. Kalau setakat berlari anak, mungkin dalam 15 minit.

Ah! Aku tekad. Lupakan sahaja segala rancangan tak berfaedah tu.

Bebola mataku digerakkan ke kiri dan kanan memerhatikan keadaan sekeliling, masing-masing sibuk dengan sesama sendiri. Bagus, ini adalah peluangnya. Aku perlahan-lahan memusingkan badanku ke belakang. Baru sahaja tanganku ingin menggenggam pemegang pintu, pintu kayu pivot itu sudah dikuak terlebih dahulu dari luar.

Aku terkejut.

Dia juga, terkejut.

Anak mata kelabunya memandang aku atas bawah dengan bibirnya yang sedikit terbuka. Aku mengecilkan mataku, mengenal pasti identiti manusia di hadapan aku. Ini bukan ke... Faleeq Adriel? Apa dia buat dekat sini? Aish, soalan kurang bijak apa yang aku fikir ni? Semestinya dia ada di sini. Ini kan majlis keluarga dia. Yang aku ni? Tiba-tiba ada dekat rumah orang buat apa? Menyibuk jer...

Ti Amor, Mr Eligible Bachelor! Where stories live. Discover now