BAB 22

2.3K 134 3
                                    

Rayyan mencubit kedua-dua belah pipi aku dengan kuat. Aku mengecilkan mata memandangnya. Danielle di sebelah sudah gelak ketawa.

Sabar je lah aku dengan kakak abang sendiri ni.

"Sakitlah." Aku menepuk peha Rayyan.

Entah datang dari mana tiba-tiba main serbu bilik aku. Pastu suka cubit pipi aku. Danielle bukannya nak tolong pun.

"Apa buat adik macam tu?" Mama mencelah. Dia mendekati lalu memukul tangan Rayyan yang mencubit pipi aku.

Mama merangkul leher aku. Aku memeluk badan mama.

"Manja. Dah ada suami, pergilah manja dengan suami tu." Kata Danielle kemudian gelak.

Aku menjeling mata ke atas. Tak habis-habis sakat aku. Gaya mama, Danielle dan Rayyan bercakap, seperti dia orang semua dah kenal Cikgu Qash. Tapi aku tak tanya apa-apa. Aku membetulkan selendang. Aku masih lagi berpakaian pengantin. Niat aku naik ke bilik selepas bersalam dengan keluarga Cikgu Qash, aku nak tukar pakaian. Tiba-tiba Danielle dan Rayyan datang serbu. 

"Semua dah balik ke?" Aku menyoal.

"Ada yang dah balik. Ada yang belum. Esok pagi katanya." Rayyan menjawab.

"Akak dengan abang pun balik esok dah. Ariana gerak petang ke?" Danielle mencelah. 

Aku mengangguk. 

Tiba-tiba rasa sebak. Dah lama tak bergurau berkumpul macam ni. Kalau ada papa sekarang, tiadanya bergurau. Aku lebih selesa mendiamkan diri.

"Ariana okey ke?" Mama tiba-tiba menyoal.

Aku berkerut. Pelik dengan soalan mama. Aku hanya mengangguk. Soalan mama ni aku okey dari segi mana? Kalau aku cakap aku tak okey sekarang, mama nak buat apa? 

Aku mula tak sedap hati dengan soalan mama. Dicampur pula dengan riak wajah mama, Danielle dan Rayyan yang berubah tiba-tiba. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Aku nak tanya tapi tak tertanya-tanya. Fikiran aku je kut. 

"Ariana marah mama ke?"  Mama menyoal lagi.

Tersedak aku tatkala mendengar soalan mama.

"Apa mama ni? Nak marah kenapa pula? Mama tak buat salah apa-apa pun." Kata aku sambi mengetatkan lagi pelukan mama. 

"Manja betul." Rayyan menyibuk.

Aku menjelir lidah kepadanya.

Danielle menggelengkan kepala lalu menjetik belakang kepala Rayyan. Terjerit Rayyan sebab terkejut.

"Apa jerit-jerit ni? Dah nak masuk maghrib lah." Marah mama.

Aku dan Danielle gelak.

"Dah keluar, keluar. Jangan ganggu Ariana." Sempat mama mengusap lembut kepala aku. 

Sebelum mereka keluar, Rayyan sekali lagi mencubit pipi aku. Tak sempat tangan aku nak hinggap ke perutnya, dia sudah lari terlebih dahulu. Campur dengan gelak jahatnya lagi. Aku senyum sahaja. 

Lama-lama bilik aku menjadi senyap semula. Pintu bilik sudah ditutup. Aku menghela nafas berat. Badan digerak-gerakkan ke kiri dan kanan. Penat. 

Sambil mata meliar ke luar tingkap bilik, tangan aku mengurut perlahan bahu aku. Dah nak masuk maghrib tapi di luar rumah masih terang dengan cahaya lampu. Maklumlah ramai saudara-mara datang. Sepupu aku kebanyakkannya yang dah besar-besar dan yang masih kecil. Tiada yang sebaya dengan aku. 

Aku pelik juga sebenarnya. Seorang pun langsung tak tanya aku, kenapa kahwin awal? Papa cakap apa sampai semua orang tutup mulut tak berani tanya aku pasal benda tu?

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now