BAB 30

2.3K 139 5
                                    

Rutin harian aku sebagai seorang isteri seminggu ni seperti biasa. Siapkan baju untuk Qash, siapkan sarapan, sama-sama sarapan dengan Qash, Qash cium tangan aku sebelum pergi, buat kerja-kerja rumah. Baca buku sementara menunggu Qash balik dan suaminya itu akan pulang sebelum Asar.

Aku dah beritahunya tentang pilihan bidang dan universiti yang aku pilih. Dia tidak kisah. Semuanya ikut kehendak aku. Yuran semua pun dia yang akan bayar.

Aku terpana. Qash terlalu menjakan aku. Aku tak biasa dengan pilihan ikut kehendak aku sendiri.

Selama aku hidup, aku akan dengar cakap papa dan aku kena dapatkan apa yang papa nak.

Bila Qash suruh ikut hati aku sendiri, rasa macam lain.

Setelah selesai berdoa selepas solat Isya, Qash baring di riba aku. Aku terkejut sekejap tapi aku membiarkannya.

Cuma hari ni dia lambat balik. Dekat pukul 6 petang sebab ada mesyuarat. Biasalah kerja cikgu ni tak lepas dari mesyuarat.

Qash menutup mata. Dadanya naik turun dengan sekata. Telinga juga menangkap keluhan nafasnya. Aku tahu dia penat.

Aku memegang kepalanya lalu mengusap perlahan.

"Esok Ariana nak gerak bila ke rumah mak?" Soal Qash. Matanya terbuka memandang aku.

"Ikut Qash. Abang kan yang bawa kereta." Aku bermain dengan rambutnya.

Sabtu adalah majlis kami di belah pihak lelaki. Tapi Qash cakap mak dia lebih suka buat kecil-kecil sahaja. Tiada bersanding di pelamin. Sekadar makan-makan dan jumpa tetamu. Majlis itu pun cuba nak hebahkan yang aku dan Qash sudah berkahwin. Aku tak kisah tapi takut juga sebenarnya.

Kalau dah jumpa tetamu tu maksudnya aku akan tetap kena bersua. Mesti tetamu akan tanya macam-macam. Lebih-lebih lagi ada bekas cikgu-cikgu aju di sekolah menengah dulu. Aku pula nak jawab apa? Takkan semua benda nak harapkan Qash?

Aku baru teringat sesuatu.

"Mama cakap mama tak tahu boleh datang ke tak. Mama tak sihat." Kata aku dengan nada sedih.

Timbul perasaan sedih dalam hati. Aku baru nak jumpa mama peluk mama kuat-kuat. Tapi mama sakit, takkan nak memaksa pula.

Rayyan dan Danielle pun tak boleh datang sebab sibuk dengan musim periksanya. Aku pun tak nak lah kacau. Papa? Terang-terang yang dia tidak akan datang.

Qash memegang pipi aku.

"Tak apa. Abang kan ada. Kita doakan mama cepat sihat."

Aku menguntum senyum. Aku mengusap rahangnya. Mata kami bertentangan.

"Dah lah, Ariana nak packing baju." Aku memukul pipinya perlahan menyuruhnya untuk bangun.

Lama-lama macam ni takut yang lain pula jadi.

Aku melipat telekung aku lalu diletakkan di penyidainya. Qash melipat pula sejadah dia dan aku punya. Kemudian, dia beralih ke katil baring mengiring. Matanya masih memerhatikan aku.

Beberapa baju aku dan Qash aku keluarkan dari almari. Aku duduk di birai katil mula melipatnya baju.

Terasa katil bergerak, Qash mendekati aku. Kepalanya berada di sebelah aku.

"Tak yah bawa baju abang banyak-banyak. Kat rumah mak pun abang ada baju dah."

"Okey."

Tangan aku melipat pakaian aku dan Qash.

Sebelah aku Qash masih merenung aku. Dia menongkat kepalanya dengan tangan. Aku nampak dengan ekor mataku.

"Ariana."

"Hmm." Aku menggumam menyahut dengan panggilannya.

Aku menunggu dia untuk bercakap. Tangan aku berhenti melipat kemudian aku bepaling ke arahnya.

Aku mengangkat kedua-dua belah kening aku.

"Kenapa?"

Qash diam lagi. Matanya masih merenung aku. Tiba-tiba tangannya naik mencuit perlahan hujung hidungku.

"Tiada apa-apa lah. Tengok muka cantik sayang terus lupa abang nak cakap apa."

"Mengada." Aku gelak perlahan.

Qash gerak sedikit semakin mendekati aku. Tangan aku terangkat tatkala kepalanya diletakkan di riba aku. Aku menundukkan kepala. Tengok Qash semacam hari ni buat aku pelik.

Kepala Qash menghadap bahagian perut aku. Dia menutup mata.

"Ariana tengah lipat."

"Esok abang buat." Kata dia sambil tangannya mencari-cari tangan aku.

Aku biarkan sahaja. Dia menarik tangan aku kemudian diletakkan di rambutnya. Aku senyum. Aku tahu dia nak suruh aku buat apa.

Jari-jemari aku mengusap rambut hitam Qash. Dia memang suka kalau aku mengusap rambutnya begini lagi-lagi bila dia berehat.

Tapi ni macam dia tidur je. Telinga menangkap dengkuran halusnya. Tidur betul ke ni. Aku gelak perlahan. Penat sangat agaknya.

*********************

Aku salam tangan mak Qash. Tak terduga yang dia akan memeluk dan mencium kedua belah pipi aku. Aku senyum. Teringat dengan mama.

"Mama Ariana ada beritahu dia tak dapat datang. Sakit katanya. Mak doakan mama Ariana cepat sihat okey?"

Aku mengangguk perlahan. Mama sudah memberitahu mak Qash rupanya.

Nampak meriah sangat rumahnya. Rumah kayu dan batu. Ramai budak kecil lari di luar, terjerit-jerit. Masuk sahaja dalam juga ramai. Seronoknya.

Seronok memang seronok tapi aku lebih selesa berada dengan Qash. Sebab aku tak tahu nak pergi mana. Nak tolong tapi canggung pula. Aku menggaru kepala mencari Qash.

Tiba-tiba ada yang memukul perlahan belakang badan aku. Terkejut aku. Aku memusingkan badan.

Mata aku terbuntang. Lebih terkejut.

"Berani kau tak contact aku langsung."

Hajar terus memeluk tubuh aku. Aku masih lagi terpinga-pinga. Otak memproses apa yang terjadi sekarang.

"Apa kau buat kat sini?" Aku menolak tubuhnya lalu menyoal.

Hajar senyum senget. "Aku stalker sejati kau."

"Ish, betul-betul lah."

Tak jadi nak nangis selepas mendengar jawapan Hajar. Pelik teramat sangat Hajar ada depan mata aku sekarang ni. Hajar ada di rumah mak Qash.

"Suami kau masih tak beritahu kau?" Hajar pula menyoal aku dengan mata yang membulat.

Beritahu apa pula? Eh, Hajar tahu ke aku kahwin dengan Qash? Apa ni, aku makin tak faham.

"Abang Qash." Mata Hajar mengecil terarah ke sebelah aku.

Aku berpaling, Qash ada di sisi aku dengan muka tak bersalahnya.

"Saya nak Hajar yang beritahu sendiri."

"Memang sampai ke sudah lah Ariana tak tahu!"

Aku menggaru kepala. Pula bergaduh depan aku. Aku berada di tengah-tengah. Nampak rapat benar Hajar dengan Qash. Kalau jat sekolah, tak nampak pula mereka bersembang. Ada apa-apa ke?

Qash gelak perlahan.

"Hajar sepupu abang. Sepupu belah mak." Kata Qash.

Allahu. Kecilnya dunia.

"Tapi aku tak nampak kau-"

"Ha, ini aku nak cerita dan nak marah kau sekali. Abang Qash, Hajar pinjam Ariana jap. Nak inaikan tangan dia sekali."

Ternaik kening aku. Aku memandang tangan aku. Memang dah nak hilang. Tapi takpe ke?

Kepala aku menoleh lagi memandang Qash.

"Boleh." Qash mencuit perlahan hujung hidung aku.

Pipi aku membahang. Dia buat begitu depan orang ramai. Belum sempat aku nak berkata apa-apa, Hajar sudah menarik aku. Qash menguntum senyum memandang aku.

.....................................




Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now