Purnama Merindu

1.4K 39 0
                                    

Aku terkedu. Zaini tiba-tiba minta maaf kat aku.

"Aku tau kau masih marah kat aku. Rightfully so. Dan aku tau aku takde hak untuk berborak dengan kau tiba-tiba macam takde apa-apa berlaku."

Tak sempat Zaini nak sambung bercakap, telefon di meja dia berbunyi. Mesti hal kerja ni. Zaini pandang aku seolah-olah minta sambung conversation tu kemudian. Aku angguk dan terus pergi ke meja aku dan sambung kerja.

Busy plak aku tengok Zaini tu. Baguslah. Dengan harapannya, busy sepanjang malam dan tak mengganggu aku dah.

Hancur berkecai harapan aku bila Zaini letak telefon dan mula berjalan ke arah meja aku. Dia letak sebungkus makanan dan terus dia berlalu pergi. Mungkin pergi ke pantry untuk basuh muka kot.

Aku perhati je bungkusan yang dia letak kat meja aku. Nasi kerabu dari Kampung Baru ni. Dia memang tau nasi kerabu tu favorite aku. Entah-entah dia belikan sekali lauk favorite aku...

Dammit! Dia letak ayam percik dan sambal kerang. Dua-dua memang aku suka. Kenapa la dia sweet sangat plak ni. Rasa bersalah plak aku. Tadi aku dah buat dia menitik air mata. Walaupun aku tak rasa apa yang aku cakap itu sangat malicious.

Haihhhh...

Dia datang balik. Eh, dia terus pegi meja dia. Muka pun sedih je. Susahnya kalau bottom feeling2 jantan straight ni. Aku jugak yang kene pujuk ke? Sedangkan aku yang mangsa dalam cerita ni...

"Zai..."

Dia pandang aku. Aiyooo mata dia sangat menunjukkan kesedihan. I is kenot.

"Kau dah makan?"

Dia diam je.

"Meh la sini. Makan dengan aku. Banyak sangat kau tapau ni. Aku tak habis nyer."

Aku tak pernah tengok Zaini bergerak secepat tu. Kejap je dia dah sampai kat meja aku.

"Kau dah tak marah kat aku ke?"

"Tidak semudah itu untuk hilangkan marah aku, Zaini. Tapi..."

"Kau rindu kat aku sebenarnya kan?"

Biasanya aku akan melenting bila dia cakap macam tu. Dia ingat dia tu hot stuff sangat ke sampai aku nak rindu dia beria-ia sangat tu? Tapi nada dia lain sikit. Dia nampak sangat serius.

"Aku rindu kat kau. Aku menyesal apa yang terjadi."

Boleh plak ayat macam tu keluar daripada mulut Zaini. Alamak. Air mata aku dah bergenang. Ye, aku memang rindukan dia. Dari kecik sampai aku dewasa, aku mencintai dia.

Tapi aku tak boleh lupa begitu sahaja apa yang dia buat kat aku...

To be continued...

Tak Pernah HilangWhere stories live. Discover now