Jepun

733 32 2
                                    

Dah seminggu dah aku kat Jepun. Aku dah tak boleh brain dah kat Malaysia. Kena lari jauh-jauh untuk tenangkan fikiran.

Mesti korang tertanya-tanya pasal insiden membabitkan En Jalil dan Affan kan? Yang tu tak complicated sangat. Aku ngan Zaini report En Jalil kepada boss dan HR. Dia telah digantung sementara siasatan dijalankan. Lepas tu dia diberhentikan.

Affan pulak? Dia diberi cuti tanpa rekod sebulan untuk bertenang. Tapi aku rasa dia diberi cuti tu sebab tak nak budak tu saman company kot... hahaha...

Happy ending untuk semua la kan? Tapi bukan untuk aku dan Zaini. Sebab kami report tu, kami terpaksa juga beritahu management mengenai hubungan kami dan juga aksi panas yang dirakam tu.

As a result, Zaini digantung kerja seminggu tanpa gaji. Dia juga ditukarkan kepada unit lain. Tu belum lagi kekecohan yang melanda bila Lana dapat tahu... haihhhh...

Aku? Mula-mula aku digantung kerja jugak seminggu tapi kemudian ditarik balik keputusan tu. Sebab aku mangsa sexual harassment En Jalil, management decide untuk bagi aku cuti tanpa rekod juga. Basically nak beli jiwa supaya aku tak saman kot? Haha...

Tapi sebenarnya Boss kasi aku cuti tanpa rekod sebulan tu sebab dia nak aku stay on. Aku dah tekad sebenarnya sebelum report kat boss tu untuk aku berhenti kerja. Zaini meronta-ronta tak kasi. Tapi aku tak pedulik.

Boss cakap projek terbesar company dah nak start dan aku adalah one of the key persons involved. Dia mesti takut kalau aku blah, klien tu pun akan blah ikut aku.

Tu yang aku skang ni kat Jepun. Saja je bawak diri. Turn off phone supaya Zaini dan Lana tak kacau aku dah.

Who am I kidding? Aku lari ni sebab Lana mengandung lagi... Zaini tipu aku! Dia kata dia tak main ngan pompuan tu tapi camne dia boleh mengandung lagi? Zaini cakap dia takt ahu. Sekali tu je diaorang pergi klinik fertility tu. Selepas dapat anak, dah takde dah diaorang buat proses tu.

Tapi skang camne dia ngandung? Satu anak aritu pun aku dah nak jadi gila... anak kedua? Memang aku takleh compete lah. Dah takde ruang untuk aku dalam hidup Zaini.

Jadi aku pun angkat kaki lah. Sebulan je pun. Lepas tu aku kena masuk balik kerja. Tapi nasib baik Zaini dah transfer ke department lain. Harap-harap takde lah aku bertembung dengan dia dah. Balik Malaysia nanti aku tukar phone number...

Eh? Kenapa macam familiar je mamat yang tersengih-sengih tengok aku tu? Ya Allah. Affan ke tu? Apa la nasib aku... Jauh-jauh tinggalkan semua drama tu, bertemu jugak kat Jepun ni.

Hah, jangan cakap jodoh ye? Jangan lupa Affan tu straight dan dia telah dicabul oleh En Jalil. Aku tak nak campur budak-budak straight yang confused ni.

Alamak, lambat plak waiter ni datang. Aku nak bayar bill sebelum Affan datang ke meja aku.

"Hi Abang Shahrul! Tak sangka boleh jumpa kat sini..."

Shit!

To be continued...

Tak Pernah HilangOnde histórias criam vida. Descubra agora