BAB 1

7.1K 275 20
                                    

Diatur langkah turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan sebelum mereka berdua ke sekolah.

"iraa aku malas lah nak pergi bukan dapat apa pun asyik kena buli buli buli"keluh Raisya. Shahira menoleh ke arah sepupunya dan diletakkan pinggan yang mengandungi roti bakar.

"Kalau kita tak pergi lagi teruk kita kena. Tu buku tiga budak laki tu ada dekat kita tau. Lebih baik kau cepat."Raisya mengeluh dan disumbat roti ke dalam mulutnya.

"Buku kitorang mana? Cepat!"Raisya dan Shahira segera menyerahkan tiga buku jejaka tu.

"Macam biasa tunggu belakang blok sekolah. Kalau ada latihan kitorang salah korang tahulah kan akibatnya"Dareen mengetuk bukunya di kepala Shahira.

Gadis tu mengetap bibir kerana geram. Bukannya nak berterima kasih. Dipandang ketiga jejaka tu melangkah pergi.

Raisya dan Shahira segera mengatur langkah ke kelas. Mereka berdua berpandangan apabila pintu bilik tu tertutup rapat.

Dibuka pintu tersebut dan satu besen yang mengandungi air sejuk jatuh ke atas mereka.

"AHAHAHAHA PADAN MUKA BUDAK NERD KEBASAHAN CEPAT BALING TEPUNG" pelajar dalam kelas tu membaling tepung ke arah dua Raisya dan Shahira.

"Weih lari jom"Raisya segera menarik lengan Shahira untuk ke tandas. Habis baju sekolah mereka basah dan dipenuhi dengan tepung.

"Aku dah t..tak sanggup Sya"Shahira menangis teresak esak. Raisya segera menyeka air mata sepupunya.

"Sabar ira. Aku pun dah tak sanggup sebenarnya tapi kita kena lalui juga"Raisya mengusap belakang gadis tu perlahan.

Mereka segera menukar pakaian terlebih dahulu sebelum mengatur langkah ke kelas semula.

"Kamu berdua pergi mana? Saya nak kamu berdua berdiri luar kelas sehingga habis masa saya."Raisya dan Shahira mengangguk perlahan dan melangkah keluar dari kelas.

Bukan setakat pelajar saja yang tidak menyukai mereka bahkan sesetengah guru juga tidak menyukai.

"Kasihan kena denda"Mereka berdua menoleh ke arah Devil boy dan segera menunduk kepala.

DB hanya tersenyum sinis sahaja dan melangkah melintasi kelas dua gadis tersebut. Semua pelajar serta guru takut dengan mereka kerana mereka bertiga anak kepada jutawan yang berjaya.

Jika ada yang berani mahu menghukum ketiga jejaka tu pasti guru tu akan dikenakan tindakan semula.

"Kaki aku dah lenguh"Bisik Raisya. Shahira mengangguk mengiyakan.

"Tak payah bersembang dekat luar ya! Saya nampak. Sudahlah selekeh. Miskin. Masuk kelas pun lambat apa nak jadi lah!"Shahira dan Raisya mengepal erat penumbuk masing masing.

Dihela nafas perlahan supaya bertenang. Masa Cikgu Mauwadah adalah sejam setengah memang lenguh lah kaki mereka mahu berdiri.

Semasa di Cafe Queenka sengaja melanggar meja yang diduduki oleh Raisya serta Shahira dan mengakibatkan air yang di atas meja tertumpah.

"Opss sorry tersengaja btw baju ni kutip dari tong sampah ke? Buruk nyee. Tahulah miskin tapi tak payahlah sampai cari dalam tong sampah kan you all"Mysha tersenyum sinis ke arah dua gadis tu yang menunduk sahaja.

"Aku nak korang berdua siapkan kerja sekolah kitorang faham? Kalau ada yang salah siap lah korang aku kerjakan"Queenka melemparkan tiga buku latihan di atas meja.

"Sedar diri tu miskin tak layak masuk sekolah ni!"

"Dahlah hodoh tak selera aku nak sambung makan."

Banyak kata cacian dari pelajar Velvet highschool sehingga kan setiap hari mereka mendengar caci maki tersebut.

12. THE IMPOSSIBLE REVENGE✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu