BAB 2

3.9K 242 21
                                    

"maaf ira sebab tak dapat nak protect kau masa DB baling batu."dirawat luka di siku ira.

"Tak apalah Sya memang nasib kita pun."dihela nafas perlahan. Raisya menyimpan first aid dan melutut depan shahira.

"Aku tak sanggup ira nak jadi macam ni. Penat sangat"Air mata Raisya bertakung di kelopak matanya.

"Sabar okeyh? Aku tahu benda ni takkan berterusan"Diseka lembut air mata sepupunya.

Dareen mengengam siku Shahira gadis tu meringis kesakitan kerana sikunya luka. Dia cuba untuk menarik tangannya namun tidak dapat.

"Asal latihan aku ada dua salah hah? Kau ni aku dah cakapkan jangan bagi salah satu pun kau pekak ke apa?!"Tajam renungan mata jejaka tu ke arah Ira.

"M..maaf i..ira dah cuba t..tapi"

"tapi kau malas kan! Kau ni lain kali ulang kaji baca buku tu biar pandai ni tak bodoh! Sekarang korang berdua ikut kami"Ditarik tangan Shahira ke padang.

Raisya turut mengikuti langkah mereka. Dia kasihankan Shahira.

"Lari padang 10 kali dan buat push up 15 kali. Cepat"datar suara Edwin. Raisya dan Shahira memulakan larian mereka.

"Jadi perempuan jangan lembab sangat! Laju!"Raisya mengetap bibirnya menahan amarah yang kian hadir.

Setelah berlari sepuluh pusingan. Mereka berdua segera membuat push up. Nasiblah mereka pernah buat bergini jadi tidaklah penat sangat.

"D..dah"Nafas Raisya dan Shahira turun naik akibat penat. DB membuat isyarat menyuruh mereka pergi.

Raisya membantu Shahira. Lengan baju di siku ira berdarah disebabkan gengaman Dareen sebentar tadi dan tambahan pula hukuman yang diberi.

"Sakit Sya"Berkerut dahi Shahira menahan sakit disiku nya. Raisya memandang wajah sepupunya sekilas.

"Dahlah ira. Aku dah penat dengan semua benda ni tau tak. Aku give up"Shahira memandang sayu ke arah Raisya yang jelas wajah tu menunjuk kan dia sudah penat dengan apa yang mereka lalui.

"Kita bertahan sikit ja lagi okeyh?"Raisya mengeluh dan mengangguk perlahan kepalanya.

"Dah datang dah budak sampah ni"Balqis menutup hidungnya seakan jijik dengan dua gadis tu.

"Itulah dengan pakaian diorang euuu. Datang sekolah pun jalan kaki. Kita ni siap ada driver lagi"Mysha mengukir senyuman mengejek.

Raisya mengengam tangan sepupunya di bawah meja untuk menyalurkan semangat. Hati Shahira ni lembut sikit berbanding dengan dirinya.

"Abaikan ja diorang"bisik Raisya perlahan dan dibalas anggukan dari sepupunya.

Shakila bangun mendekati shahira dan dengan sengaja dia menumpah kan air di atas badan gadis tu.

"Omg sorry i tersengaja."Shahira mengukir senyuman nipis dan mengeleng kepalanya tanda tidak mengapa.

"Tak apa sikit je ni"katanya dan diambil tisu untuk dilap di bajunya sudahlah air sirap.

"Btw macam mana lah korang berdua boleh sesat dekat sekolah orang kaya ni. Korang ni dahlah selekeh. Nerd pulak tu. Rambut? Euuu style apa ni"Dilepaskan rambut Shahira dan dikipas kipas tangannya seperti jijik dengan Shahira.

"Jom blah dari sini."Raisya menarik tangan ira untuk bangun dan pergi dari situ.

"Tak payah nak belagak sangat lah budak miskin. Mesti mak ayah pun tak ada dah kan? Siann dahlah nerd. Kalau tak ada duit pergilah melacur di kelab jual diri kau tu."sakit sekali kata kata dari Mysha. Raisya segera membawa sepupunya pergi dari situ.

12. THE IMPOSSIBLE REVENGE✓Where stories live. Discover now