BAB 15

2.9K 191 2
                                    

Semasa di sekolah Ad langsung tidak bertegur sapa dengan sesiapa pun. Mood nya benar benar hancur.

"Ad kau ok?"Gadis tu hanya mengangguk saja tanpa banyak cakap. Shahira menepuk bahu Ad.

"Ad. Kau kalau tak okeyh bagitahu lah aku"Gadis tu mengeluh perlahan. Ditoleh ke arah sepupunya.

"Parent aku dah masuk islam dan tinggal aku sorang ja yang belum."Terkejut dua sepupunya.

"So how? Nak masuk islam juga?"Ad mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dipandang dua sepupunya.

"Tolong aku untuk jatuh hati dengan agama islam."Dua gadis tu tersenyum dan mengangguk.

"Memandang kan sekarang kau tengah serabut cuba kau buka zikir dan dengar. In shaa Allah hati kau akan tenang."Ad hanya turut apa yang Shahira arahkan. Dipakai earphone nya.

Dipejamkan matanya untuk menghayati zikir tersebut. Hatinya terasa lapang.

"Aku rasa dia ada niat untuk masuk islam. Aku harap sangat pintu hati dia terbuka untuk beragama macam kita"bisik Raisya dan dibalas anggukan dari Shahira.

Semasa di cafe, Ad tidak lepas dari mendengar zikir walaupun dia sedang makan.

"Makan pun dengar lagu. Apa lah"Shahira dan Raisya hanya mengendahkan saja kata kata pelajar disitu.

"Itulah, masa makan sepatutnya tutup lagu then fokus dengan rezeki."Ad membuka earphone nya dan dicabut. Volume dikuatkan.

"Dia dengar zikirr. ya Allah berdosa aku." Ad mengukir senyuman sinisnya. Macam ni umat islam? Mengata tanpa usul periksa.

Axel seakan tidak percaya yang gadis tu mendengar zikir. Jadi gadis tu benar benar mahu masuk islam?.

Seketika dia mengeluh kerna telah mencederakan gadis tu disebabkan tidak suka dengan tatto salib tersebut.

"Dah tak yah fikir pasal diorang. Jenis suka mengata tanpa usul periksa ni layak dibuang ke dalam tong sampah."bengang Raisya dan disuap bihun sup ke dalam mulutnya.

"Asal lengan Ad berbalut? Tempat tatto dia pula tu."Axel hanya diam mendengar soalan dari Edwin.

"Entah. Mungkin dia nak tutup tatto salib tu agaknya."Dareen membuat andaian sendiri.

"Sayang. Sayang stop please"Axel memegang tangan gadis tu. Ad menoleh dengan riak kosong.

"I am sorry for my mistake."Ad menarik tangannya semula dan melangkah pergi. Axel mengejar langkah Ad dan dipeluk erat tubuh tu dari belakang.

"Maaf"Hanya itu yang mampu dia ucapkan agar Ad tidak memarahi nya lagi. Tidak bercakap dengan gadis tu sehari boleh buatkan dia gila.

"Sokeyh. Dhla lepas lah."Axel mengeleng tanda tidak mahu. Dicium pipi gebu tu.

"Aku rindu nak borak dengan kau. Jangan marah aku lagi eh. Aku minta maaf sangat sangat"mohon nya.

"Tak apa. Ad dah maafkan. Pergilah balik kelas nanti cikgu marah pula."Axel mencium pipi Ad terlebih dahulu sebelum mengatur langkah ke kelasnya.

Sempat Axel berpaling ke belakang melihat Ad. Dia tahu gadis tu masih marahkan nya. Dari nada suara saja dia dapat agak.

Petang tu Ad mengemas barangnya. Raisya yang kebetulan masuk ke dalam bilik Ad berkerut dahi.

"Kau nak pergi mana ni Ad?"Gadis tu menoleh ke arah nya.

"Aku ada hal sikit dalam beberapa hari nanti aku balik. Bye"Diusap kepala Raisya sebelum keluar dari bilik tersebut.

"Eh kau tak bagitahu lagi kau nak pergi mana!"Raisya mengejar langkah Ad yang sudah menuruni tangga.

"Nanti aku bagitahu. Jaga diri baik baik."Dibuka pintu tu dan melangkah keluar.

"Dia pergi mana tu Raisy?"Soal Shahira. Gadis tu mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Katanya ada hal"Shahira mengangguk faham.

12. THE IMPOSSIBLE REVENGE✓Where stories live. Discover now