Prolog

5.7K 415 14
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sicily, Itali.

Bunyi jeritan jelas kedengaran di antara kesepian malam saat bilah tajam pisau Kerambit itu menyayat kulit pipi mangsanya. Darah memacut keluar membasahi topeng wajah yang di pakai si pemilik Kerambit. Tiada riak wajah yang dapat di lihat tapi disebalik topeng hitam yang bercorak emas itu tersembunyi seringai Iblis. Dia hanya memandang bila lelaki itu meraung-raung memegang pipi menahan kesakitan. Wajah lelaki itu sudah di basahi darah dan tangisan tapi langsung tiada rasa belas kahsian dalam dirinya. Bagi dia, lelaki itu memang patut di hukum macam tu.

"Per favore... Per favore lasciami andare..." Suara penuh rayuan dalam bahasai Itali itu membuatkan lelaki itu mengalihkan pandangan pada satu lagi mangsa di sebelah kirinya. Jelas tergambar riak wajah ketakutan. Peluh dingin semakin membasahi badannya bila sedar yang dia pula akan jadi sasaran lelaki Iblis tu. (Tolong... Tolong lepaskan aku...)

"Mi hai tradito." Suara di sebalik topeng Venetian itu kedengaran. Dia bangun melangkah perlahan-lahan pada mangsanya yang jelas berundur ketakutan. Cuba untuk melarikan diri darinya. Usaha yang sia-sia kerana dia tak pernah melepaskan musuhnya tanpa penyeksaan yang perit. (Kau khianti aku.)

"Perdonami, Leon! Perdonami! Per favore non uccidermi!" Lelaki berbaju kemeja hitam itu pantas duduk dengan lututnya. Kedua belah tapak tangannya menyatu antara satu sama lain. Merayu pada lelaki yang berdiri tegak di hadapannya ni. (Maafkan aku, Leon! Maafkan aku! Jangan bunuh aku!")

Pandangan mata Leon mencerum tajam. Mata yang berwarna coklat keemasan itu dapat menangkap dengan jelas ketakutan lelaki yang merayu padanya kini. Pisau Kerambit di tangannya di mainkan seketika. Kerambit yang berupa kuku Harimau itu sememangnya sudah banyak mencederakan mangsa. Memang selalu dimandikan dengan darah.

Tangan Leon tarik rambut lelaki di hadapannya. Dia duduk mencangkung dengan sebelah lututnya menyamai ketinggian musuhnya. Mata coklat keemasan itu dapat lihat dengan jelas ketakutan yang ada pada mata hitam lelaki di hadapannya. Senyum sinis terukir di sebalik topeng.

"Per... Perdonami..." Lelaki itu bersuara penuh kekesalan. Kebodohan yang dia kesali kerana mengkhianati Leon. Dia fikir yang dia boleh terlepas dari Leon tapi dia silap besar kerana lelaki itu sememangnya mengawal rapat pergerakannya. Mata coklat keemasan di hadapannya seolah-olah teruja untuk membunuhnya. Hanya mata itu yang selalu dia tatap sedangkan wajah di sebalik topeng itu tak pernah sekalipun dia lihat. (Maafkan aku.)

Mungkin sampai akhir hayatnya ni pun dia takkan akan pernah dapat melihatnya.

"Morire." (Die) Serentak dengan itu, Kerambit di tangan dihayun ke muka pengkhianatnya atau lebih tepat di bahagian mulut hingga darah sekali lagi memacut membasahi topengnya dan ada juga yang terpercik hampir mengenai matanya yang terdedah. Raungan kesakitan bergema memekakkan telinganya saat mulut lelaki itu sudahpun sobek. Kepala lelaki itu ditolak kasar. Membiarkan kedua musuhnya menggelupur di jalan dengan darah.

Bulan menjadi saksi kejadian berdarah itu. Dua lelaki yang bertubuh tegap dan sasa yang setia menanti di berdekatan sebuah kereta mewah itu berpandangan sesama sendiri. Tiada kata-kata antara mereka kerana mereka tahu ketua mereka itu sungguh kejam. Keduanya melangkah mendekati mangsa-mangsa yang sudahpun terkulai di jalan. Membiarkan darah membuak keluar dari wajah masing-masing. Mungkin juga dunia mereka sudah gelap dek rasa kesakitan yang tak tertanggung.

"Remmber, if they survive, let them live." Kata Leon sebelum melangkah menjauhi anak-anak buahnya. Memang dia taka da niat untuk membunuh pun, cukup penyeksaan yang perit ini. Dia cuma ingin memberikan peringatan pada mereka.

"Signor tak nak ikut kami balik?" Tanya salah seorang dari mereka. Masih juga dalam bahasa Itali. Pandangan di halakan pada Leon yang sedang menanggalkan sarung tangan yang di pakainya.

Leon sekadar menggeleng sebelum kakinya melangkah meninggalkan lorong sepi tu. Dia sudah biasa di tempat ni. Itali bagaikan rumahnya sendiri. Tak ada apa yang perlu dia takutkan. Tak, takut tak pernah ada dalam kamus hidupnya kerana dia yang ditakuti.

Leon berjalan melalui lorong-lorong sunyi. Memang sengaja dia ambil laluan ni memandangkan hanya laluan ini yang agak dekat dengan Kelab Malam yang akan dia kunjungi. Dia saja nak buang masa dekat situ.

Jeritan nyaring yang menerjah gegendang telinga menghentikan langkah Leon. Pandangan matanya mencerum melihat seorang gadis yang meronta-ronta dalam pelukan seorang lelaki yang jauh lebih besar dari gadis itu.

"Merosakkan mood aku betul." Desis Leon. Dahlah lelaki itu menghalang laluannya dan sekarang dia perlu menyaksikan babak tak senonoh ni pula? Macam tak ada tempat lain!

"Tolong! Lepaskan akulah tak guna!" Makian terus dilemparkan. Mata Leon hanya memandang saja gadis yang cuba melepaskan dirinya tu. Mendengar dari bahasa yang gadis itu lemparkan dia tahu yang mereka berdua bukanlah orang Itali tapi sebaliknya orang Malaysia.

Bukan macam gadis lain yang hanya menangis dan merayu tapi gadis itu sememangnya cuba melawan sedaya upaya. Sedikit air mata pun tidak mencemarkan wajah cantiknya. Kecil comel tapi garang. Macam anak kucing yang cuba melawan anjing yang menyerangnya. Micetta!

"Argh! Tak guna punya perempuan!" Lelaki bertubuh sasa itu berbongkok-bongkok menahan kesakitan bila selangkangnya menjadi sasaran lutut gadis idamannya.

Leon tarik senyum senget. Tak padan dengan kecil dan rendah saja gadis itu tapi ganasnya bukan main. Baru saja gadis itu ingin melarikan diri, rambut panjangnya direntap hingga dia jatuh terduduk ke tanah. Meringgis sakit gadis itu jadinya.

Leon hela nafas berat. Kedengaran sedikit merenggus bila lelaki itu mula menarik kasar pakaian yang dipakai oleh gadis itu. Memang tak ada moral betul nak buat masalah dekat tempat terbuka macam ni. Langkah dibuka ke hadapan. Untuk ke kelab malam tu, dia harus melalui dua manusia di depannya ni.

"Tolong!" Gadis itu menjerit nyaring. Dia sedikit kaget saat terpandangkan Leon. Mungkin terkejut kerana lelaki itu memakai topeng yang masih tersisa kesan darah. Mati terus suara gadis itu.

Lelaki yang separuh menindih gadis itu mencerlungkan matanya pada Leon seolah-olah memberi amaran supaya jangan masuk campur. Leon hanya pandang tak berperasaan. Setakat pandangan saja, dia boleh cungkil mata lelaki itu dan buangkannya ke laut.

"Kau jangan menyibuk! Aku - argh!" Jeritan lelaki itu kedengaran kuat bila sekali lagi lutut wanita itu menyerang bahagian sulitnya. Senak! Dia tahu yang gadis itu cuba untuk melepaskan dirinya.

"Sial!" Tangan lelaki itu laju melempang gadis yang di bawahnya kuat. Terus terkulai layu gadis itu ke tanah. Pengsan.

Leon hanya memandang. Mungkin gadis itu pun sendiri sudah penat. Pisau Kerambit miliknya yang masih tersisa darah segar di keluarkan. Tanpa sepatah kata, langkahnya maju mendekati lelaki yang sudah berdiri menghadapnya. Bersedia untuk melawannya.

Kaki Leon naik menendang kuat dada lelaki itu hingga terpelanting ke tembok. Pisau hujung pisau Kerambitnya di hayun berkali-kali ke belakang badan lelaki itu. Jeritan lelaki itu langsung tidak di hiraukan. Hujung mata Kerambit yang tajam melekung itu ditikam berkali-kali tanpa belas ehsan hingga lelaki itu terkulai bersama darah yang membasahi bajunya.

Leon mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Bersihkan tempat ni." Ringkas Leon berkata bila panggilannya di jawab. Tak perlu tanya di mana, pandai-pandailah mereka cari di mana Leon berada saat ni.

Leon mendekati gadis yang tidak sedarkan diri di atas tanah tu. Di pandang lama wajah putih bersih itu lalu tubuh gadis itu dicempung. Dia tak tahu kenapa dia berbuat demikian tapi apa yang dia tahu, gadis ini harus berada di tempat yang selamat.

Ah, mungkin dia terlebih baik hati saat ini.

👑 FUFULIEYAMAT 👑
📝 1 NOVEMBER 2021📝
©️ NOVEMBER 2021
🔱 MASKED MAFIA🔱

Masked Mafia | SUWhere stories live. Discover now