9 | Keluarga Angkat

1.8K 215 1
                                    

Tengku Karl Irfan lap rambutnya yang basah dengan tuala di tangan selepas keluar dari bilik air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tengku Karl Irfan lap rambutnya yang basah dengan tuala di tangan selepas keluar dari bilik air. Segar sikit tubuhnya selepas seharian buat kerja.

Telefon yang ada di atas meja dicapai. Mesej yang dihantar oleh Fatiha dipandang sepi. Buka pun dia malas. Ah, biarlah, bukannya tak ada teksi yang gadis itu boleh gunakan. Sengaja nak mengada. Biarlah gadis itu berdikari pula. Malas dia melayannya.

Tubuh dibaringkan ke katil. Matanya menghadap siling putih. Seketika senyuman kecil terbit dibibirnya saat wajah comel gadis itu terbayang di ruangan mindanya.

"Ayrish..." Bibirnya menyebut perlahan. Entah kenapa gadis itu benar-benar membuatkan dia tertarik. Comel tapi garang macam kucing, comel, nampak jinak dan manjanya melebih tapi kalau tersilap usik, alamatnya memang kena cakar.

Ketukan pintu menyentakkan dia dari lamunan. Malas-malas dia bangun mendapatkan tombol pintu. Siapalah yang menganggu dia waktu-waktu macam ni?

"Abang Karl..." Suara lembut itu menyapa pendengaran berserta dengan wajah manis bertudung itu.

"Kau nak apa?" Dingin Tengku Karl Irfan membalas. Macam tak ada muka lain yang nak ganggu dia. Haih. Rimas.

"Mama ajak makan. Ada tetamu."

"Hm." Ringkas Tengku Karl Irfan membalas. Bila dia ingin menutup pintu bilik, tangan halus itu menahan.

"Apa lagi?" Soal Tengku Karl Irfan. Mulai rimas dengan Fatiha. Mana tak rimasnya kalau gadis ini sememangnya jenis yang keras kepala? Tak faham ke yang dia tak suka gadis itu mengganggunya? Haih!

"Kenapa abang Karl tak datang jemput Fatiha tadi? Fatiha tunggu lama." Suara Fatiha sedikit merengek. Menyampah pula Tengky Karl Irfan jadinya.

"Kau bukannya budak 5 tahun yang aku perlu jaga 24 jam. Kau dah besar, kau boleh Aje naik grabcar ke, teksi ke, sampai juga dekat rumah, kan? Jangan nak mengada sangat." Sembur Tengku Karl Irfan. Ingat dia ada masa ke nak melayan kerenah adiknya tu? Banyak lagi kerja yang dia boleh buat.

Fatiha gigit bibir bawah. Kepalanya ditundukkan. Terasa hati bila dimarahi macam tu.

"Tapi bahaya..."

"Aku tak peduli." Pintas Tengku Karl Irfan. Pintu bilik terus dihempas dihadapan muka Fatiha. Malas nak layan!

Fatiha tersentap. Matanya dikerdipkan berkali-kali bila kolam air matanya tu mulai terasa panas. Ah, Tengku Karl Irfan memang menyakitkan hati.

"Kenapa abang kau tu? Period ke apa?"

Fatiha tersentak mendengar soalan yang dilemparkan oleh Ayrish yang baru saja keluar dari bilik solat. Wajah gadis itu berkerut seribu melihat Fatiha. Kebetulan dia mendengar pintu dihempas sewaktu dia ingin keluar. Gaduh ke apa?

"Eh tak ada apalah. Pintu tu dia ada masalah sikit, itu yang terhempas." Kata Fatiha mencipta alasan namun bukan Ayrish kalau dia termakan alasan bodoh macam tu. Bibirnya dicemikkan.

"Agak-agaklah kalau nak menipu pun. Ingat aku budak 5 tahun ke? Kenapa abang kau tu? Dia marah kau?" Soal Ayrish agak tak puas hati.

Macam budak-budak Aje main hempas pintu. Dah besar kan? Jumpalah bincang elok-elok. Itu pun nak kena ajar ke?

"Abang Karl ada masalah sikit. Tak payahlah hiraukan dia. Jom kita makan." Fatiha tarik tangan Ayrish menuruni anak tangga dan gadis itu hanya akur.

Biar ajelah kalau itu yang Fatiha mahukan. Dia tak nak masuk campur urusan orang lain kalau bukan orang tu sendiri yang meminta bantuannya.

"Abang Karl mana?" Tanya Tengku Khalida saat terpandangkan dua gadis itu turun dari tangga tanpa anak terunanya.

"Abang Karl cakap sekejap lagi dia turun. Dia ada kerja." Kata Fatiha memberi alasan. Tak akanlah dia nak kata yang Tengku Karl Irfan memarahinya pula. Tak pasal-pasal lelaki itu cop dia ni jenis kaki mengadu. Haih!

Ayrish duduk di sebelah Fatiha manakala Tengku Khalida duduk berhadapan dengan mereka.

"Mana Daddy? Tak makan sekali?" Tanya Fatiha saat kelibat daddynya tu tak kelihatan.

"Daddy ada urusan dekat luar. Makan dekat luarlah tu." Balas Tengku Khalida. Teringat suaminya, Tengku Hussein yang keluar pagi tadi.

"Boleh Ayrish tanya sikit?" Tanya Ayrish. Ada sesuatu yang berlegar dalam fikirannya. Kedua wanita itu memandang pada Ayrish. Menanti persoalan yang bakal dilemparkan oleh gadis cantik itu.

"Kenapa dekat pangkal nama Fatiha tak ada Tengku?" Tanya Ayrish agak perlahan. Takut ada yang terasa hati tapi dia betul-betul hairan sebab setahunya Fatiha tak ada nama Tengku dipangkal nama tapi abangnya, Tengku Karl Irfan?

"Sebab dia anak angkat. Bukan anak kandung. She's not my sister." Sampuk satu suara yang tiba-tiba saja muncul lalu duduk disebelah Tengku.

Fatiha tarik senyum tawar bila Ayrish memandangnya meminta penjelasan. Oh, patutlah Fatiha tu asyik pakai tudung saja dalam rumah ni.

"Karl... She's your sister. Walaupun Fatiha bukan anak kandung aunty tapi aunty dah sayang dia sangat macam anak sendiri so she's, my daughter." Tegas Tengku Khalida namun Tengku Karl Irfan hanya buat muka bersahaja. Seolah-olah kata-katanya tadi langsung tak melukakan hati Fatiha.

Ayrish mengangguk kecil. Mungkin sebab itu Tengku Karl Irfan agak dingin dengan Fatiha tapi tak akanlah sebab tu Aje? Dah besar panjang macam ni tak akanlah gaduh sebab berebut kasih sayang kot?

"Ayrish, what are you doing here?" Tanya Tengku Karl Irfan. Terkejut juga dia melihat kehadiran gadis itu. Tak jangka yang gadis itu akan ada dalam rumahnya.

"Ayrish hantarkan Fatiha balik tadi." Ujar Fatiha tanpa memandang ke arah abangnya tu. Tak berani bertatapan mata dengan Tengku Karl Irfan.

"You really need to be independent, Fatiha. Jangan harapkan semua bantuan orang. You're not a kid anymore." Tegas Tengku Karl Irfan. Dia tak nak gadis itu menyusahkan sesiapa terutamanya Ayrish. Adiknya tu perlu belajar untuk jadi dewasa dan bukannya terus menerus mengharapkan pertolongan dari orang lain.

"It's Okey. Perkara kecil Aje, Tengku Karl Irfan. Awak tak perlulah nak marah dia." Bidas Ayrish. Kalau ya pun nak marah, janganlah di hadapan tetamu dan waktu makan. Haih! Mamat ni tak ada common sense ke?

Mata Tengku Karl Irfan mencorot tajam pada Ayrish. Tak suka bila orang menyampuk kata-katanya tapi dia harus sedar yang gadis ini bukannya seorang yang akur seperti Fatiha. Gadis itu lain dan itulah yang membuatkan dia tertarik.

"Sudahlah, mari makan." Sampuk Tengku Khalida. Memecahkan suasana tegang dan janggal di meja makan.

Ayrish alihkan pandangan pada makanan. Malas nak layan Karl Irfan tu. Ingat dia seorang je ke tahu marah? Marah orang lain kan simpan dalam poket?

Huh! Hempuk karang, sia-sia saja pakai gigi palsu.

Masked Mafia | SUWhere stories live. Discover now