BAB 17 - Topeng

58 4 5
                                    

Pada malam tersebut, majlis perkahwinan Zafran dan Daniel diteruskan lagi denganajlis resepsi bertemakan cahaya bulan. Semua orang yang terdekat dijemput hadir ke rumah keluarga Zafran.

Para tetamu sedang sibuk berbual di dalam rumah manakala Darlene sedang berehat di beranda tingkat atas rumah itu. Topengnya masih tidak dibuka walaupun orang sudah mengenalinya sebagai Darlene Hazel.

" Siapa tadi tu ? " Sergah Aira dan Aura serentak dari belakang Darlene.

" Ehh..tahulah awak kembar. Janganlah sampai serentak nak tanya benda yang sama. Takut saya " balas Darlene sebelum mengundurkan diri kebelakang sedikit.

" Hahahaha..sorry lah ye " ucap Aira sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Haa..jawablah soalan kami "

" Hmm..saya tak tahulah. Hehehe " balas Darlene kepada Aura. Dia tahu yang Aura cuba untuk mempermainkannya.

" Eleh "

" Err..Darlene..boleh saya tanya something ? " Tanya Aira lagi. Kini matanya tertumpu pada tangan Darlene yang putih berseri itu. Darlene ada kacukan Jepun. Sebab itulah.

" Tanya apa ? "

" Gelang tu siapa yang bagi ? Cantik sangat " puji Aira sambil memegang tangan Darlene secara refleks.

" Eleh..kau jaelous dengan Darlene kan, sebab Zafran tak bagi apa-apa pun kat kau. Betul tak kakakku Aira " ujar Aura sambil mengangkat jarinya yang diisi oleh cincin permata yang disarungkan oleh Daniel semasa akad nikah tadi.

Memang benar Zafran tak sarungkan cincin pada Aira dan hanya memberikan kucupan pada dahi dan telapak tangan. Itupun semasa mereka selesai menari tadi

" Eii..mana ada ! " Bentak Aira sambil memuncungkan bibirnya.

Darlene tergelak di sebalik topengnya dan hanya suara kecilnya sahaja yang keluar.

" Gelang ni Zafran yang bagi. Dia kata ada orang suruh berikan. Tapi, dia tak boleh bagitahu siapa " terang Darlene. Aira dan Aura memandang sesama sendiri. Tak lain tak bukan Vicky la tu.

" Darlene..awak marah pada Vicky ke ? " Tanya Aura tiba-tiba. Aira terbeliak mendengar pertanyaan adiknya itu. Entah kenapa mulut dia macam laser hari ini.

" Hah ? Tak lah. Saya tak marah pun. Lagipun saya tak ada kaitan dengan dia pun. Kami just kawan " jawab Darlene dengan menekankan perkataan Kawan. Nasib baik dia memakai topeng, jika tidak pasti mereka dapat melihat wajahnya yang penuh dengan keperitan sekarang.

Aira memandang sayu melihat Darlene.

" Oii..marilah masuk ! Dah gelap ni " panggil Daniel dari dalam rumah itu.

" Tak guna punya suami. Oii kan isteri sendiri. Panggillah baby ke apa ke. Haihh " Aura mengeluh sebelum berjalan masuk ke dalam rumah. Aira pula mengikutnya dari belakang.

" Bye Darlene..jangan lambat sangat tau. Nanti kena terkam dengan hantu" pesan Aira sambil melambai-lambai pada Darlene. Darlene membalas lambaian itu.

Sebaik sahaja Aira dan Aura hilang dari pandangannya, dia membuka topengnya. Dia terpaksa memakai topeng kerana dia mahu sembunyikan semua perasaan sakitnya disebalik topeng itu.

Dia kembali terasa sunyi. Hanya cahaya bulan dan bunyi deruan ombak yang bersamanya kini.

" Vicky..apa awak buat sekarang ni ? " Tanyanya perlahan dalam hati. Dia sempat mendoakan Vicky supaya dapat bersamanya kembali. Gelaran kawan itu bukanlah bermaksud kawan biasa baginya, tetapi kawan yang sanggup dia korbankan jiwa dan nyawanya demi bersama 'kawan' itu.

MR. SPLIT [EDITING]Where stories live. Discover now