BAB 36

16 1 0
                                    

Langit malam disinari bintang-bintang. Dengan angin-angin lembut, membuatkan hati terasa tenang. Ombak bergerak perlahan, menimbulkan bunyi desiran. Tiada sesiapa yang mahu bersuara. Hanya memerhatikan keindahan alam, bersama.

Baju ditiup angin. Semua orang jatuh cinta dengan suasana pantai.

Berdekatan air pantai, En. Afza memerhatikan semua anak muridnya yang tidak bergerak. Hanya memandang pantai. Tenggelam dalam alam yang indah.

"Kamu semua boleh buat aktiviti sendiri."

Kata-katanya dijawab dengan anggukan oleh anak muridnya. Tanpa suara. Ada yang berjalan berdekatan dengan air pantai, ada yang bermain dengan pasir, ada juga yang hanya menikmati waktu.

Sama seperti mereka berenam.

Kini, mereka duduk dalam bulatan. Tanpa melakukan apa-apa. Selepas kepenatan main macam-macam tadi, mereka membuat keputusan untuk berehat.

Air biru terpantul dari cahaya bintang dan bulan membuatkan airnya kelihatan bersinar.

Bagai terpukau, tak ada sesiapa yang mahu melepaskan pandang ke arah pantai.

Sebab mereka dah 3 tahun tak nampak pantai depan mata.

"Korang nak apa-apa?" Aiman memecahkan lamunan mereka. Laju menoleh ke arah empunya suara. Aiman dan Eliza membawa satu bakul penuh dengan makanan. Ketua kelas yang bertanggungjawab lah dikatakan.

Iz menggeleng. "It's okay, kitorang tak nak apa-apa." Jawabnya sambil memandang mata Aiman. Dalam.

"Rajin korang pusing-pusing hantar makanan ek. Duduklah lepak-lepak." Imani mengajak. Orang nak rehat-rehat, ketua kelasnya sibuk membusykan diri. Semua orang kena rest sama-sama.

"Okay kalau tu yang kau nak." Eliza duduk sama dalam kawasan itu. Aiman turut ikut tingkah laku Eliza dan meletakkan bakul tadi di sebelahnya.

Sepi memenuhi pantai, sememangnya mereka sangat menikmati suasana ini.

"Khusyuk nampak?" Satu suara membuatkan AF memalingkan wajah.

"Eh Ainin?" Terkejut dibuatkan. Ainin, librarian dari kelas lain boleh muncul pulak kat lawatan ni.

"Hello." Gadis itu tersenyum ramah.

"Macam mana kau boleh sampai sini?"

"Kau tahu lah senior aku tu, dia nak amik gambar untuk magazine sekolah. Sebab kita antara kelas pertama yang dapat keluar dari sekolah." Terangnya sambil duduk di sebelah Imani.

AF muka terfikir, kenapa sekolah ni ketat sangat sampai tak bagi budak keluar sekolah? And selama ni tak pernah pulak pelajar dapat pergi lawatan, kenapa waktu ni baru sekolah kasi?

Apa sebenarnya yang buat cikgu ubah fikiran untuk longgarkan peraturan sekolah?

"So, kau memang ikut dari awal lagi la?"

"Yup. Korang maybe tak perasan aku tapi aku memang ada je berdekatan dengan korang. Ada jugak gambar-gambar korang aku sempat amik tadi."

Mereka beruja. "Ada banyak ke? Nak tengok!"

"Nanti aku tunjuk."

Suasana kembali senyap. Memang semua tengah merehatkan diri.

Iz, yang duduk di sebelah Fa'iq melihat rakan-rakannya yang tenggelam dalam angin lembut pantai. Dia perhatikan mereka.

Kalaulah dia boleh minta satu hajat untuk ditunaikan, dia nak mereka semua boleh bersama untuk masa yang panjang. Tapi apakan daya? Tak ada sesiapa yang tahu masa depan yang bakal mereka harungi.

"Kau tak keseorangan, kau tahu kan?"

Kata-kata AF menerjah ingatannya. Dia menghela nafas. Dia tak boleh bebankan sesiapa dalam masalah yang dia ada. Dia tahu rakan-rakannya itu juga ada banyak masalah tersendiri dalam hidup mereka.

Dia akan cuba tolong mereka sebaik mungkin. Jadi, tolonglah bertahan. Dia berjanji dengan diri sendiri yang dia akan ubah segalanya.

Supaya mereka dapat hidup secara normal, bersama.

"Aku nak duduk sini boleh?"

Suara seseorang memecahkan lamunan. Dia menoleh ke arah suara tu.

Shafiq kelihatan berdiri di sebelahnya. Nampaknya dia meminta izin untuk duduk dengan mereka, dengan baik.

Nampak sahaja gerangan Shafiq, yang lain terus cuak. Nak apa pulak ni? Mereka tak nak sesiapa rosakkan mood yang dah tenang ni. Imani dan Malikah memandang Shafiq yang masih berdiam menunggu jawapan.

Pandangan Iz bertentangan dengan mata AF. Dia menyangka yang AF risau, tapi dari pandangan mata gadis itu kepadanya, jelas nampak yang AF langsung tidak risau. Lebih dari tu lagi, matanya nampak yakin.

Dia hanya menundukkan sedikit kepalanya sebagai isyarat 'it's okay'. Kemudian Fa'iq memandang dia dengan serious.

Dia tahu Fa'iq risau.

Tak apa. Nothing will happen. Dia mengangkat muka memandang Shafiq. Dengan senyuman, dia cakap. "Duduklah,"

Ekspresi Shafiq sedikit terkejut, tak menyangka yang Iz akan benarkan dia duduk situ. Tapi dia akur sahaja, dan duduk.

"Iz.. aku-"

"Fa'iq, kan tadi kau cakap nak makan ketam. Pergi la cari," Iz memotong kata-kata Shafiq dengan menukar topik.

Kening Fa'iq terangkat. Dia diam seketika, sebelum dia bangun dari duduk dan bercekak pinggang. "Kau ni lapar sangat ke apa? Mana ada ketam besar malam-malam macam ni. Tapi kalau kau nak, boleh je. Jom guys." Dia menarik tangan Firas dan Imani bangun.

"Eh. Apa salah aku? Aku tak nak ikutt,, Malikah help mee," Imani yang makin jauh ditarik memanggil Malikah. Laju sahaja Malikah berlari ke arah Imani.

"Kau nak buat ape Fa'iq oi,"

"Aku pun nak ikutt!"

"Jangan cakap kau nak tangkap ikan?"

"Cikgu tengok sini, ada lampu panjang la. Boleh bukak tak?"

"Ada-ada je lah korang ni. Jap cikgu cari tuan semua lampu ni."

Sekelip mata, pantai itu muka bising angkara Fa'iq. Pelajar 3A mula main air kat pantai, berlari-lari dan bermain.

Cikgu Afza pergi ke rumah yang berdekatan dengan pantai tu. Pemilik rumah tu cakap lampu tu miliknya. Selepas mendapat kebenaran untuk menggunakan lampu tu untuk seketika, pantai tu mula diterangi dengan cahaya. Membuatkan semua orang teruja dengan kecantikan lampu-lampu itu.

Ainin mula menghidupkan cameranya dan mengambil gambar. "Cantik.." gumamnya dengan mengsnap banyak lagi gambar dengan seronok.

"Aduh!" Latahnya lalu terjatuh ke pasir pantai. Akibat seronok sangat amik gambar, dia terlanggar orang di hadapannya.

Yang dilanggarnya tadi menghulurkan tangan untuk membantu. Lelaki berkaca mata. "Oh Qayeed."

"Sorry tak perasan."

"Takpe salah aku jugak tak tengok depan tadi." Ainin tersenyum dan menyambut tangan Qayeed untuk bangun.

Macam tu sahaja, Qayeed pergi dari situ. "Kau kenal Qayeed?" Tanya Eliza di sebelahnya.

Ainin mengangguk. Mestilah dia kenal, Qayeed pun batchmate dia. Cuma dia belum pernah berbual la dengan lelaki itu.

Kini, hanya tinggal AF, Iz dan Shafiq yang masih duduk.

Melihat AF yang memandang dirinya, Iz senyum. "Pergilah main sekali dengan diorang, nanti aku datang."

Lama AF mengunci pandangannya ke arah Iz. Dia melepaskan nafas.

"Aku percaya kau Iz. Hati-hati okay?" Ujarnya perlahan lalu bangun. Pergi dari situ.

Makin lama, AF makin jauh pergi ke arah Fa'iq dan lain-lain. Iz dan Shafiq memerhatikan gadis itu tanpa suara. Senyap.

"So.. apa kau nak cakap tadi?"

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now