ℂ𝕙𝕒𝕡 24 : Permulaan Baharu

477 20 0
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Beberapa tahun berlalu...

Langkah diatur ke arah kelas yang di tempatkan. Wajahnya beriak biasa, tiada senyuman sama sekali. Beg galas dibahunya berserta beberapa buku catatan di tangannya dibawa.

Mata-mata yang memandang dari tadi dihiraukan. Bisikan-bisikan makcik bawang juga terdengar namun dia hanya buat tak tahu sahaja.

Tepat di depan pintu kelas, ianya diketuk beberapa kali.

Tok Tok Tok

Lecturer yang baru masuk itu memandang ke arah pintu kelasnya termasuk pelajar-pelajar di kelasnya.

"Ye, kenapa ?" soal Profesor Rin sopan.

"Murid baru," dua patah dia menjawab.

"Ohh, awak pelajar baru ? Silakan masuk," jemputnya memberikan senyuman.

Kaki melangkah masuk ke dalam menuju ke tengah-tengah kelas.

"Baik, Fatimah Rafanda Auliya ? Sila perkenalkan diri awak," kata Profesor Rin.

"Just Fatin, from Kelantan," kata Rafanda ringkas.

Profesor Rin mengangguk.

"Orang sini ? Cantik mata awak. Pindah dari mana ?" soal Profesor Rin lagi.

"Dari France," tuturnya lagi.

Sekali lagi Profesor Rin mengangguk.

"Baik, awak boleh ambil tempat awak. Saya akan mulakan pembelajaran,"

"Thank you, Prof,"

Rafanda mengambil tempat dibahagian belakang sekali. Pandangan pelajar-pelajar lain dihiraukan.

Di suatu sudut yang lain, ada beberapa mata yang memerhatinya.

"Nampaknya kita ada 'budak' baru,"

"Tak sabar nak main balik,"

"Kali ni nampak macam rare sikit,"

"Takpe, nanti kita try,"

Mereka semua tersenyum sinis.

🤍🕊️

Sedang Rafanda berjalan seorang diri, dirinya tiba-tiba dirempuh seseorang dari belakang buatkan dia tidak dapat seimbangkan diri lalu jatuh terjelupuk.

Segala buku-buku yang dibawa di tangannya bertaburan ke lantai. Nasib baik laptop dah letak dalam beg.

"AHAHHAHH... baru tolak sikit dah jatuh. Lemah !" ejek salah seorang gadis di situ.

Rafanda terus mengutip segala buku-bukunya dan menepuk kasar bajunya. Dia berdecit perlahan.

"Kau nak apa ?" soalnya dingin.

Terhenti tawa lapan orang disitu. Empat jejaka dan empat gadis itu berpandangan.

"Kau ni, first day dah kurang ajar. Kau tak kenal ke kami ni siapa kat sini ?" soal salah seorang gadis, Mia.

"Tak kenal dan tak berminat nak kenal. Bukan artis pun," selamba Rafanda membalas.

Mia mengetap bibir dari menengkingnya.

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now