ℂ𝕙𝕒𝕡 33 : Surat Bermakna

657 24 8
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Ding dong

Loceng rumah berbunyi tanda ada tetamu yang datang. Puan Sri Raysah yang kebetulan di ruang tamu bersama suaminya memandang ke arah pintu.

Riyadh yang baru sahaja turun memandang sekilas sebelum melangkah ke dapur. Lantak lah siapa nak datang pun.

Puan Sri Raysah segera bangun dan menuju ke pintu. Pintu utama dibuka dan kelibat penghantar surat muncul di hadapan pagarnya.

Langkah segera dituju ke arah pagar. Pintunya dibuka sedikit supaya senang berinteraksi dengannya.

"Selamat petang, puan. Betul ke ini alamat rumah Tuan Quraisy Riyadh ?" sapa lelaki itu sopan.

Heh, boleh buat calon menantu ni.

Dahi Puan Sri Raysah berkerut. Kenapa tiba-tiba nama anaknya diseru ?

"Iye, betul. Tuan Quraisy Riyadh tu anak saya. Ada surat untuk dia, ke ?" soal Puan Sri Raysah.

Lelaki itu mengangguk seraya mengeluarkan sekeping envelope putih lalu dihulurkan kepada wanita dihadapannya.

"Baik, terima kasih," ucap Puan Sri Raysah menghadiahkan senyuman.

Lelaki itu membalas senyumannya dan berlalu pergi.

Puan Sri Raysah kemudiannya masuk ke dalam rumah. Kelibat anak lelakinya yang baru mahu naik tangga itu dipandang.

"Aisy, ni ada surat untuk kamu," panggil Puan Sri Raysah.

Kening Riyadh bertaut, begitu juga Tuan Qarizh.

"Surat ? Surat apa, my ? Dari siapa ?" soal Riyadh sambil turun tangga dan menghampiri ibunya.

Puan Sri Raysah menggeleng.

"Mana lah mummy tahu. Nah, kamu pergi tengok sendiri," hulurnya.

Tanpa menunggu lama, Riyadh terus mengambil envelope di tangan ibunya. Envelope itu dikoyak di bahagian atasnya. Sehelai kertas putih bersaiz A4 dan sehelai kertas seperti 'nota' dikeluarkan.

Terbuntang luas mata Riyadh membaca isi kandungan surat itu. Nota pula dibacanya.

Assalamualaikum , awak . Saya pasti awak dah baca surat tu , kan ? Jujur bagi saya , saya rasa jodoh kita mungkin sampai sini sahaja . Saya tahu , cerai bukan perkara main - main . Jadi saya memang tak main - main .

Saya tak takut jika ditinggalkan awak , cuma saya takut bila kita masih bersama dan hati awak dengan orang lain . Saya pergi , bukan sebab saya pentingkan diri . Tapi saya tahu , selama mana pun saya bertahan , awak takkan berubah .

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now