1

40 5 0
                                    


Senior year. Tahun last bagi Jia dan kawan seperjuangannya di sekolah tinggi sebelum melangkah ke alam universiti.

Jia harap dapat satu kelas dengan Juyeon lagi pada tahun ini. Kalau tahun sebelum dia tak suka sekelas dengan Juyeon. Tapi, tahun ni dia harap sangat!

Sepanjang cuti sekolah, Juyeon terus senyap dan mengelak darinya. Kalau terjumpa dia langsung tak endahkan Jia. Yes, Jia tak dapat nak selesaikan lagi masalah mereka berdua.

Minta tolong pada Minho pun, dia tak berguna juga. Dasar betul dia tu.

"Oi, Jia! Kau termenung apa." Sunwoo mematikan lamunannya. Macam biasa, mengacau keamanan hidupnya. Disebelah Sunwoo, ada Yerin yang berkepit dengannya.

"Kau seorang saja ke Jia? Selalu pergi sekolah dengan Juyeon." giliran Yerin bersuara. Pelik juga kalau Jia datang ke sekolah sendirian.

"Kau lupa ke Juyeon tu dah pindah keluar dari rumah aku. Mana dia pergi pun aku tak taulah." Pasrah saja nada suara Jia. Yerin memeluk bahu kawan baiknya.

"Korang gaduh ke? Sampai Juyeon bawa haluan sendiri?"

Yerin mendebik bahu Sunwoo. Banyak tanya betul mamat ni lah! Sunwoo mengusap bahunya. Sakit woi! Nasib sayang. Kalau tak memang senget pony tail rambut Yerin tu.

Jia pernah bagitaunya. Dia dan Juyeon in relation. Tapi, sebab satu salah faham Juyeon mengelak dari jumpa dia.

"Eh, kimsun. Kau masuk kelas dulu lah." Yerin menghalau Sunwoo masuk ke kelas dulu.

"Alaaaaa. Tapi kita tak tau kita sama kelas ke tak dengan bby." Sunwoo buat muka gediknya. Jia rasa ringan je tangan nak sepak muka Sunwoo.

"Kau jangan nak gedik mengada depan aku. Ada kena sepak jugak ni kang." Jia menyampah betul dengan seketul Sunwoo yang gedik ni. Dah lah orang tengah gaduh dengan bf ni.

Sunwoo memuncungkan mulutnya dan berlalu pergi ke kelas terlebih dahulu. Yerin menarik Jia untuk pergi ke tandas. Tap, Jia berhenti apabila nampak Juyeon dan Minho masuk ke bangunan sekolah. Tak jauh dari tempat dia dan Yerin.

"Juyeon!"

🐶/🐱


Juyeon dan Jia berjumpa di tangga. Dimana tak ramai orang lagi lalu lalang di situ sebab masih awal lagi.

"Kau nak cakap apa?" dingin suara Juyeon. Deep inside his heart dia rindu wajah dan suara Jia. Tapi dia ego. Dia lebih menangkan rasa cemburu dan marahnya pada Jia.

"Kau masih marahkan aku lagi ke, Juyeon? Kalau ye, aku nak minta maaf. Aku dengan budak lelaki tu baru je kenal. Kitorang kenal pun sebab jumpa time perlawanan tahun lepas tu." Jia memegang lembut tangan Juyeon. Mengharapkan Juyeon memaafkan dirinya.

"Lepas, Jia. Kalau nak bercakap takpayah pegang aku." Juyeon cuba melepaskan genggaman tangan Jia. Tapi, lebih erat Jia pegang.

"Weh, Minho. Kau rasa berhasil ke pujukan Jia tu?" Yerin berbisik dengan Minho. Mereka berdua menjadi sang pemerhati.

"Aku tak rasa Juyeon nak turunkan ego dia. Aku pujuk dia pun tak jalan inikan pula Jia."

Jia menggeleng kepalanya. Taknak melepaskan tangan Juyeon. Dia rindu sangat-sangat dengan Juyeon.

"Jia, lepas. Kau tu dah jadi ketua pelajar. Kalau kau lambat masuk kelas orang pandang serong."

Sempat lagi Juyeon membebel. Jia tersenyum sedikit. Dia rindu bebelan Juyeon.

"Aku rindu kau, Juyeon." tanpa segan silu Jia terus memeluk Juyeon. Juyeon hanya kaku di tempatnya tak membalas pun pelukan Jia.

'Aku pun rindukan kau, Jia'

Silent Stealer : SFLY | Kim SeungminWhere stories live. Discover now