2

23 4 0
                                    


"Kau memang taknak jumpa dengan kekasih hati kau tu ke, Juyeon? Aku kesian tengok dia tau. Setiap kali dia datang rumah kita, kau elak dari jumpa dia. Cuba turunkan ego kau tu. Sampai bila kau nak macam ni? Ni bukan Juyeon yang aku kenal." Minho cuba memujuk kawannya untuk le seribu kali. Lain macam betul merajuk Juyeon ni.

"Aku tak marahkan dia pun. Aku pun rindu dia sangat-sangat, Minho. Tapi, bila aku nampak dia aku....."

"Aku apa? Sepatutnya kau sekelas dengan dia tau! Kejadah betul minta tukar kelas. Habislah aku tambah rival dalam kelas ni. Cukup lah Sieun tu yang jadi rival aku bila exam."

Minho mengeluh sambil memicit tengkuk. Tapi, bagus juga Juyeon sekelas dengannya boleh minta resepi jadi pandai terlebih. Maklumlah, Juyeon kalau bab akademik dia top 3 dalam batch.

"Weh, weh Juyeon! Kelas sebelah ada budak baru dari Jegu weh." Haknyeon si pembawa gossip membawa berita yang baginya hangat. Rupanya dia tiada di kelas merayap di sebelah. Haih, Ju Haknyeon.

"Kau memang takde kerja ke merayap kelas orang, Hak?" Changmin memerli tablematenya yang tak reti duduk diam setempat mesti nak merayap.

"Aku pergi tandas je bila balik tandas tu aku nampak kelas A-1 tu macam meriah. Dah la takde cikgu. Aku join sekaki."

"Kau tahu siapa nama budak tu?" Minho curious dengan budak baru kelas sebelah. Dah senior year baru pindah? Biasanya pelajar pindah senior year ni sebab terpaksa. Maybe parents dia kena pindah sini. Who knows?

"Seungmin. Dia besbol team Jegu high. Budak besbol konfem kenal dia. Saing-saing Jia batter paling padu and another home-run. Dia lari laju siot." sempat pulak Haknyeon memuji Seungmin.

"Seungmin? Batter hebat tu. Pergh." Changmin pulak yang kepoh. Macam dengar nama idol masuk sekolah sendiri.

"Tak. Kau asal?"

"Weh. Aku haritu bergurau je dengan dia kalau nak kenal Jia dengan lebih rapat meh la masuk team besbol kitorang. Tak sangka betul pulak dia tukar sekolah."

Juyeon menggenggam penumbuk. Jadi, nama budak tu Kim Seungmin? Budak haritu yang dia nampak bermesraan dengan Jia?

"Dia minat Jia ke?" Minho bertanya lagi.

"Dia cuma adore dengan skill Jia. Dia kata nak belajar skill tu kalau dia dapat satu team dengan kitorang."

"Aku pergi tandas jap." Juyeon keluar dari kelas. Haknyeon dan Changmin termangu. Diorang ada salah cakap ke?

"Juyeon tu asal? Dingin gila dia harini. Takut siot aku nak tegur dia. Bila dia dah duduk dengan kau ni aura dingin kau melekat sekali kat dia. Ada apa-apa yang kitorang tak tahu ke, Minho?" Changmin cuba mengorek rahsia yang disimpan oleh Juyeon. Pelik juga dia. Juyeon dah tak macam dulu. Kalau dulu rajin ikut lepak. Sekarang ni ajak lepak dia senyap langsung tak jawab.

Minho mengeluh. Dia dah janji dengan Juyeon jangan spill relation dia dengan Jia. Hanya Yerin dan dia saja tau Jia dan Juyeon dah couple. Tapi, sekarang ni kapal dah nak karam.

"Juyeon ada sorok something dari kitorang kan, Minho? Spill the tea please."

"Meh dekat sikit. Ni sulit. Rahsia kerajaan bahaya kalau orang lain tahu." Haknyeon dan Changmin mendekatkan badannya dengan meja Minho.

"Juyeon dengan Jia dah couple." bisik Minho sambil tangan sebelahnya tutup takut ada yang baca gerak mulutnya.

"WHAT?!" Haknyeon dan Changmin termenjerit membuatkan satu kelas memandang ke arah mereka bertiga. Drama betul!

"Shhh! Diam sikit!"

"Tapi, kenapa Juyeon tak bagitau kitorang?" Changmin pula berbisik.

"Sebab kapal diorang dah nak karam."

"Means?"

"Ada third-wheel."


🐶/🐱

"Okay kelas. Boleh pergi rehat. Jia! Lee saem ada bagitau saya untuk bawa Seungmin jumpa dia."

"Baik, Hyun saem."

Jia memandang mereka berempat yang sibuk nak keluar pergi hunter makanan di dewan makan sekolah.

"Cepat do Chanhee. Kau ni terhegeh laaa. Kang ramai yang beratur nak ambik makanan!" Eric merengek mengajak Chanhee.  Lapar benar nampaknya.

"Kau nak join sekali ke, Jia? Ke nak kitorang pergi dulu?" Yerin bersilih ganti pandang Jia dan Seungmin.

"Erm, korang pergi je dulu. Aku ada hal dengan Seungmin."

"Kau jangan sampai lupa nak makan eh! Aku terajang kau nanti!" sempat pulak si Sunwoo tu bagi ugutan.

"Diamlah babun!"

Seungmin menjadi pak perhati je. Tak biasa lagi untuk membuka mulut.

"Jom, Seungmin."

Jia dan Seungmin keluar dari kelas. Elok pula terserempak dengan Juyeon dan Minho. Mereka pun baru nak keluar dari kelas.

Aduh. Sebelah dia sudah la ada Seungmin. Baru nak berbaik dengan Juyeon. Dah Juyeon nampak dia dan Seungmin.

"Err-aku nak kena bawak Seungmin pergi jumpa coach aku. Kau rehat mana, Juyeon? Nanti aku pergi situ."

"Tak. Tak payah. Kau pergi je rehat dengan budak baru tu." Juyeon berlalu pergi begitu sahaja. Nasib ada Seungmin kat sebelah. Kalau tak mahu banjir kat situ jugak.

"Jia, aku dah try pujuk dia. Tapi...."

"Takpe Minho. Aku okay. "

"Oh btw, aku Minho dan yang tadi tu Juyeon. Aku pergi dulu." Sempat Minho memperkenalkan dirinya depan Seungmin.

"Jia. Awak okay?" Seungmin memberanikan diri bertanya Jia. Jelas sekali riak wajah yang dipamerkan Jia sedih.

"A-aku okay. Hehe."

"Jangan segan silu untuk luahkan pada saya. Lagipun saya kan kawan awak?"

"Hm, tengoklah macam mana."

🐶/🐱

Silent Stealer : SFLY | Kim SeungminWhere stories live. Discover now