8

18 4 0
                                    

Termasuk harini dah seminggu Seungmin tidak bercakap dengan Jia. Bila Jia ajak Seungmin ke kafe bersama mesti dia tolak pelawaan Jia. Sedangkan sebelum ni Seungmin sendiri yang suka ajak Jia.

"Girl. Are you okay?" Juyeon memetik jari depan muka Jia. Dari tadi Jia diam seperti jasadnya saja berada di situ.

"Huh?"

"Kau asal? Tak sihat ke?" Juyeon bertanya. Risau pula kalau-kalau Jia tak sihat diajak pula dating harini.

"A-aku okay."

"Seems like many thoughts lingering on your mind. What's up?"

"Huh? Tak. Manade."

"Or, are you unhappy because date with me today?"

Jia mengeluh. Mula dah Juyeon ni.

"Tak lah. Syok bodo dating dengan kau. Kalau aku taknak takdenya aku date dengan kau. Lagipun kau kan ayang aku. Eceh." Jia cuba buat lawak. Even dah couple pun Jia masih berbahasa kasar dengan Juyeon. Sebab dia dah biasa begitu dengan Juyeon. Tapi taklah selalu.

"Wah syok betul sampai bodoh ek. Okay lah, lepasni ayang nak pergi mana? Ayang awak ni taknak balik lagi." Juyeon imitate Jia.

"Geli lah bodoh. Sejak bila ber ayang-ayang ni? Aku tak ajar kau macam ni Juyeon. No no Juyeon no."

"Kau mula dulu. Aku sambung je."

Jia mencubit lengan Juyeon. Pandai dah dia ni mengejek orang balik. Ni mesti Haknyeon mengajar ni. Tak peliklah kalau Juyeon macam ni sebab dah sekelas dengan si sengal Haknyeon tu.

"Jom, balik rumah. Kau dah lama tak balik. Aku rindu nak kepit dengan kau kat rumah." Jia buat muka comel. Agar Juyeon termakan ajakannya. Juyeon tersenyum sambil menyerabaikan rambut Jia.

"Tapi takut kena halau je sebab bersawet depan ibu."

"Takdenya. Ibu lagi suka kau balik."

Juyeon tergelak kecil. Banyak kali juga Puan Chae tanya bila nak balik. Sebab dia rindu anak angkat teruna seorang. Katanya penat dah bergaduh dengan Jia je kat rumah. Nak juga bergaduh dengan dia.

"Yelah. Aku ikut kau balik."

Tersenyum lebar Jia. Juyeon tergelak kecil melihat Jia yang menari kecil kerana gembira. Akibat geram sangat dia cubit pipi Jia.

"Sakitlah!"

"Siapa suruh comel sangat." Juyeon gelak besar. Puas dia dapat cubit pipi Jia yang agak tembam.

"Ish, jangan lah. Malu lah titew."

Euw cringenyah. Mula dah mood gedik dia datang bila dengan Juyeon. Makin galak Juyeon gelak.

"Hey cepat lah! Kau kalau gelak tak pernah habis sampai bila-bila tak sampai rumah!"

Seungmin tanpa sengaja terlihat momen mereka berdua dari jauh. Seungmin mengeluh berat. Dia patut move on kalau tak makin parah sakit hatinya.

"Hey, Seung. Kau okay?" Han Jisung yang berada di sebelahnya perasan perubahan muka kawannya. Seungmin tersenyum tawar dan mengangguk.

"Jom, pergi klinik."

🐱🐶

Suka betul Puan Chae apabila Juyeon balik. Plan asalnya Juyeon balik nak berkepit dengan Jia tapi Puan Chae pulak yang berkepit dengan Juyeon.

"Ibuuuuu! Dah lah tu dengan Juyeon! Juyeon tu Jia punya!" Jia merengek seperti budak kecil. Ibunya sengaja menyakat Jia. Lagi dia taknak lepaskan Juyeon.

"Eh, ibu bukan kena pergi kedai ke waktu begini? Kesian Seungmin kena handle kedai waktu begini."

Jia cari alasan untuk ambil Juyeon dari ibunya. Memang waktu begini ibunya akan ke kedai untuk tolong pekerjanya pada waktu kemuncak seperti sekarang.

"Alahai, kamu kan dah berkepit dengan Juyeon kat sekolah. Bagilah ibu pulak. Ibu pun rindu Juyeon. Lagipun Seungmin tak masuk kerja harini."

Riak muka Jia berubah. Seungmin tak masuk kerja? Kenapa? Dia nak berhenti ke? Dia memang nak jauhkan diri dari aku ke?

"Kalau hubungan awak dengan Juyeon dah baik, saya tak boleh selalu rapat dengan awak dah. Nanti salah faham lain pula yang timbul."

"Maafkan saya kalau awak rasa saya ignore awak. Tapi saya terpaksa."

Ayat Seungmin mula berlegar di kepalanya. Semenjak dia dan Juyeon berbaik Seungmin langsung tak chat dia pada waktu malam. Balik sekolah ke balik dari training ke mesti dia ikut Eric balik. Kalau bercakap dengannya pasal kerja sekolah je.

Kalau Jia sedih, Seungmin lah yang akan pujuknya. Bawa Jia lepak dulu lepas balik sekolah sebelum masuk kerja. Orang yang selalu mendengar masalahnya dan sentiasa pinjam bahunya dah hilang dalam hidupnya. Entah kenapa dia rasa macam hilang sesuatu dalam hidupnya.

Bagaikan berjumpa, bercakap, bergelak ketawa dengan Seungmin sebahagian rutin hidupnya. Tapi, dia dah ada Juyeon. Kenapa dia nak rasa begitu.

"I should focus on my present. With Juyeon."

"Jia? Kau asal banyak termenung harini? Kau nak makan tak?"

Jia memandang Juyeon yang setia berada di sebelah ibunya. Soalan Juyeon dibiarkan di bawa angin kipas.

"Kenapa Seungmin tak masuk kerja, ibu?" pandangannya beralih pada ibunya. Sepertinya dia dah tak kisah ada Juyeon di sebelah ibunya. Dia kesahkan tentang Seungmin sekarang ni.

"Dia kata dia tak sihat-"

Belum habis Puan Chae habis ayatnya, Jia berlari masuk ke bilik. Untuk call Seungmin. Dia begitu bimbang dengan keadaan Seungmin.

"Kim Seungmin. Why she worried too much with that guy? He or me her real boyfriend?" keluh Juyeon. Nasib saja Puan Chae tak dengar sebab sibuk masak.

🐱🐶

Silent Stealer : SFLY | Kim SeungminWhere stories live. Discover now