BAB 41

8.3K 626 271
                                    

Beberapa minit kemudian Erina, Edrian dan Zakiah sampai di hospital. Sebaik saja Edrian memberhentikan kereta, Zakiah terus berlari keluar. Dia tidak dapat memikirkan perkara lain selain anak perempuannya.

Erina dan Edrian juga segera mengikuti Zakiah dari belakang. Mereka menusuri beberapa wad sebelum tiba di hadapan ICU. Kelihatan seorang lelaki pertengahan umur sedang berdiri di hadapan ICU itu dengan wajah pucat lesi. Zakiah mula meluru ke arah lelaki itu dengan air mata berjuraian.

"Abang, kenapa dengan Kaila? Dia okay ke? Dia tak apa2 kan??"

Suami Zakiah yang bernama Rosman itu cuba menenangkan isterinya. Dia mengusap bahu Zakiah. "Sabar. Bawak mengucap. Tadi degupan jantung Kaila tiba2 lemah. Sekarang doktor tengah rawat dia. Kita kena sabar dan tunggu keputusan doktor dulu."

Zakiah melorot jatuh di atas kerusi menunggu yang berada di hadapan ICU itu. Dia mengusap wajahnya dan mula menangis lagi mengenang nasib anak perempuannya.

Erina dan Edrian hanya mampu memandang satu sama lain. Mereka keliru dengan situasi itu namun masing2 tahu sekarang bukan masa untuk bertanya.

Rosman yang perasan akan kehadiran Erina dan Edrian mula melangkah ke arah mereka. Dia tersenyum namun kelihatan hambar, mungkin kerana penat.

"Kamu berdua ni mesti Erina dan Edrian kan? Nama saya Rosman, saya suami Zakiah. Kamu berdua ke yang hantar Zakiah ke sini?"

Rosman dan Edrian saling bersalaman manakala Erina hanya tersenyum sedikit. Erina mula melirik memandang Zakiah yang masih menangis di atas kerusi menunggu.

"Ya. Kami yang hantar puan Zakiah sebab dia nampak panik dan bergegas nak ke hospital tadi, jadi kami tolong hantarkan." Terang Edrian.

"Terima kasih banyak sebab sudi hantarkan Zakiah ke sini. Maaf. Saya tau kamu semua tengah berbincang perkara penting, tapi tiba2 saja keadaan anak perempuan saya berubah teruk." Balas Rosman dengan wajah suram.

"Maaf, boleh saya tau...apa yang jadi?"

Edrian dan Rosman memandang Erina yang tiba2 bersuara selepas berdiam diri sejak tadi. Mendengar soalan Erina, Rosman tunduk memandang lantai dengan hati pilu.

"Mari, kita duduk dulu. Saya akan ceritakan semuanya."

* * *

"Setelah 5 tahun usia perkahwinan kami, akhirnya kami dikurniakan seorang anak perempuan. Nama dia Kaila, 11 tahun. Dia budak yang ceria dan bijak. Tapi...dia dilahirkan dengan leukemia. Sepanjang hidup dia, dia kerap masuk hospital untuk rawatan. Dia hanya belajar di rumah dan tak pernah dapat peluang untuk berkawan, bermain atau bergembira dengan kanak2 lain.

Beberapa tahun kebelakang ini, keadaan Kaila semakin teruk. Dia kerap batuk berdarah dan degupan jantung dia sangat lemah menyebabkan dia perlu dibawa ke ICU. Disebabkan itu, saya dan Zakiah bergilir-gilir menjaga dia di sini setiap hari."

Erina dan Edrian yang setia mendengar cerita Rosman hanya mengangguk faham. Mereka simpati dengan nasib Kaila.

Tiba2, kelihatan seorang doktor keluar dari ICU tersebut membuatkan mereka semua berdiri dari kerusi. Zakiah dan Rosman segera menuju ke arah doktor tersebut untuk mengetahui keadaan Kaila. Erina dan Edrian hanya memerhati dari jauh.

Beberapa minit kemudian, kelihatan Zakiah mengukir senyuman dengan sisa tangisannya. Mereka mengucapkan terima kasih pada doktor tersebut sebelum dia berlalu pergi.

"Alhamdulillah keadaan Kaila dah stabil sekarang." Terang Rosman kepada Erina dan Edrian membuatkan mereka juga terasa lega.

"Alhamdulillah. Kalau macam tu, kami balik dulu la. Assalamualaikum."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now