Bab 32

65 6 6
                                    

"Tepilah!!" Jerit Aara. Sekuat hati dia cuba menolak lelaki asing di hadapannya yang sedang berdiri menghalangi pintu bilik.

Aara tetap cuba memberanikan dirinya walaupun pandangan lelaki itu terhadap dirinya semakin menakutkan.

Ya Allah.. Sekamatkanlah aku Ya Allah.

Aara sudah buntu. Tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk dia melarikan diri.

"Meh sini sayang.. Sini." Lelaki itu mula menapak mendekati Aara. Namun Aara berundur ke belakang menjauhinya.

Namun nasib tak menyebelahinya apabila belakangnya bertemu dengan dinding bilik. Lelaki itu laju mendekati Aara apabila Aara hendak melarikan diri lagi.

Tangannya menyentuh lengan Aara, namun laju ditepis. Aara menggunakan kedua-dua tangannya untuk menolak dada lelaki itu.

"Sanalah! Janganlah dekat-dekat!" Marah Aara lagi. Rasa takut semakin menyelubungi dirinya apabila tiada sebarang pergerakan hasil daripada tolakannya.

"Tolonglah.. Janganlah apa-apakan aku." Rayu Aara. Kedua-dua tapak tangannya dirapatkan. Air matanya juga mula bertakung di tubir matanya. Lelaki itu tidak berkata apa malah tangannya naik hendak mengusap kepala Aara.

"Woi!!" Sekelip mata sahaja. tubuh lelaki itu ditarik ke belakang. Aara yang sejak tadi sudah lemah itu terus jatuh terduduk. Dia hanya memandang Daniel yang sedang mengerjakan lelaki asing tadi.

Tidak lama kemudian, Ammar muncul lalu berlari mendapatkan Daniel. Tubuh Daniel ditarik menjauhi lelaki tadi.

"Bang! Dahlah tu!" Tubuh Daniel dipeluk dari hadapan apabila Daniel cuba untuk mendekati lelaki tadi.

"Biar polis uruskan hal ni." Kata Ammar.

Tenang sahaja Daniel, dia laju mendapatkan Aara. Tidak menunggu lama, tubuh Aara ditarik masuk ke dalam pelukannya.

"Sorry sayang.. Abang minta maaf sebab tinggalkan sayang." Ucap Daniel. Tepi kepala Aara dicium berkali-kali. Pelukan dieratkan lagi oleh Aara. Kepalanya disandarkan pada dada Daniel.

"Sayang takut.." Lirihnya. Tangannya menggenggam erat baju Daniel.

"Abang ada.." Dengan pelukan yang masih belum dileraikan, Daniel dan Aara sama-sama berdiri.

"Ammar.. Dah call polis?" Ammar mengangguk sahaja. Dia menoleh memandang lelaki tadi yang sedang duduk dengan tangan dan kakinya yang sudah diikat oleh Ammar, kemudian dia menoleh memandang Aara yang sedang duduk di atas tilam bersama Daniel. Ammar mendekati lelaki itu. Wajahnya ditenung lama.

"Aku rasa aku pernah nampak muka kau ni." Ammar duduk mencangkung di hadapan lelaki itu. Daniel dan Aara hanya memandang Ammar.

"Bukan kau ke owner kereta myvi putih yang selalu parking kat depan rumah ni since sebulan lalu? Nombor plat kereta kau 8890 kan?" Lelaki itu jelas tergamam. Semua yang dikatakan oleh Ammar itu adalah benar.

"Terkejut ke? Dah agak dah.." Ammar senyum sinis. Dia berdiri lalu menghadap abang iparnya pula.

"Dia dah lama intai rumah ni. Memang sesuai sangat dah ni bagi kat polis." Kata Ammar. Jelas wajah Daniel seperti sedang menahan marah namun disabarkan sahaja hatinya.

"Danish mana?" Soal Aara.

"Nish dalam kereta!" Daniel laju berlari keluar apabila teringatkan Danish yang bersendirian di dalam kereta.

"Sayang sangat abang Daniel tu kat kau kak.." Aara menoleh memandang Ammar. Bibirnya melorek senyuman nipis.

Tidak lama kemudian, Daniel datang bersama beberapa orang lelaki yang lengkap memakai uniform polis.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now