Bab 37

48 5 0
                                    

Pagi itu, awal lagi Aara sudah bersiap-siap. Semangat nak ikut encik suami ke pejabat!

"Abang sini.." Lengan Daniel ditarik menghampirinya yang berdiri di hadapan cermin. Bibir merahnya tidak berhenti mengukirkan senyuman manis setelah melihat penampilan sedondon mereka di dalam pantulan cermin itu.

Daniel memakai baju kemeja berwarna kelabu dan tali leher hitam manakala Aara pula memakai jubah berwarna sedondon kemeja Daniel dan tudung shawl berwarna cream.

"We look so good together." Ujar Aara. Kepalanya mendongak memandang Daniel dengan sengihan yang lebar. Daniel turut sama memandang ke arahnya dan tersenyum manis.

Wajahnya didekatkan dengan wajah Aara lalu hidung mereka dilagakan bersama. Ketawa kecil Aara kedengaran membuatkan senyuman Daniel semakin melebar. Dagu Aara disentuh sebelum satu ciuman hinggap di dahi isterinya itu.

"I love you so much, darling.." Ucap Daniel. Matanya merenung dalam mata Aara. Pandangan redup penuh dengan cinta, suara garau yang menuturkan kata-kata cinta pada Aara malah memanggilnya dengan panggilan darling buat pertama kalinya. Perkara itu benar-benar membuatkan Aara menjadi tak keruan.

Dadanya berdegup kencang dan secara spontan, tapak tangan kanannya dilekapkan pada dadanya. Jelas terasa betapa laju jantungnya berdegup.

"I'm so nervous abang. Jantung sayang rasa nak tercabut. Helpeu me abangg.." Sejurus selepas itu, Daniel menghamburkan ketawanya.

Tubuh Aara dipeluk. "Comelnya isteri abang ni!" Katanya dalam nada menahan geram. Kepala Aara yang sudah ditutup dengan tudung itu dikucup lama bagai tidak mahu lepas. Tubuhnya digerakkan ke kiri dan ke kanan.

"Jom abang.. Nanti jalan sesak." Daniel menunduk memandang Aara yang mendongak memandangnya.

"Sekejap. Masih tak puas peluk." Dahi mereka dilagakannya lalu matanya dipejam erat.

"Kenapa ni abang? Manja semacam je ni.." Soal Aara. Pipi kiri Daniel diusapnya.

"Abang masih tak puas ni nak cuddle tapi jom jalan." Setelah pelukan dileraikan, tangan kiri Aara digenggamnya. Beg tangan Aara dan beg kerjanya diambil.

+++

"Nanti sayang nak jumpa abi dulu tau.. Abang temankan sayang boleh?" Lengan kiri Daniel disentuh oleh Aara.

"Boleh sayang.." Setelah menutup pintu kereta, punat kunci ditekan. Dia berjalan menghampiri Aara yang sedang berdiri di hadapan keretanya. Pinggang ramping Aara dipautnya.

"Jom.. Abang pergi letak barang dulu, lepastu kita pergi jumpa abi." Semakin lebar senyuman Aara setelah mendengarkan apa yang dikatakan oleh Daniel.

Sedang mereka berjalan menuju ke lobi syarikat, satu figura yang amat dikenali Daniel kelihatan tidak jauh daripada mereka. Matanya hanya memandang sekilas, namun dia tahu siapa figura itu. Spontan ibu jarinya mengusap-usap pinggang Aara.

"Abang okay tak ni?" Soal Aara. Wajah Daniel dipandangnya. Macam ada masalah je..

"Abang ada tertinggal apa-apa ke?" Daniel laju menggeleng.

"Tak adalah. Jom sayang masuk." Langkah dilajukan sedikit sehinggalah mereka akhirnya masuk ke dalam bangunan itu. Sesekali Daniel menoleh memandang ke belakang. Aara yang kehairanan ikut sama memandang ke belakang. Namun tiada sesiapa di belakang mereka.

"Abang janganlah laju sangat. Penat sayang nak ikut langkah abang." Tegur Aara dan serentak itulah Daniel memperlahankan langkahnya.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now