∆Chapter 32∆

673 108 50
                                    

∆**********∆

Bersama Halilintar,Blaze dan Thorn.

Dalam perjalanan ke rumah,mereka masih memerhatikan sekeliling supaya tak ada lagi pengikut Jason menghampiri mereka.

"Kalau diaorang berani tunjuk muka lagi aku akan smackdown diaorang elok² kali ni." bebel Blaze.

"Ya! Ya! Kita belasah diaorang!" sorak Thorn. Mereka sudah hampir sampai dirumah.

Halilintar yang berada dihadapan tersentak bila nampak pintu rumah mereka ada kesan peluru.

"Mereka cari kita dekat rumah ke...?"tanya Thorn.

"Macam mana dengan yang lain kalau macam tu?"tanya Blaze pula,bersedia dengan penumbuk.

"Hanya ada satu cara je nak tahu."

Sebaik sahaja Hallintar membuka pintu rumahnya,mereka dikejutkan dengan Tok Aba dan Ochobot yang terikat diatas kerusi.

"Tok Aba! Ochobot!"

Mereka bertiga terus masuk kedalam dan cuba nak buka ikatan pada Tok Aba tetapi bunyi click dibelakang mereka buat mereka terus kaku.

"Tangan ke atas dan pusing belakang. Kau pasti tak nak sesiapa tercedera,betul tak?"

Halilintar mengetap bibirnya kuat sebelum mengangkat tangannya dan memusing kebelakang diikuti oleh Thorn dan Blaze.

"Tch- Jason. Apa yang kau buat dekat sini?"tanya Halilintar,cuba mengalih perhatian.

Jason masih lagi menghalakan pistolnya kearah mereka bertiga. Tanpa amaran dia menembak kaki Blaze.

"ARGH!"

"Blaze!!"

Hampir sahaja Halilintar dan Thorn mengalihkan pandangan mereka dari Jason,bunyi klik dari pistol itu buat mereka berhenti

"Kau cuba tolong dia,aku lubangkan kepala atok kau pulak."kata Jason dingin. Halilintar dan Thorn terus kembali pada posisi asal.

Jason memberi isyarat pada orangnya untuk mengikat mereka bertiga. Halilintar memandang tajam kearah Jason yang tersenyum sinis apabila dia diikat.

"Apa yang kau nak buat dengan kitaorang sampai kau hantar orang² tu untuk kejar kitaorang?"

"Oh, Halilintar kan? Aku ada dua benda yang aku nak dari kau."kata Jason dengan selamba sebelum mencengkam rambut Halilintar,memaksanya mendongak.

"Aku nak Crystal. Dan aku nak tengok kejatuhan bapak kau dan aku nak Amato merana."bisiknya.

Jason melepaskan genggamannya apabila terdengar bunyi dari luar. Dari tingkap,dia boleh nampak kelibat Amato dan Crystal

"Dan aku akan dapatkannya hari ini juga."

∆**********∆

Suasana masih lagi tegang di rumah Tok Aba. Amato dah bersedia dengan MechaBlaster apabila mereka masuk dalam rumah. Halilintar,Thorn dan Blaze hanya mampu melihat,mereka tak boleh nak buat apa.

Kalau mereka ada buat satu silap,kemungkinan Tok Aba dan Ochobot yang tak terlibat pun boleh cedera.

Taufan,Ice dan Solar tidak kelihatan dimana-mana.

"Jason,hentikan semua ni. Ini antara aku dan kau saja. Jangan babitkan keluarga aku dalam hal ni!"bentak Amato. Jason hanya tergelak sinis dan meletakkan muncung pistolnya dibawah dagu Thorn.

My AI BodyGuard TwinWhere stories live. Discover now