∆Chapter 37∆

467 59 28
                                    

∆**********∆

"Aku dah cakap,aku tak nak makan makanan kau ni! Entah apa yang kau dah racun dalam tu!" bentak Solar.

Dia kembali ke bilik Evelyn, atas paksaan si 'tuan puteri' tu dan dia langsung tak bagi Solar masa nak bertenang langsung!

"Alah baby! Nanti kalau u tak makan nanti u sakit! Siapa yang susah? I jugak kan yang susah~?" pujuk Evelyn, masih menyua sudu yang berisi bubur itu pada Solar yang tengah terikat dekat kerusi tu.

"Astagfirullah,kau ni tak paham bahasa ke? Aku dah cakap aku tak nak kan!"

Punyalah bergelut nak jauhkan diri dari sudu tu sampai terbalik kerusi yang diduduki Solar.

"Argh..."tertanggal cermin mata Solar sebab terhempap akibat jatuh itu.

Evelyn hanya tergelak sinis sahaja bila Solar dah jatuh macam itu. Dia meletakkan mangkuk tersebut diatas meja sebelum mengambil cermin mata Solar.

"Aww...Cermin mata U dah pecahlah sayang. Tak apa, nanti I beli baru ya? I beli dari CELINE punya~"katanya. Solar hanya merengus kasar.

Sedaya upaya,dia cuba untuk baring dengan kerusi itu. Hadap siling rasanya lebih baik dari hadap perempuan ni.

"Boleh tak faham, aku tak suka kau? Kau ni perlukan bantuan dari doktor men-Argh!"

Tak sempat nak habis cakap lagi, Evelyn cekak rambut Solar dan memaksanya untuk mendongak.

"Jangan cakap I gila! I tak gila, I cuma sayang U sangat!"

Dia kemudiannya mengambil pisau yang dia guna untuk kupas epal dan tekan pada leher Solar.

"Cakap yang I tak gila....CAKAP SEKARANG!" makin kuat dia tekan pisau itu pada leher Solar.

"O-Okay! Okay! Kau tak gila! A-Aku mintak maaf!" jerit Solar.

Pisau itu akhirnya beralih dari leher Solar dan dia menghela nafas lega. Evelyn pun dah lepaskan cengkaman kuku besi dari rambutnya. Dia menghela nafas dan letak dahinya pada lantai.

Dia penat sangat. Penat nak layan si perempuan gila ni. Entah bila dia dapat jumpa Ice dan Taufan lagi.

Pintu bilik itu terbuka dan Solar terpaksa tutup mata dia sebab nak elak dari silau. Serentak dengan itu,dia dapat rasakan seseorang.yang membuka ikatannya daripada kerusi dan memegangnya kejap.

"Evy sayang,daddy nak pinjam boyfriend kamu ni sekejap."

Lah,orang tua gila ni rupanya-

Solar mengelipkan matanya beberapa kali cuba untuk clearkan penglihatan dia.

"Okay daddy! Tapi jangan lama-lama tau!"balas Evelyn dengan gediknya. Dia sempat mencubit pipi Solar sebelum Jason mengheretnya keluar dari bilik Evelyn.

"Apa yang kau nak dengan aku?"bentak Solar.

Jason tidak membalas malah makin laju dia mengheret Solar sampailah ke sebuah bilik yang hanya ada meja dan kerusiJason hanya menolak Solar ke kerusi tersebut.

"Aku agak kau pun tak tahu mana cip AI Crystal, betul?"soal Jason. Solar hanya memusingkan matanya,annoyed.

"Mestilah aku tak tahu. Gempa pun tak tahu dekat mana benda tu berada."balas Solar. Jason engeluh kecil,meramas kasar rambutnya.

"Aku patutnya biar Amato hidup. Kalau tak mesti aku dah tau mana benda tu." rungutnya,sekali lagi Solar memusingkan matanya.

"Kau ingat ayah aku akan bagitau kau?" Solar memutarkan matanya,rasa jengkel.

My AI BodyGuard TwinWhere stories live. Discover now