•| BAB 16 -sahabat- |•

14 1 0
                                    

"Weh geng nanti doakan ulfah selamat pergi dan selamat pulang au dari date ni"pinta ulfah."Kau ni ulfah satu hari sahaja pun nak risau apa sayangku"balas ika."Haah mu nak risau gapo"tanya fithriyyah pula.Farihin hanya mengangkat keningnya tanda bertanya."Entahlah aku rasa tak sedap hatilah"resah ulfah."Hey ulfah...look at me...ulfah banyakkan berdoa and serahkan segalanya dekat allah arasso?"kata farihin sambil menepuk bahu ulfah.

Ulfah hanya mengangguk sahaja walaupun dirinya masih berasa berat hati.Masa mereka rancang dirinya tidak berasa seberat ini tetapi bila tiba harinya hatinya seakan sungguh berat untuk meneruskan date bersama kedua ibu bapanya ini."Ulfah dah jom sayang...nanti lambat pergi kang lambat balik"kata umi safiyah. "Oklah guys byee...apa ii rojer tau"pesan ulfah.Yang lain hanya menganggukkan kepala.Mula sahaja perjalanan mereka ulfah terus membaca selawat dan basmalah semoga mereka semua dilindungi allah sepanjang perjalanan.

Ulfah banyak termenung dan melihat ke langit sepanjang perjalanan.Sungguh indah ciptaan tuhan yang dapat dilihat oleh ulfah.Sebenarnya destinasi mereka di Melaka juga.Saje jek abi lutfan buat muqri cemburu."Ulfah dah sedia?kita nak surprise kan along ni"kata abi lutfan."Umi tak sabar nak nengok riak muka dia nanti"teruja umi safiyah. Ulfah hanya mengangguk lalu tersenyum.Di dalam hatinya berkata semoga semuanya baik ii sahaja aamiin.

Sampai sahaja destinasi yang dituju mereka berhenti di sebuah taman.Ulfah apa lagi teruja macam kanak ii dapat gula ii.Mata dah bersinar-sinar tu nampak buaian.Semasa mereka hendak ke taman umi dan abi ulfah meminta diri untuk ke kedai makanan berhampiran bagi membeli makanan ii yang ringan untuk mereka makan.Ulfah terus ke bahagian buaian.Dia lenyap di dalam dunianya sendiri.Tanpa dirinya sedar ada sebuah kereta hilux berhenti betul ii berdekatan dengan buaiannya.

Tiba ii dia dapat melihat kehadiran along dan ibu bapanya dalam perjalanan ke arah buaiannya.Ulfah tersenyum manis melihat betapa berserinya along melihat dia dan umi serta abi datang ke Melaka.Along menyapa ulfah dari jauh sambil melambai tangan.Ulfah apalagi tergelak melihatnya.Tulah siapa suruh merajuk bagai haritu.Padahal tempat yang sama orang nak pergi.Ulfah mahu berlari ke arah alongnya dan kedua ibu bapanya tetapi terhenti apabila dia mendengar bunyi sebuah kereta berhenti berdekatan buaiannya.

Dia melihat alongnya seakan akan ingin berlari laju ke arahnya dengan riak wajah yang cemas.Umi dan abi juga menyuruh aku berlari ke arah mereka.Ulfah seakan digam apabila melihat situasi itu dan berpaling ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang ada di dalam kereta hilux itu.Malangnya cermin tingkap mereka terlalu tinted.Jadi ulfah hanya mampu mengecilkan matanya tetapi still tak nampak.Tiba ii along menarik tangannya dan memeluk ulfah.

"A-adik ke-kenapa tak lari tadi..."kata muqri sambil berjurai air mata.Ulfah seakan stunned tidak tahu mahu berkata apa kerna dirinya juga tidak faham kenapa dirinya tidak berganjak dari tadi."Adikkkkk...umi takod dan risau tau kalau adik kene culik tadi hikss"kata umi pula sambil membelek mukaku."Dahlah... alhamdulillah kereta hilux tu dah takde"kata abi lutfan. Ouhhhh baru aku perasan kereta tadi dah takde.Hmmm suspicious lah kereta tadi.Siapa ek."Adik tu penculik tau tak!...kalau along lambat tadi tak tau lah jadi apa"kata along dalam nada resah.

Entahlah aku pun tak faham dahlah tadi aku tak berlari pun lepastu aku tercengang kat situ.Tapi serius talk aku tak tau kenapa reaction aku macam tadi tu.Maybe sebab rasa curious aku melebihi rasa terancam kot HAHAHAHAHAHA. Aduh aku ni dah nak kene culik pun kau boleh gelak lagi haihhhh. Tapi kenapa aku rasa macam orang dalam kereta tu kenal aku ek hmmm sebab dia berhenti lama kot takkan sebab nak culik kan hmmm entahlah pening kepala pikir."Dah ii jom makan"ajak abi lutfan.

Kami pulang dahulu sebelum along kerana dirinya masih mempunyai 2 hari lagi untuk tinggal di situ bagi menyelesaikan meetingnya."Hati ii umi,abi and especially adik...adik dgr tak"pesan muqri."Iyaaaa laaaaaa takod sangat orang tak dengar "balas ulfah sambil memandang tajam alongnya itu."Yelah!adik tu tadi...dah nak gugur jantung along tau!"kata muqri."Ya along ku sayang~~~chill jek boleh takkkk....kan allah ada...malaikat kiri kanan ada...haihhhh apolah"balas ulfah."Hmmm yelah ii"balas muqri.Muqri melambai kereta ahli keluarganya yang sudah meluncur laju di atas jalan raya itu.

"Ya allah kau lindungilah keluargaku dari segala perkara yang buruk aamiin "doa muqri sambil memandang ke langit.Muqri terus masuk ke dalam bangunan meetingnya.Sementara di dalam kereta pula ulfah berkata dalam hati 'semoga allah melindungi keluarga kita aamiin'.Abi dengan umi hanya berbual sambil ditemani bunyi radio.Ulfah terus memakai earphonenya lalu menutup matanya dan berharap agar dirinya akan berasa lebih baik apabila bangun nanti.

"Adik oh adik...adik sela-.....laaaa tido dah dia bi "kata umi safiyah sambil memandang ulfah di belakang."Hmm biarlah adik tu penat lah tu"balas abi.Umi hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.Deruman enjin memenuhi jalan pada ketika itu.Suasana bertambah sesak kerana jam sudah menginjak angka 3 petang.Semua kenderaan tidak kalah bergegas ke destinasi yang hendak dituju oleh masing ii.

Ulfah terus membuka pintu rumah dan duduk di ruang tamu bagi menghilangkan rasa mamainya yang baru bangun tidur itu.Hmmm pening weh dah lama tak tidur dalam kereta.Abi dengan umi terus masuk ke dalam bilik mereka.Apabila kepalanya sudah okay ulfah terus masuk ke bilik dan membersihkan diri.Keluar sahaja dari bilik air dia terus termenung di atas katil. Sejak hampir masuk ke alam dewasa ini ulfah sering memikirkan hal ii yang sudah berlaku ke atas dirinya.Jika terasa dirinya kosong dia akan cepat ii selawat dan beristighfar.



[Di malam hari]

"Okay finally kita berlapan dah berkumpul"kata tariq."Kau nak apa weh malam ii ni"tanya adam.Yang lain semua menunjukkan riak muka tertanya-tanya."Taklah just nak bincang start bila plan kita haritu tu yang nak study group...yelah kan lepas ni semua balik sekolah masing ii mungkin nanti kita buat online kalau tak boleh berkumpul"jelas tariq.Mereka yang lain hanya mengouhkan sahaja.

"Okay soalan paling penting waktu cuti korang still nak buat tak ke nak buat hari sekolah sahaja?"tanya tariq."Better waktu cuti takyah sebab kat sekolah dah belajar lepastu lepas waktu sekolah kita buat study group ni...jadi biarlah waktu cuti kita rehat okay?"kata qaayed panjang lebar."Wafa setujuuuuu dengan qaayed!"kata ulfah sambil mengangkat tangan."Kau betul ii tak nak study hujung minggu ni nyahhh HAHAHAHAHAHHA"celah ika.

Ulfah terus menurunkan tangannya perlahan ii lalu menggaru tepi kepalanya yang tidak gatal itu sambil tertunduk.Nampak sangat ke aku over huhuhu.Yang lain semua sudah bantai gelak."Biarlah si wafa tu nak excited kau ni ika...kacau daun betul"balas adiel.Ika sudah membuat muka like 'salah aku ke'."Dah ii lah tu...halah gurau ii je okay"celah farihin."Dah dah dah...back to our discussion...okay then yang mengajar. tak kisah tau siapa ii better masing ii bantu masing ii okay?"kata tariq sambil membuat simbol jari okay.

"Okay!!!!"balas semua."Mantap alright itu sahaja sekian terima kasih"kata tariq.Selepas itu suasana sunyi buat seketika....masing ii memandang ke arah langit sambil melayan perasaan."Weh banyok ah bintang malam ni"kata fithriyyah memecah kesunyian."Aku harap korang semua jaga diri elok ii....jangan pressure diri korang sangat and paling penting hubungan dengan allah manusia dan makhluk jaga elok ii also waktu solat tu sharp...kita nak allah makbulkan doa kita kan jadi sungguh ii bila solat dan berdoa"pesan qaayed.Masing ii menganggukkan kepala sambil tersenyum.Semoga allah merahmati persahabatan kita semua hingga syurga aamiin.

Tataa jumpa di bab seterusnya:)

 1️⃣   BEHIND THE SMILE :)Where stories live. Discover now