•| BAB 24 |•

7 1 0
                                    

Ulfah mengetahui bahawa sahabatnya semua sedang berjuang dalam pelajarannya.Dia sentiasa mendoakan kejayaan buat mereka.Ika sudah menyambung pelajarannya di Pahang,farihin pula di matrikulasi Tangkak dan fithriyyah pula di Negeri Sembilan.

Sungguh dirinya amat merindui sahabatnya setelah masing-masing melanjutkan pelajaran mengikut minat dan bidang mereka.Rasa macam nak pusing balik waktu kecik dulu...ayat yang sama jika seorang manusia itu sudah menginjak dewasa

Sementara ulfah di rumah dia sering muhasabah diri,merenung diri dan cuba untuk bangkit sedikit demi sedikit..."kita usaha ya in syaa Allah ada hasilnya"nasihat umi.Ulfah hanya mengganggukkan kepalanya.Sekarang dia menjadi guru ganti untuk kanak-kanak yang perlukan bahasa isyarat untuk berinteraksi.




Sedang ulfah menanggalkan kasutnya tiba-tiba ada tangan yang menyentuh lengannya.Ulfah terus menoleh ke belakang."Eh adwa sayang kat sini!...bila masuk sayang?"tanya ulfah.'Dah lama lah cuma dua hari waktu akak masuk adwa tak sihat jadinya cuti sakit'balas Adelia."Ouh allahhuakbar ni dah sihat lah ya alhamdulillah"jawab ulfah.

Adelia angguk sambil tersenyum.Mereka masuk ke pusat pendidikan khas untuk kanak-kanak yang perlukan bahasa isyarat bersama.Seperti biasa rutin yang perlu dia hadapi paling kerap ialah memperbanyakkan interaksi dengan kanak-kanak seperti ini.Antara impian ulfah ialah ingin membantu kanak-kanak seperti Adelia berinteraksi dengan yakin dan berani.

Dia tidak mahu malu menguasai diri mereka kerana kekurangan yang mereka ada.Selain itu,impiannya yang satu ini bermula apabila dirinya mengenali adelia.Adelia memberikannya inspirasi untuk membantu kanak-kanak yang perlukan bahasa isyarat agar masa depan untuk mereka dan kejayaan yang bakal mereka kecapi lebih cerah.

Satu hari nanti bila tiba waktu dirinya sudah stabil dia akan buka sebuah tempat khas yang dapat memberi peluang pekerjaan dan mengasah bakat dalam diri mereka untuk melonjakkan diri mereka ke tahap yang lebih tinggi bagi menujukkan kepada dunia bahawa insan seperti mereka juga boleh berjaya.Ketika waktu rehat sedang ulfah menyuapkan makanan ke dalam mulutnya...'Akak...akak nak hantar adwa balik tak harini?'tanya adelia sambil menyentuh bahu ulfah.

To be continued•••

 1️⃣   BEHIND THE SMILE :)Where stories live. Discover now