•| BAB 37 |•

8 1 0
                                    

"Sah?sah alhamdulillah"dengan itu termeterailah ikatan perkahwinan antara Adiel dan ulfah.Setelah menghadapi pelbagai suka duka tangis dan tawa...akhirnya bersatu.Sepanjang majlis bersanding, adiel dan ulfah tidak menang tangan melayan tetamu.Sebenarnya lepas akad nikah tadi...ulfah buat hal...beberapa saat selepas bersalaman dengan Adiel dia dengan laju berlari keluar rumah terus menaiki kereta dan pecut hingga ke taman dan bermain buaian.Ghisau kekadang... author yang tulis pun ghisau memikirkannya.

Dia macam kuban-kuban...tapi nak buat macam mana waktu lepas nikah ni perasaan tu dah macam rollercoaster.Nasiblah si Adiel tidak loading terlalu lama dengan apa yang berlaku.Mahu sampai malam si ulfah tu baru balik.Seusai sahaja mengambil ulfah mereka meneruskan majlis sampailah habis."Sayang~hehehe sowwy tadi buat peghangai hihihi"bicara ulfah."ta-takpe...ehem macam kita kenal baru sehari dua jek...dah hafal dah karenah awak tu"balas Adiel sambil menyembunyikan senyumannya.'DIA PANGGIL AKU SAYANGGGG!???'teriak Adiel dalam hati sambil menoleh ke sisi lain.

"Panggil wafa cinta tau dan wafa panggil athar sayang okiesss"arah ulfah."Up to you cinta"balas Adiel."Thankssss sayang"sambung ulfah."anything for you my cinta"jawab Adiel sambil memberi ciuman hidung.Selama sehari mereka menjadi raja sehari,mereka keletihan.Siapa kata jadi pengantin tak penat!?penat tau.Semua perkara yang menggunakan tenaga akan membuatkan manusia penat tak kisahlah apa aktiviti sekalipun.Sedang asyik mengemas untuk kali yang terakhir,ulfah terus mencari kerusi dan duduk.Dia meregangkan bahagian kakinya.

Dari jauh Adiel sudah melihat apa yang dilakukan oleh ulfah.Dia terus berjalan ke arah ulfah.Tanpa berkata apa-apa dia terus mencangkung di hadapan kaki ulfah dan memeriksa sambil mengurut kaki ulfah.Ulfah sangat terkejut sehinggakan tidak tahu mahu memberi reaksi apa.Dia hanya diam dan merenung Adiel.Ulfah bersyukur di dalam hati.'alhamduillah... terima kasih ya Allah kerana engkau telah kurniakan kepada aku suami yang hebat untukku.Semoga perkahwinan kami kekal hingga syurga aamiin.





Keesokan harinya,adiel dan ulfah turun serentak ke dapur untuk bersarapan bersama keluarga ulfah.Mula sahaja makan"kamu berdua honeymoon berapa lama?"tanya abi lutfan."Tiga hari sahaja abi...sebabnya nak uruskan rumah athar beli tu"balas Adiel.Abi menggangguk."Dik sejak bila kau jadi ayu pakej sekali dengan pendiam ni..."tanya muqri.Ulfah sudah memandang abangnya tajam."Hehehe...gurau gurau jangan marah...."balas muqri."Kamu berdua bergerak bila athar?"tanya umi aathifah."Lepas habis sarapan ni umi"jawab Adiel.

Ulfah mengambilkan hidangan dan minuman untuk Adiel tanpa membunyikan suara."Aik kamu ni wafa sejak bila dalam mulut tu ada emas?"tanya umi aathifah."M-mana ada umi...wafa tak tahulah nak cakap apa..."jawab Ulfah sambil menggaru keningnya."Cinta tak makan?"tanya Adiel."Lupa nak beritahu sayang yang cinta makan sikit sahaja sekarang tak boleh kenyang sangat"beritahu ulfah.Muqri dan umi aathifah sudah saling bertukar pandangan mengusik.

"Ehem ehem susah nak dengar si adik ni manis bergula umi jadi harini kita kena rakam umi jadi bukti nanti nak sakat dia"celah muqri."Iya juga kan"sokong umi aathifah.Adiel sudah menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal manakala ulfah mukanya sudah bagai udang yang dipanggang.Dia meminum air bagi menghilangkan rasa malunya."Apalah umi dengan along ni...biasalah dah kahwin mestilah ada panggilan manja...jangan disakat sangat mereka tu along...yang kamu tu bilanya nak berpunya?"balas abi lutfan.

"Erm erm along dah kenyang dah habis makan gerak dulu lah ya umi,abi,adik dan adik iparku...byeee"muqri terus menghilang macam pelesit.Umi geli hati melihat karenah along."Lari lagilah tu...along... along"kata abi lutfan.Seusai sahaja habis bersarapan Adiel dan abi duduk di ruang tamu.Ulfah membantu umi aathifah di dapur."Nanti takde dah yang teman umi...sakat umi..."umi aathifah mengeluh."Ototototo nanti ada masa wafa baliklah dengan athar...umi janganlah shedih shedih...tak mahu...tak mahu"jawab Ulfah sambil memeluk uminya.

"Athar kamu jaga diri dan wafa elok-elok...apa-apa beritahu abi...abi harap kamu faham dengan keletah wafa...walaupun abi yakin kamu boleh layan tapi tetap abi nak pesan...hidup berumah tangga ni banyak pasang surutnya...hadapinya dengan rasional bukan dengan emosi...salinglah mengalah jangan dua-dua keras kepala...bincang elok-elok...sentiasa doa dan solat sama-sama berjemaah untuk kesejahteraan rumah tangga ya"sambil berpesan abi lutfan menepuk bahu menantunya.
"Baik abi...doakan kami ya dan terima kasih,sebab sudi terima athar"balas Adiel.

To be continued•••

 1️⃣   BEHIND THE SMILE :)Where stories live. Discover now