BAB 43

8.5K 659 220
                                    

Erina menyuap nasi goreng ke dalam mulut lalu menghirup sedikit teh panas di sisinya. Dia dan Edrian sedang bersarapan bersama di pagi yang cerah dan sangat menyegarkan itu.

Sudah dua hari sejak Erina, Edrian dan warga Mahligai Zaaba pulang dari bercuti di Langkawi. Mereka sangat seronok kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian mereka dan bercadang untuk bercuti di situ lagi kelak.

Erina juga merasakan percutian itu sangat bermakna untuknya memandangkan pelbagai perkara baik terjadi. Salah satunya adalah kawan2nya sudah tahu hubungan Erina dan Edrian. Maka, tak perlulah Erina susah hati lagi mahu menyembunyikan perkara itu dari mereka. Kedua, dia dan Edrian...sudah meluahkan perasaan masing2. So, hmm takpe la malu la nak cakap lagi.

Erina memandang Edrian yang sejak tadi diam saja di sisinya. Gadis itu mengeluh sedikit. Wajah masam mencuka Edrian masih tak berubah dari tadi. Ingatkan mamat ni dah move on.

"Ed, sampai bila awak nak merajuk ni?" Soal Erina.

Diam. Tiada jawapan dari Edrian. Hanya wajah masamnya saja yang berbicara. Erina mengeluh lagi. Alahai laki aku ni.

Sebenarnya, Edrian merajuk dengan Erina kerana gadis itu enggan tidur sekatil dengannya sejak mereka pulang dari bercuti. Puas Edrian memujuk Erina untuk tidur bersamanya namun Erina tolak dengan tegas membuatkan lelaki itu merajuk sampai sekarang.

Erina picit dahi. "Edrian, please. Awak ni macam tak biasa pulak. Kita kan memang selalu tidur asing2."

Edrian buat muka tak puas hati. "Tapi takde masalah pun kan kalau kita start tidur sama2 setiap hari!" Protes Edrian.

"Kenapa awak tiba2 bersungguh sangat nak tidur sama2 ni?"

"Kenapa? Ada masalah ke? Bukan berdosa pun kalau kita tidur sekatil."

Erina kehilangan kata2 dengan sikap Edrian.

"Memang la tak dosa, tapi...--"

"Haa? Apa? Tapi apa? Apa alasan you?"

Erina mengeluh panjang. Kemudian, dia memandang tepat anak mata Edrian dengan wajah serius.

"Edrian, saya nak tanya awak."

Edrian sedikit gugup dengan pandangan serius Erina. Dia nak marah aku ke?

"How well can you control yourself?"

Soalan Erina itu membuatkan Edrian kerut dahi. "Haa? What do you mean?"

Erina memusingkan badannya menghadap lelaki itu. Mahu tidak mahu, mereka perlu membincangkan perkara ini agar tiada salah faham atau pergaduhan antara mereka lagi.

"Kalau saya tidur dengan awak, awak boleh janji ke awak takkan buat apa2?"

Edrian diam seketika mendengar soalan Erina. Dia mula berfikir panjang.

"Well, what's wrong if I did--?"

"Edrian!" Marah Erina.

"What???"

"We can't do that. Not yet. I'm not ready. Plus I'm still studying. What if I ended up getting pregnant? Saya tak nak benda ni menganggu pelajaran saya."

Edrian diam seketika.

"Well, what if I wear protection---"

Erina menampar lengan Edrian membuatkan lelaki itu menjerit sikit. Wajah Erina memerah mendengar jawapan Edrian.

"Awak ni! Betul2 la! Saya cakap saya tak ready lagi."

Edrian mencebik. Merajuk. Kemudian, dia mula berfikir dalam2 bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah mereka.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now