Part 3

8.9K 85 2
                                    

Setelah peristiwa itu, hari-hari aku semakin tak keruan. Fikiran aku asyik teringatkan Jalil. Pergi mana-mana bayangan Jalil lalu di depan aku. Aku boleh je jumpa dia dalam bilik tapi aku menafikan yang aku dah jatuh hati pada Jalil. Boleh kata tiap-tiap hari aku nak Jalil depan aku.

Tapi aku menafikan perasaan itu. Aku benci. Sesungguhnya aku betul-betuk benci bila perasaan itu hadir tanpa aku rela. Tambah2 aku semakin nak dekat dengan peperiksaan akhir tahun tu.

Aku mencari jalan untuk lupakan perasaan aku pada Jalil. Aku turun surau untuk solat jemaah, baca quran dan lakukan apa-apa aktiviti untuk aku lupakan perasaan aku pada Jalil. Tapi satu pun tak dapat buatkan aku lupa perasaan tu.

Aku semakin depressi, prestasi pelajaran aku mula merosot. Aku semakin malas, assignment makin lambat nak buat padahal aku ada 3 submission assignment dalam minggu tu dan satu pun aku siapkan lagi. Aku kena elakkan Jalil semampu aku. Aku kena kuat lawan perasaan tu.

Pada satu hari lepas solat Jemaah Maghrib kat surau, aku cepat-cepat pulang ke dorm sebab nak elakkan Jalil sebab Jalil rajin jadi Imam kat surau tu. Kelakuan aku di perasaan oleh abang senior aku Abang Syam yang aku agak rapat. Abang Syam merupakan pelajar tahun terakhir semester ketiga yang juga merupakan 'crush' aku semasa semester pertama aku.

Abang Syam call aku kata nak jumpa aku kat Cafe nak tanyakan keadaan aku. Aku tak melawan dan jumpa Abang Syam dekat Cafe lepas waktu Isyak. Kebetulan masa tu Jalil pun baru turun ke Cafe bersama junior baru. Abg Syam ni memang gentleman sebab dia pun tahu aku gay.

"Dean, enta okay ke? Kenapa abang rasa Enta lain sangat dalam 2-3 minggu ni?"

Abang Syam mula menyoal aku. Ya disebabkan kami dalam usrah yang sama jadi mmg begitulah bahasa kami

"Ana okay je..." Nada aku perlahan.

"Jangan tipu abang. Enta ada masalah kan?"

Abang Syam cuba korek rahsia aku. Aku dengan abang Syam mmg rapat. Apa-apa aku memang suka rujuk dia tak kira dalam pelajaran atau bab agama. Abang Syam memang jenis seorang yang sporting.

"Baru-baru ni enta jarang dah turun usrah kenapa ye? Abang perasan." tanya abang Syam hairan.

"Takde apa bang. Ana busy. Assignment banyak, ada 3 submission dalam minggu ni."
Aku cuba mengelak menjawap soalan abang Syam.

"Enta jgn tipu Abang. Enta ada syok kat seseorang kan? Laki?". Terkedu kejap bila abang Syam cakap direct tepat kat hati aku.

"Macam mana abang tahu?" Aku pura-pura terkejut mendengar pertanyaan abang Syam.

"Lepas peristiwa Enta confess kat abang tu, abang dah boleh baca perangai Enta". Ya aku pernah confess pada abang Syam juga tapi dah ditolak secara baik tapi abang Syam tak pernah menjauhkan diri daripada aku.

"Enta tahu kan haram melakukan hubungan sesama jenis?" Abang Syam seperti serius memandang wajah aku.

"Ya, ana tahu. Sebab tu ana mengaku diri ana ni gay. Bukan nak suruh orang terima ana pun, cuma nak pastikan ana tak terjerumus dan lemas dalam perasaan songsang macam ni."
Aku mulakan bicara. Abang Syam sikit pun tak judge aku masa tu.

"Ana dah cuba melawan, tapi ana tetap tewas dengan naluri ana." Air mata aku mula menitik sikit-sikit. " Ana tak mintak jadi macam ni, kenapa Allah pilih ana jadi lelaki gay? Ana nak jadi manusia normal yang sayangkan perempuan dan punya zuriat" aku meneruskan luahan aku dengan nada yang tersekat-sekat menahan sebak di dada.

"Dean, Allah tak uji seseorang itu lebih dari kemampuan diri kita. Allah uji sebab Allah sayang". Abang Syam cuba tenangkan aku. Air mata aku makin lama makin jatuh di pipi.

"Ana tahu Enta kuat, tengok Enta berjaya move on daripada ana kan lepas ana reject Enta haritu?" Abang Syam cuba memujuk aku

"Itu menunjukkan Enta orang yang kuat walaupun Allah uji nafsu Enta macam tu". Perlahan nada Abang Syam cuba tenangkan aku.

"Boleh ana tahu kali ni siapa?"

Abang Syam cuba korek. Aku mendiamkan diri seketika. Aku mengalihkan pandangan aku ke arah Jalil yang selang 3 meja dari aku.

"Jalil?! Budak tahfiz tu?"

Terpekik pulak suara org tua tu kat kafe.

"Ish, abang ni. Kantoi la orang dengar" Nada aku sedikit tinggi sambil menahan malu bila abang Syam menyebut nama Jalil. " Opss, sorry abang tak sengaja. Terkejut abang sebenarnya" Abang Syam cuba cover untuk aku.

"Tapi takda apa-apa berlaku kan?" Abang Syam makin sangsi.

Aku makin menunduk malu. "Ada..Ana dah sentuh badan Jalil termasuk batang dia"
Aku memang tak cover bila mengaku.

"Ana dah siap keluarkan air mani Jalil dengan tangan ana sendiri dan melancap dekat badan Jalil".

Air muka abang Syam berubah dengar pengakuan aku. Dia macam nak marah tapi dia nampak bertenang sebab masa tu aku mmg dah tak tertahan menahan beban kat dada aku. "Ana tahu abg marah. Maafkan ana. Ana dah cuba tapi ana tewas!" Abg Syam juga terdiam seketika.

"Astaghfirullahalzim Dean...." Mengucap panjang abang Syam. Kopiah di kepala abang Syam pun diturunkan. Ya aku tahu abang Syam kecewa sebab dia tak berjaya nak ubah aku ke jalan yang benar. Aku tak salahkan abang Syam tapi aku salahkan diri sendiri sebab aku ada naluri songsang.

"Dean, abang pun tak tahu macam mana nak cakap, berat sungguh ujian Dean. Abang ingat ujian abang dengan ikhtilat dah cukup besar tapi ujian sebegini lagi besar, mesti Allah sayangkan Dean. Jealous abang."

Pelik bunyinya tapi itulah ayat yang terkeluar dari mulut abang Syam.

"Kenapa pulak bang? Orang macam ana mana masuk syurga bang. Ana ni ikut kaum nabi Luth! Mana mungkin Allah sayang orang macam ana!"

Aku berkeras dengan nada abang Syam. Abang Syam menggelengkan kepala sambil menggaru kepalanya yang tak gatal tu.

"Mana enta tahu Allah tak sayangkan Enta? Kalau dia tak sayang dia tak hadirkan rasa bersalah waktu Enta sentuh badan Jalil. Kat situ dah tunjukkan Enta masih ada iman dalam hati Enta walaupun diuji dengan naluri sebegitu." Abang Syam cuba bersikap optimistik dengan aku.

Air mata aku terus menitik tanpa aku rela. Teresak-esak aku menangis depan abang Syam. Abang Syam hanya mampu melihat aku menangis dekat Cafe. Ramai juga yang tengok tapi aku lepaskan segala beban dekat dada aku depan ex crush aku tu. Aku tak peduli keadaan sekeliling aku.

Tanpa segan silu abang Syam memeluk aku sebagai tanda persahabatan. Abang Syam mengusap kepala aku. Aku masih biarkan air mata aku membasahi baju abang Syam. Aku membalas pelukan abang Syam. Aku rasa lega. Lega sangat-sangat. Aku mengesat air mata aku dan meminta maaf kepada abg Syam.

"Ana mintak maaf bang. Ana tahu Ana lemah, ana tak kuat macam abg. Ana memang tak mampu dah nak tahan air mata ana. Sorry buat baju abang basah dengan air mata ana." Abang Syam melepaskan pelukannya daripada aku.

" Macam mana ?Lega dah? Rasa kurang beban?".

Aku mengangguk.

"Terima kasih bang, kalau abang tak ajak ana jumpa abang malam ni rasanya ana boleh gila kot malam ni" aku mula mengukir senyuman kepada abang Syam.

"Macam nilah Dean yang abang kenal! Selalu senyum ke mana-mana" usik abang Syam. Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk.

"Balik ni Enta bukak Al-Quran bukak surah Al-Anbiya ayat ke 35".
Terkena panah lagi. Ya, aku dah lama tak baca Al-Quran sejak angau dengan Jalil.

"Baiklah bang, nanti ana baca ye. Ana nak balik dorm dulu. Terima kasih bang". Aku  melangkah pulang ke dorm.

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now