Part 10

6.2K 57 4
                                    

Semakin hari semakin lama, hidup aku semakin rumit. Dah la hubungan aku dengan Jalil tak kemana, ini pula dengan seorang perempuan yang suka kepada aku.

Aku hanya mampu termenung mengenangkan dosa-dosa aku. Aku keluar dari bilik dan merenung ke beranda asrama aku yang hanya penuh dengan hutan dan semak samun. Seperti mana aku melihat semak samun begitulah juga serabutnya perasaan aku sekarang ini.

****
"Dean tahu? Abang sendiri tak tahu kenapa abang boleh berkawan dengan Dean walaupun naluri Dean macam tu" abang Syam menenung mata aku.

"Kenapa bang? Ana tahu ana ni manusia kotor sebab ada naluri macam tu. Dah la Ana suka Enta pula" aku tenung semula mata abang Syam.

"Entahlah Dean,sejak haritu enta confess pada abang, abang tak rasa abang patut tinggalkan Dean terkontang kanting macam tu. Walaupun sebenarnya ana geli dengan perasaan macam tu" abang Syam berterus terang kepada aku.

Abang Syam berjumpa dengan aku secara peribadi pada hari yang sama aku confess pada dia pada perjumpaan Usrah haritu.

"Mungkin Allah hantar abang untuk tarbiah enta untuk berubah. Sepatutnya abang boleh benci pada enta tapi hati ini kata Ana tak boleh tinggalkan Enta." perlahan nada abang Syam berkata.

"Takpa bang, orang macam Ana tak perlu dikasihani. Orang macam Ana tak patut hidup pun atas muka bumi ini dengan nafsu songsang macam ni." Aku terus memalingkan muka aku untuk pandang mata abang Syam.

Abang Syam memegang bahu aku dan cuba melihat semula muka aku
"Dean, tiada ciptaan Allah SWT yang sia-sia! Setiap roh yang ditiup pada daging seorang ibu telah Allah tentukan jodoh,rezeki dan ajalnya.

Tiba-tiba ayat Iftitah terkeluar dari kepala aku yang bermaksud:
"Sesungguhnya Solatku, Hidupku,Matiku hanya kerana Allah SWT"

Aku hanya mampu menunduk kepala mengelakkan memandang abang Syam.

"Takpalah Dean. Abang akan cuba tolong enta seboleh Ana. Tapi Ana minta Dean janji dengan Ana jangan melampaui batas dan ambil kesempatan dengan abang." abang Syam terus mengeraskan nadanya.

Aku terus memandang abang Syam dan tersenyum.
"Baiklah abang, Ana janji!"
****
Perasaan aku agak lega bila teringat semula kata-kata abang Syam itu. Aku kembali semula ke bilik aku untuk bersiap-siap untuk Solat Asar di surau. Nadia ada memberi mesej kepada aku tadi:

"Dean mintak maaf ya! Saya bagi balik kunci kereta awak lepas Asar nanti sebab tadi masa dalam kelas tak perasan kunci tu tak ada dengan saya."

Aku seperti tidak kisah pula si Nadia ni gunakan kereta aku dan lambat pulangkan kunci tu.

Tiba-tiba bahu aku ditepuk dari belakang.

"Assalamualaikum, abang Dean?" seorang junior aku menyapa aku dari belakang.

"Wa'alaikumussalam.Ya saya, ada apa abang boleh bantu?" Aku seperti mengenalinya tapi agak samar-samar dengan identiti beliau.

"Nama saya Hadeef, junior baru mendaftar bulan ni.Course International Business" Sapa junior baru aku itu.

"Oh mana kamu tahu nama abang ni?" Aku seperti pelik mengapa Junior itu tahu nama aku.

"Saya tahu dari roomate abang,abang Jalil."
Hadeef menerangkan bagaimana dia mengetahui identiti aku.

"Oh,dari Jalil. Patutlah. Ada apa yang abang boleh tolong kamu?" aku cuba meneka apa yang budak ni nak bagitahu aku.

"Saya nak mintak maaf kat abang pasal tempoh hari" Hadeef menundukkan kepala nya.

"Kamu buat salah apa dengan abang?" Abang baru kenal kamu harini." aku cuba berpura- pura tidak mengerti apa yang Hadeef cuba sampaikan.

"Saya mintak maaf pasal haritu, abang Jalil tiba-tiba peluk saya lepas nampak abang Dean masuk haritu." Hadeef menceritakan perkara yang sebenar. "Saya pun tak tahu apa yang abang Jalil cuba buat pada saya haritu".

Bersungguh nampaknya si Hadeef menerangkan perkara sebenar kepada aku.

"Abang Dean janganlah bagitahu fellow pasal ni. Malu mak ayah saya bila dapat tahu kalau saya buat perkara sebegini". Hadeef cuba memujuk aku.

"Eh,abang tak kejam la sampai nak terus hukum Hadeef macam tu. Abang ingat kamu ada hal dengan abang Jalil tu abang keluar bilik dulu takut kamu ada hal yang nak diselesaikan dengan dia"

Aku cuba memujuk diri aku sendiri dan berfikiran rasional. Cara penyampaian Hadeef nampaknya benar-benar seperti dia dipergunakan.

Apa tujuan Jalil buat begitu? Nak suruh aku cemburu? Ya. Aku jujur cemburu melihat orang yang aku sayang bersama orang lain walaupun pada hakikatnya aku bukanlah miliknya.

"Tapi comel pulak aku tengok budak ni" hati kecilku berkata.

"Saya straight abang. Saya bukan gay. Saya masih bernafsu kepada perempuan" terang lagi si Hadeef.

Terkedu aku mendengar perkataan yang keluar dari mulut Hadeef.
Lelaki yang baru berusia 20 tahun, yang mempunyai muka yang comel,putih-putih, rupanya seperti Cina, kenalah dengan taste
aku. Memang patutlah aku rasa cemburu kerana Jalil berjaya mendapatkan orang yang lebih kacak dari aku.

Tetapi mendengar pengakuan dari Hadeef serba sedikit membuatkan aku lega. Rupanya dia "dipergunakan" oleh Jalil untuk menarik perhatian aku. Aku masih tidak faham apa tujuan Jalil buat begitu.

"Ah persetankan semua tu,janji budak ni dah mengaku depan aku". Aku memujuk diri aku lagi.

"Abang tak fikir apa-apa yang buruk dengan kamu lah Hadeef. Tapi bagus juga kamu terangkan kepada abang untuk elakkan fitnah" aku cuba memujuk Hadeef semula.
"Jangan risau abang tak bagitahu orang lain apa yang berlaku. Abang janji." Aku mengenyit mata kepada Hadeef.

"Alhamdullilah bang, lega Hadeef dengar. Saya betul-betul risau abang report pada felo. Saya baru je nak sambung belajar elok-elok kat sini." Hadeef menarik nafas lega kepada aku.

"Takpe, abang faham. Semua orang datang sini nak belajar. Tapi boleh abang bertanya sesuatu pada kamu?" Aku memulakan langkah.

"Tanya apa tu abang?" Hadeef seperti kehairanan dan agak curiga dengan aku.

"Apa tujuan kamu datang bilik abang dan Jalil masa tu?" Aku ingin mendapatkan kepastian kenapa si Hadeef boleh berada dalam bilik aku ketika itu.

"Saya sebenarnya dah lama perhati abang Jalil boleh baca Al-Quran dengan elok. Sebenarnya saya pun kagum dengan suara abang ketika melaungkan azan. Saya ingat saya nak jadi AJK Surau. Dekat dengan orang-orang baik." terang si Hadeef.

"Saya bertanya kepada budak-budak asrama kat mana bilik AJK Surau dan dapat tahu abang Dean dan Jalil sebilik. Lagi senang niat saya nak dekati abang berdua".

Ternampak sedikit kejujuran pada ayat-ayat di Hadeef di situ.

" Masa saya datang memang Jalil dalam bilik dan saya tunggu abang sekali. Masa bersembang-sembang dengan Jalil tiba-tiba abang Dean masuk, terus Jalil dakap saya secara tiba-tiba."

Aku hanya mampu menarik nafas panjang. Alhamdullilah Allah menjawab doa aku pada haritu. Kalau si Hadeef tak jumpa dengan aku mungkin aku masih bersangka buruk kepada Jalil dan Hadeef.

"Saya harap abang boleh lupakan perkara yang tu ye." Sekali lagi Hadeef cuba mengingatkan aku.

"Baiklah, abang janji akan jaga rahsia kamu." Aku tersenyum kelat.

"Boleh saya dapatkan nombor telefon abang? Nanti senang saya nak contact" Hadeef bertanya kepadaku.

"Ambillah 013-XXXXXXX. Jangan lupa tulis nama abang Dean hensem". Aku cuba berseloroh dengan Hadeef.

"Hehehehe,okay abang. Terima kasih. Jom bang Asar nak masuk dah ni. Kita pergi surau sama-sama. Saya nak azan petang ni boleh?" Hadeef mula melakar senyuman kepada aku.

"Boleh, sesiapa pun boleh azan kat surau tu, tak ada halangan." aku cuba meyakinkan Hadeef." Abang tukar baju sat"

"Okay abang". Hadeef tersenyum

Aku masuk ke bilik untuk tukar baju dan kain pelikat sambil Hadeef menunggu di luar.
"Alhamdullilah terima kasih ya Allah kerana tolong menjawab soalan aku" aku tersenyum sendirian sambil menukar baju.

"Jom! Kita pergi surau" aku mengajak Hadeef.

Aku dan Hadeef bersama-bersama melangkah kaki ke surau.

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now