Part 22

4.3K 61 12
                                    

Selepas menerima panggilan daripada Hadeef, aku cuba berfikir apa yang telah terjadi kepada Hadeef. Di samping itu juga aku terfikir siapa Amir Zaidi sampai Jalil tersenyum tersengih selepas panggilan itu.

*Nada dering berbunyi*

"Assalamualaikum, Hadeef dah call awak?" Panggilan daripada Nadia masuk kepada aku.

"Wa'alaikumussalam,Dah,saya dah call dia, bunyi macam penting sebab dia menangis masa saya call dia.Katanya nak jumpa saya secepat boleh" Aku menenangkan Nadia.

"Alhamdulillah harap dia takde apa-apa." Nadia terus bertenang mendengar penjelasan aku.

"Takpelah ini hal saya dengan Hadeef, awak jangan risau la." Aku hanya mampu bersikap optimis dengan Nadia.

"Baiklah awak, apa-apa pun awak update dengan saya ye?"

"Baiklah, nanti saya update awak. Terima kasih." Aku menamatkan panggilan dengan Nadia.

Aku pula semakin risau. Apa sebenarnya berlaku kepada Hadeef sehingga begitu nada bunyinya?

Sementara menunggu petang itu, aku benar-benar teringin tahu siapa Amir Zaidi itu. Aku tahu aku tidak patut ambik tahu tentang seseorang cuma aku benar-benar ingin tahu siapakah orang di sebalik nama itu yang sering menelefon Jalil dan Jalil kelihatan gembira jika dapat panggilan daripada beliau.

Aku mula membuka laptop aku untuk melayari laman Facebook aku dan cuba mencari siapa Amir Zaidi. Aku cuba melihat profile Jalil jika nama Amir Zaidi berada di dalam senarai kawannya di Facebook. Tercari-cari aku tetapi hampa. Tiada nama Amir Zaidi di dalam laman Facebook itu.

"Kenapalah aku sibuk nak tahu siapa mamat tu? Lantak dialah nak kawan dengan siapa pun!" Aku memarahi diri ku sendiri kerana sifat kepoh aku.

Aku berani untuk mencari nama itu kerana Jalil juga tiada di bilik ketika itu.

Seberapa ketika kemudian pintu bilik aku diketuk.

"Assalamualaikum....." Suara di luar bilik kedengaran.

Aku bingkas bangun dari meja dan pergi ke pintu bilik dan membuka. Rupanya Hadeef telah pun berada di depan bilik aku.

"Wa'alaikumussalam, macam mana kamu tahu abang ada dalam bilik ni?" Aku kehairanan.

"Kak Nadia bagitahu abang ada tak ke mana-mana. Kenapa abang nak tipu saya?" Hadeef membuat muka seposen nya di depan aku.

"Maafkan abang, abang sebenarnya takut dimarahi kamu lagi. Abang pun takut nak ganggu kamu lagi." Aku berterus terang dengan Hadeef.

"Abang benci kat saya dah ke?" Hadeef mengeraskan sedikit nadanya.

"Abang tak pernah bencikan kamu Hadeef. Abang dah anggap kamu macam adik abang sendiri." Ayat itu spontan keluar dari mulut aku.

"Kalau macam tu boleh saya masuk bilik? Ada hal nak bincang dengan abang." Hadeef membetulkan nadanya.

"Masuklah, Jalil pun takde kat bilik ni." Aku sengaja menguji Hadeef.

"Takpe, memang taknak dia ada pun, saya pun taknak jumpa dia dah."

Aku seperti terkejut mendengar penjelasan Hadeef. Dia tak mahu Jalil ada?

Hadeef duduk di atas katil aku dan aku duduk di kerusi meja belajar aku.

"Saya datang ni nak buat penjelasan pada abang." Hadeef terus menyatakan hasratnya.

Aku terdiam. "Takpe,teruskan."

"Saya nak mintak maaf pada abang sebab tengking abang dan malukan abang dekat kedai makan haritu. Saya tahu saya terlalu mengikut perasaan saya ketika itu. Sepatutnya saya tegur abang secara diam bukan lepaskan marah saya begitu." Panjang lebar Hadeef menjelaskan perkara di sebalik itu .

Budak Tahfiz, Aku Sayang Kau.(COMPLETED)Where stories live. Discover now