TAJUK:LAYAR KEHIDUPAN

21 2 0
                                    

Sebermula mata di buka
Tenpampanglah sekmen cereka
Al kisah termeterai jua
Lakonan hangat menghiasi jiwa
Kehidupan tirai drama
Pelakon mainkan karektar

Lakonan demi lakonan
Pelbagai watak dilakonkan
Ingin menjaga sukma insan
Agar tidak terkena hakisan
Bergaul dengan senyuman
Wajah terpampang sinar keikhlasan
Tindakan dan perasan
Tidak sehaluan

Selagi udara dihirup bebas
Pentas kehidupan tetap bertugas
Semua manusia mainkan rentak
Dunia sebagai tayangan watak
Wayang hidup terus terpacak
Baik jahat terpulang kehendak

(Harijan ariman)

KUMPULAN PUISI SASTERA MELAYUWhere stories live. Discover now