ANDAI RIUH ITU SEKETUL , DIAM PULA SEGUNUNG EMAS

13 1 0
                                    

Berulang kali kau membuka pekung

yang lama berumah di hatimu

kau melatah ketika diacah dan

diagah sesekali apabilah disergah

engkau bangkit mempamer gelabah

kau memang bijak menjungkir balik

kata-kata kerana kata kata pernah

membuncitkan poketmu dengan benda.

Sebutir demi sebutir kauhadiahkan

seteru dengan peluru tanpa mata hati

tak semena mena kau mnjadi teramat

asyik dengan lensa dan mikrofon

kau menjadi terlalu ghairah dengan

juadah beracun yang disaji di hadapanmu

Dalam riuh kata kata , perlahan-lahan

sejarhamu terselak aib. Lorong perjuangan

tanpa lumpur dan tanpa duri tangga yang

pernah kau daki lurus dan tidak berliku

tanpa peluh dan tanpa air mata kau tiba

di puncak di sambut permaidani merah

Dalam diam kau gantungkan mimpimu di awan

kau buka pintu dan jendela unutk musuh

seketika kau hanyut dalam khayalan

yang tiada garis sempadan.

Joranmu yang kau pancang mulai goyah

Apabila nafsumu menyambar cacing .

MEMBACA DIRIMUWhere stories live. Discover now