01 <3

6 0 0
                                    



ORANG kata lahir sebagai diriku beruntung dan aku sekali pun tak menafikan. Bayangkan semua permintaan aku, mom dan dad sedaya upaya cuba tunaikan .

Mungkin aku anak tunggal kesayangan mereka sebab nanny kata nak dapatkan aku begitu payah ya anak anak . Aku tak hentam sebab aku dapat cerita sahih dari sumber yang boleh dipercayai .

Cuma satu je yang tak cukup..iaitu masa mereka. Ya aku faham mereka bekerja keras untuk kesenangan hidup tapi aku entahlah...macam orang tak cukup attention pun ada .

Call me spoiled brat but i dont fucking care !

Dan kini aku berdiri tegak di hadapan pintu bilik . Aku merengus geram buat sekian kalinya . Rasanya bulan ni eh bukan bulan ni tapi minggu ni saja bilik itu sudah dikunjungi berkali kali.

Terasa diri tetamu berhormat pula hehehe . Tidak membuang masa pantas tombol pintu dipulas. Seperti biasa tidak berkunci !

Pintu aku tolak perlahan lalu aku melangkah masuk tanpa membuang masa . Macam tak biasa rempuh masuk bilik pengetua .

Takkan dah kantoi aku bagi makan ikan koi kesayangan dia guna sandwich yang mak bekalkan . Aku cuma taknak membazir buang sandwich mak yang dah basi tu...sebab tu lah dengan rela hati dia sedekahkan dekat ikan ikan yang ada dalam kolam di hadapan perpustakaan .

Ataupun kes aku sengaja simbah air sirap dekat muka perempuan biadap tu . Oh my gucci..aku sepatutnya tenyeh mulut dia dengan sandwich tuna mak biar cirit birit keracunan makanan . Galak sangat cakap aku betina murahan kan ergh !

Senyuman terukir menghilang apabila menyedari keberadaan tetamu yang duduk berhadapan pengetua sekolah . Terus tubuh aku pusing ke belakang .

Salah timer betul kau nak masuk wahai Lily . Tulah mak ada pesan masuk tempat orang beri salam ni tak main pakat redah je kan . Hah tanggung lah malu sekarang .

" Yes, Lily Sophea?"

Senyuman lebar sekali pakej dengan barisan gigi yang tersusun elok dipamerkan . Nak taknak langkah diatur menghampiri sofa yang diduduki beberapa orang itu . Kang aku bantai keluar jadi wanted pula .

Dia kena selesaikan masalah dengan orang tua ni dulu sebelum mom dengan dad tau . Sungguh nak mati rasanya .

Berdiri di sebelah Tuan Harry yang menyilangkan kaki sambil menjongket kening . Sungguh dia tak faham apa masalah gadis hadapannya itu . Troublemaker sungguh tak boleh dibuat bincang .

Aku mengeluh kuat . Bersiap sedia dengan hukuman yang bakal diterima . " Er...bukan tuan ke yang minta i ke sini?? you tau tak tuan, i tadi tengah tumpukan sepenuh perhatian belajar history walaupun i rasa otak i dah lepu belajar tengah hari buta macam ni?? I rasa kita kena skip history dan gantikan dengan kelas drama lah . "

Bibir memuncung sedikit apabila reaksi muka tak percaya ditayang Tuan Harry . Mesti dia tak percaya aku cakap history membosankan . Walaupun aku cuma datang sekolah time takda mata pelajaran sejarah tapi aku yakin dan pasti benda tu memang betul .

" Kamu ingat saya percaya cakap kamu tu ?? Duduk melepak dekat library sampai waktu rehat tu elok sangat ke?? "

Untuk keberapa kali dia kantoi cabut kelas tapi at least dia duduk dalam perpustakaan bukan cabut balik rumah . Dia cuma tak minat belajar benda yang membosankan dan mengantuk . Boleh mati dia lama lama dalam kelas tu .

Sofa bersebelahan pengetua diduduki . Empuk juga sofa import ni hehehe tak sia sia selalu masuk sini . Nanti minta dad beli satu dalam bilik aku lah .

Terasa diperhatikan , lamunan dipaksa henti . Aku memandang susuk di hadapan aku yang elok menyilang kaki . Oh my gucci!! Siapa lelaki ni dan apa yang dia buat dekat sini. Aku rasa ini mungkin budak baru yang pindah masuk harini . Info ini aku terdengar eh bukan sengaja dengar dari geng budak kelas sebelah bergosip bukan main hentam je .

Oh, aku ada cakap tak orang kata budak transfer ni handsome tapi aku rasa memang handsome lah . Inilah peluang nak tambah kawan baru sebab kawan aku sikit je...dan dia nampak menarik .

" Hi, nama i lily. You budak baru ke?? I rasa kita boleh jadi kawan yang baik dan you mesti bangga ada kawan macam i...tapi i bukan nak belagaklah tapi jarang i pelawa orang jadi kawan tapi you yang pertama tau. You should be proud okay!!" aku menghulur tangan tanpa teragak agak .

Bila dia dah jadi kawan aku maybe aku boleh jual number phone dan lomocard gambar dia . Dan aku tak payah bodek mom supaya tambah duit bulanan sebab aku wajib beli handbag gucci yang limited edition sebelum Saraa beli . Aku taknak kalah dengan minah gedik tu .

Bibir memuntahkan senyum sinis . Perempuan ni memang bodoh dan menyusahkan . Sekadar kerlingan dihadiahkan tidak ingin menyulam tali persahabatan .

Aku tergamam sebelum menarik balik kedua tangan . Takpe Lily nanti kau boleh paksa dia kawan dengan kau juga . Senyuman manis masih aku ukirkan tanda tak kecil hati dengan perilaku tu . Aku dah biasa kena so dah lali sangat dah .

" Nevermind and kalau you dah berminat nak jadi kawan i you boleh roger roger i okay . Tawaran yang sentiass terbuka untuk you . " sengaja aku selitkan kenyitan untung-untung dia cair tengok muka aku . Still tajam mata sepet merenung aku dan mungkin dia sedang menimbang permintaan yang diutarakan aku tadi .

" Sudah Lily . Sini bukan tempat nak beramah mesra . Kamu ingat saya taktau apa yang dibuat kamu belakang saya hah?? "

Sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri . Sudah berbuih mulutnya menasihati budak perempuan ini tapi masih sama . Nakal dan berakal . Ada sahaja kerenah yang dilakukan membingungkan mereka .

Aku mencebik bibir mendengar bebelan yang keluar dari mulut Tuan Harry . Tak penat ke ulang benda yang sama tiap kali jumpa .

" Sekolah tempat belajar bukan tempat kamu bermain . Nak saya panggil mom dengan dad kamu ke ? " Aku menyambung perlahan .

" See,  kamu pun dah hafal dialog saya kan . " kepala digeleng perlahan . Beritahu dia apa benda yang tak pernah dilakukan seorang Lily Sophea . Terlalu banyak sehingga tak mampu diungkapkan .

" Ala.... Alaaaa i cuma boring je lagipun bukan i start dulu tau dorang pun suka sangat kacau life i . I cuma selesaikan apa yang dorang mulakan...i ni nampak je suka cari gaduh tapi i soft tau sebenarnya . " aku mencelah sebelum orang tua tu membuka hikayat aib aku di hadapan budak laki tu . Habislah maruah aku sebagai gadis paling diva di sekolah ni .

" Saya malas nak cakap banyak sebagai denda, saya nak kamu bersihkan taman bunga dekat belakang bilik muzik selepas waktu tamat persekolahan . Yes or yes?? "

" Er... Boringnya kemas taman . " sengaja aku melepaskan keluhan kuat . Tak bosan ke bersihkan taman baik cabut rumput tepi padang . Tak silap aku petang ni team bola sepak akan berlatih di padang so sambil menyelam minum air . Aku boleh cabut rumput dan usha budak laki main bola . Such as good idea!!??

" Apa dia?? Saya kurang dengar apa yang awak balas ?? "

" I cakap i nak baring lepas kemas taman lah tuan . Haish i dah cakap you kena korek telinga taknak dengar . " bentak aku geram . Tajam pula telinga orang tua ni .

Dia cuba menahan gelak dengan muka yang serious . Budak perempuan ni agak kelakar dengan bicara yang selamba keluar dari mulut mungil itu .

" Kalau tak ada apa-apa lagi i dah boleh keluar rasanya . I rasa aircond bilik tuan dah rosak agaknya . Rasa panas bilik ni . " bukan aku tak nampak budak depan dia yang menahan gelak sampai muka merah padam . Dia ingat kelakar ke ?

" Thariq, awak boleh ikut Lily masuk kelas . Dia satu kelas dengan awak and please hati-hati dengan dia ni . And Lily awak tunjukkan kelas jangan ajak ponteng kelas pula . " Tuan Harry ni sekali dua sudahlah bahan dia ini sampai nak keluar pun bahan aku memang dah alergik agaknya dengan nama seorang Lily .

Nama Thariq memang sesuai dengan muka dia yang ala ala badboy tu . Sesuai sangat . " Oh nama you Thariq ke?? Jom i tunjukkan jalan menuju kelas tercinta kita ke you nak ikut i ponteng kelas ? So, here we go! " sengaja memberi lambaian diva ke arah lelaki berusia tu . Esok lusa kita jumpa lagi tuan .

" Lily!! " buat kali keberapa nama aku disebut lagi . Suka aku tengok seraut wajah yang cuba menahan geram .

" Saya minta diri dulu tuan . " Tuan Harry sekadar mengangguk . Semoga budak baru tak terpengaruh dengan perangai nakal gadis itu .






>> once upon a time...

L I L YWhere stories live. Discover now