02 <3

2 0 0
                                    

" JOM... " kaki bergerak ke hadapan seiring dengan langkah Thariq lalu mencamtumkan tangan mereka berdua . Terus sahaja mata dia terpaku pada tanganku yang memegang tangannya . Terasa jantung aku mula berdetak laju . Tolong jangan jatuh sekarang..

Bagai terkena renjatan , Thariq segera merentap tangannya yang dipegang oleh aku . Mengundang jelingan tajam dan dalam sekelip mata aku cair...tolong jangan jeling saya macam tu....saya cair macam ais .

" Woo.... woo alright alright . " okay noted Thariq tak suka aku pegang tangan dia . Mungkin lepas ni kena tarik hujung lengan bajunya atau patutkah aku rentap leher dia dan tarik macam aku tarik tali kambing kepunyaan mak??

" Siap lah you nanti bila dah jadi kawan i nanti...hari-hari i tarik tangan you sampai putus . " bisik aku perlahan . Kang kuat nanti kantoi pula .

Lantak dia lah sesat jangan marah aku . Aku jalan laju tau tak tipu . Thariq juga kelihatan mengambil beberapa langkah jauh di belakang aku mungkin takut kena raba dengan aku lagi kot??

Setelah berjalan melalui beberapa blok bangunan dan mendaki anak tangga, rasanya aku kena suarakan hasrat murni yang lama terpendam . Sekolah ni kena bina lift juga . Kalau setiap hari naik tangga boleh mati kekeringan aku ditambah pula dengan fizikal badan yang sedia kala kurus .

Thariq pula kelihatan santai dan tenang . Dari awal lagi muka dia cuba mempamerkan perilaku yang terkawal tapi kini bertukar stress apabila melayan kerenah gadis yang terpinga pinga mencuri nafas itu .

" Ily! " ah bala dah datang dah . Dari mana muncul pun aku taktau tapi kenalkan dia Saraa selaku insan yang memanggil nama aku dan juga bala dalam hidup aku .

Dia bala tapi dia juga penyeri sekali gus pelengkap hidup aku . Tanpa dia aku tetap hidup di dunia ini .
Thariq aku tinggal di belakang langkah sebaik saja papan tanda kelas 5 Glam kelihatan . Itulah tunjuk lagi muka belagak dia . Ingat handsome ke tapi dia memang handsome..

" Ily... Ily siapa budak lelaki belakang you tu..he look so hot and spicy lah babe!! " pantang betul Saraa bila melihat lelaki . Semua lelaki handsome dekat mata Saraa termasuklah abang guard yang baru masuk semalam . Dengar kata siap bertukar number phone lagi .

Kepala aku sembam di atas meja sebaik sahaja memasuki kelas . Aku perlukan rehat dan tidur sebelum memulakan aktiviti mengemas taman tapi macam malas . Bergantung kepada mood aku kalau aku ada rasa nak kemas nanti kemaslah .

Saraa terus saja memeluk lengan aku dan mengoyangkan terus dan menerus . Satu fakta tentang Saraa ini selagi dia tak dapat apa yang dimahukan selagi tu lah dia takkan berhenti buat benda yang mengannoyingkan orang . Contohnya sekarang ni .

" Itulah budak transfer yang baru pindah tadi...but wait, setahu i , you paling legend bab info-info terkini macam ni kan ." Tubuh aku senget sedikit lalu berbisik ke arah Saraa yang kelihatan teruja dan gembira .

Saraa mengangguk . " Fizikal dia memang tak lari dengan apa yang i dengar dari budak kelas sebelah . Tapi i rasa aura dia agak berbeza sedikit dari orang lain . You tak rasa benda yang sama juga ke?? " Saraa menyoal sambil mata tak lari dari memerhati tubuh yang berdiri tegak di hadapan kelas .

Thariq berdiri di hadapan penghuni kelas 5 Glam . Suasana yang riuh rendah seakan pasar karat bertukar sunyi sebaik sahaja menyedari kehadiran susuk tubuh tegap itu . Mula memperkenalkan dirinya .

" Nama aku Thariq . Sila beri tunjuk ajar ." ringkas dan padat .

Sebaik lelaki itu mengambil tempat bersebelahan dengan ketua kelas, Rayyan peh berpusu-pusu budak kelas aku menghampirinya . Mesti nak soal selidik tu sekali gus merisik khabar .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 11, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

L I L YWhere stories live. Discover now