Mata aku melilau melihat ke setiap arah penjuru bilik. Rasa sebak nak meninggalkan tempat ne. Walaupun hanya beberapa hari saja aku berada disini, entah kenapa hati terasa berat nak melangkah pergi.
Pertemuan antara aku dengan mereka bukan suatu kebetulan. Hadirnya mereka ini disaat nyawa aku sedang dalam bahaya. Mereka ada disaat aku perlukan pertolongan. Memberi aku tempat sementara untuk berteduh. Makan pakai aku semuanya terjaga dengan rapi. Sikit pun tak pernah berkurang. Layanan, malah lebih yang aku dapat. Terutama sekali layanan daripada Madam Catherine.
Tak ubah seperti layanan seorang ibu terhadap anak perempuan kesayangannya. Madam Catherine pernah memberitahu aku, madam hanya mempunyai tiga orang anak, seorang anak kandung manakala duanya ialah anak susuan yang dijaganya sejak usia mereka kecil lagi. Tapi ketiga-tiga anaknya semua lelaki. Jadi, sejak kehadiran aku di rumah ini, madam sudah menganggap aku seperti anak perempuannya.
Ini yang membuatkan hati aku semakin dipagut rasa sebak. Aku selesa tinggal disini. Taklah selesa sangat sebab pergerakkan aku di dalam rumah ne masih terbatas. Lebih-lebih lagi kena memakai tudung dan stoking di dalam rumah. Setiap hari, setiap masa, setiap minit, setiap saat dan setiap milisaat!
Aku teringat tentang kejadian dua hari yang lepas, Madam menegur mengenai aku yang terlupa memakai sarung kaki sewaktu tengah berjalan ke dapur untuk makan malam. Kebetulan malam itu, Emiliano dan Syiraz ada sekali.
"Aira, kenapa tak pakai sarung kaki? Pakai socks sekarang nanti Mr. Ace mengamuk." Aku yang menyadari akan kealphaan aku terus berlari semula ke arah bilik mencari sarung kaki.
"Mr. Ace walaupun perwatakkan dia agak dingin, dia sangat menitikberatkan aurat Aira. Dia dididik agar sentiasa menghormati orang perempuan. Tak kira status mereka apa sekalipun." Madam Catherina membuka bicara semula saat kami hendak menuju masuk ke dalam lift. Aku yang sedari tadinya diam dan hanya tekun mendengar, tidak berniat ingin bertanya lebih-lebih.
Dalam waktu yang sama, aku cair!Tak sangka sampai macam tu sekali Mr. Ace menjaga aku. Dingin-dingin pun caring juga eh dia. Aku mengulum senyuman nipis. Sesaat sahaja. Takut Madam perasan dengan riak wajah aku yang kian membahang menahan malu. Pipi merah bak buah tomato. Lagi tampak merahnya kerana kulit putih aku yang bak salju. Angkat bakul sendiri, nampak?!
Shy-shy ton betul!
Beg bagasi aku kini berada di tangan Emiliano, perlahan-lahan Emiliano memasukkan luggage aku ke dalam bonet keretanya. Aku kini berada di tempat letak kereta, hanya Madam Catherine sahaja yang menghantar aku sehingga ke sini. Aku menjenggukkan sedikit kepalaku memandang ke arah belakang Madam, berharap akan ada 'dia' juga.
Madam yang perasan akan tingkah laku aku, segera mengapai lembut kedua belah telapak tanganku.
"Mr. Ace takda kat sini, dia ada kerja penting yang nak perlu diselesaikan. Urgent katanya tadi. Tak dapat nak hantar Aira pergi airport. Aira pergi dengan Emiliano ya, Mr. Ace dah amanahkan Emiliano untuk hantar Aira ke sana dengan selamat." Ujar Madam Catherine kepada aku. Aku mengangguk lemah. Malam-malam macam ni pun masih bekerja juga ka?
Apa yang nak dihairankan Mr. Ace memang jarang sekali ada di rumah. Nak terserempak dengan batang hidungnya pun susah. Bayang-bayang dia? lagilah payah!
"Syiraz?" Soalku perlahan.
"Kalau Mr. Ace takda, dia pun takda juga."
Boleh pula macam tu? Aku mengerut dahi. Ne kalau seorang takda, sorang lagi muncul, begitu juga disebaliknya. Hari ne dua-dua pula takda. Penting sangat ke kerja tu dari aku?
Aku terasa sedikit terkilan.
Mungkin, kerana hari ne hari terakhir aku di sini tapi kedua-duanya lebih mementingkan kerja. Aku menunduk kepala dengan lemah. Nafas berat dihela perlahan.
Kecewa! Entah apa yang aku harapkan sangat pun aku tak tahu.
"Janganlah sedih Aira. Sampai masa nanti, 'dia' akan ambik Aira balik." Aku mengangkat wajahku. Entah kenapa hati aku tiba-tiba rasa berbunga-bunga. Kemudian rasa aneh menyapa sanubari.
'Ambik?' Apa maksud Madam?
Kenapa kena tunggu sampai masa nanti?
Dia akan datang jumpa aku lagi ka?
Dia akan pergi ke Malaysia untuk berjumpa dengan aku?
Aku mengeleng-gelengkan kepala laju-laju. Menepis segala pertanyaan dalam fikiran. Madam mengerutkan dahi.
"Aira taknak ke?"
"Eh bu..kan, na... Nak." Ah sudah tanpa berkias aku mengutarakan ayat itu. Aku memalingkan wajah ke sisi. Menahan malu.
Terdengar suara tawa halus dari Madam Catherine. Lucu, ya itu yang dia rasakan saat ini apabila melihat gadis dihadapannya sedang menahan malu. Tanpa berlama-lama Madam memeluk tubuh ku. Merangkul erat seakan tidak mahu dilepaskan. Seketika kemudian, madam teresak-esak menangis kecil. Begitu juga dengan aku. Berat nak lepaskan rangkulannya.
"Dah, dah nanti Aira terlepas flight, dah pergi masuk dalam kereta. Emiliano dah tunggu dah tu." Madam Catherine menolak lembut badan aku, pelukan kami terlerai. Aku mengangguk perlahan. Air mata yang jatuh membasahi pipi diusap perlahan.
Nasib baiklah aku bukan jenis yang suka sangat pakai makeup. Kalau tak habis rosak makeup aku sebab menangis. Aku perlahan masuk duduk di bahagian penumpang sebelah Emiliano.
"Nanti dah sampai sana, text Madam yea. Kirim salam dekat mama Aira juga." Sebelum Emiliano meneruskan pemanduannya. Madam sempat menitipkan pesanannya.
"In Sha Allah, nanti Aira text Madam." Aku melorekkan senyuman manis ke arah Madam. Madam membalas dengan senyuman serta anggukan kecil. Lambaian dari Madam dibalas dengan lambaian juga. Kelibat Madam semakin lama semakin jauh dan tidak lagi menyapa pandangan mata.
Aku mengalihkan pandangan ke arah hadapan. Tanpa sedar sekali lagi air mata aku jatuh. Belum sampai Malaysia, perasaan rindu sudah menyapa. Dasar cengeng!
Emiliano menghulurkan sapu tangannya ke arahku. Aku menyambut lalu diangkat ke wajah. Perlahan-lahan aku menyapu di bahagian bawah mata.
Tanpa sengaja anak mata aku, menangkap satu logo. Salju yang berwarna merah. Teringat akan peristiwa aku kena terlanggar bahu seseorang. Tapi kalini warna salju itu tidak sama dengan yang lelaki misteri itu miliki.
Aku membuka zip bag tangan yang berada di pangkuan ku.
Gotcha!
"Ne sapu tangan awak ke?" Aku mengangkat sapu tangan itu keluar dari dalam handbag lalu disuakan ke arah Emiliano.
Emiliano mengerut dahi. Dia memerhati sekilas sapu tangan itu kemudian mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Mana awak dapat sapu tangan Syiraz tu?" Soal Emiliano, hairan.
Hati aku tiba-tiba dilanda gemuruh. Jantung mengepam laju. Tangan aku tiba-tiba mengigil dan berpeluh. Anggota kaki aku terasa seakan tidak menjejak apa-apa. Aku tak tahu dengan perasaan yang aku tengah hadapi sekarang.
Jadi orang yang aku jumpa masa itu ialah Syiraz?
Arsh, Arshan Syiraz?!
Tapi kenapa..
Dia adalah 'dia'?
To be continue...
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...