Kerlipan bintang di dada langit dipandang sekilas. Cermin tingkap kereta diturunkan, kepalaku ditoleh ke arah Syiraz. Syiraz melemparkan senyumannya. Tipis. Dari isyarat matanya, seolah-olah mengizinkan aku untuk menikmati udara pada malam ini.
Aku alihkan pandanganku ke luar. Terdapat bangunan-bangunan yang tersusun megah serta orang ramai yang masih berkeliaran di sekitar bandar itu.
Saat ini, fikiran ku sedang sibuk bertelagah. Merungkai serta sedaya upaya menyimpulkan jalan keluar bagi teka teki yang semakin lama terasa semakin sulit untuk disimpulkan.
'Apa yang aku terlepas pandang selama ni?' Gerutu hati kecilku. Lama aku berdiam diri, membiarkan angin malam itu menampar lembut pipiku.
"Sayang.." Syiraz menarik lembut tangan ku, lalu dia menyatukan jari-jemarinya dengan jari jemariku. Kemudian digenggamnya erat.
"Iya?" Aku memalingkan wajahku memandang ke arah Syiraz. Bebola mataku turun memandang tangan Syiraz, cincin pernikahan yang terletak elok di jari manisnya. Ukiran unik pada cincin itu membuatkan aku tertanya-tanya kenapa jejaka dihadapan ku ini, bertegas hendak menikahiku.
"Sayang.. Kau sakit?" Soal Syiraz.
"Huh?" Lamunanku tersedar sepenuhnya.
"Tak.. Sayang ok je. Kenapa?" Soalku kembali sambil tangan ku menyentuh dahi.
"Kau nampak pucat. You want to go home?"
"Eh, takpalah awak. Kesian nanti büyükanne tunggu kita lama."
"Sayang sure? If not kita balik and don't worry büyükanne akan faham yang cucu menantu kesayangan dia ne tak sihat."
Aku tergelak kecil. "Kesayangan yea.."
"Yeah. I'm her beloved grandson. So, secara tak langsung kau ialah cucu menantu kesayangan büyükanne juga." Ujar Syiraz bangga. Aku tersenyum. Kepala digelengkan.
Ada-ada saja.
"Sure ne?" Soal Syiraz kembali. Ingin memastikan bahawa aku tak apa apa.
"Iya awak. Nanti kesian pula dekat Emiliano nak kena U-turn hantar kita balik rumah. Perjalanan kita ne dahlah bukannya dekat." Ujarku.
"Takpa tu memang tugas dia." Emiliano yang mendengar jawapan dari Syiraz terus melirikkan matanya ke arah cermin hadapan. Jelingan maut diberikan kepada Syiraz.
'Ne bukan tugas aku oi!' Desis Emiliano.
"Tak guna punya kawan. Ada pemandu peribadi sendiri taknak pakai. Nak aku juga yang kena jadi driver dia, kononnya senang jadi driver dalam masa yang sama jadi bodyguard dia. Cehhh! Bodyguard apoo.. Tu hahh.. Kiri kanan pengawal keselamatan dia ikut guna motorbike." Kecil sahaja suara itu namun masih terdengar oleh Syiraz.
"Diam." Tegas Syiraz. Aku memukul lengan Syiraz. Syiraz mengaduh kesakitan. Aku pukul taklah kuat sangat tapi dia je yang mengada lebih.
"Lemah." Ujar Emiliano. Cari pasal.
Syiraz menjeling tajam ke arah Emiliano. Jeling-jeling juga tapi agak-agaklah member tu bukannya nampak pun. Sibuk memandu. Merajuklah tu. Mana tidak, dah orang tu kena paksa. Siap main ugut lagi tu. So, lemahlah member tu dibuatnya.
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...