Malam itu, aku baru saja hendak melelapkan mata namun pergerakkan tilam yang agak sedikit tengelam itu seolah-olah ada orang yang sedang duduk membuatkan mata aku kembali celik. Berbekalkan cahaya lampu tidur, aku melihat Syiraz yang sedang berbaring sambil membetulkan posisi tidurnya.
"Awak.." Dengan nada perlahan aku memanggilnya. Syiraz menoleh ke arah aku.
"Yea sayang?"
"Thankyou for today." Ucapku tatkala bebola mata bergerak memperhatikan setiap inci wajahnya. Dengan rambut depan yang terjuntai di dahinya yang kelihatan sedikit basah kerana tadi Syiraz baru saja selesai mandi. Aku terpegun. Handsome sungguh mat!
"Its not a big deal sayang. Next time, just let me know if you want to know more about me. Ok?" Ujar Syiraz seraya memberikan sebuah ciuman di dahi aku. Bau haruman badan Syiraz menyapa rongga hidung. Aku mengemam bibir.
My favourite scent!
Its smell so masculine and freshy!
"Feel free to ask me, sayang. Afterall, I'm yours." Ujar Syiraz kembali.
I'm Yours! Oh gosh!
Terasa ratus ribu rama-rama berterbangan dalam perut masa ni.
Rasa nak tergolek dari katil tapi tulah kena sedar diri.. tak pasal-pasal lumpuh satu badan nanti. Cukuplah lumpuh kaki jangan nak ditambah-tambahkan beban yang sedia ada ni.
"Buat masa sekarang saya takda soalan nak tanya dekat awak." Aku terharu tatkala teringatkan siang tadi Syiraz sudi mengajak aku mengelilingi tempat kerjanya, memberitahu mengenai tentang pekerjaannya dan tak jemu melayan kerenah dan juga pertanyaan yang aku ajukan kepadanya.
"Sure?" Aku mengangguk.
"Kalau macam tu, aku ada soalan untuk sayang. May I?" Soal Syiraz.
"Awak nak tanya apa?" Kening diangkat sebelah. Menunggu soalan yang bakal meluncur keluar dari bibir merah suaminya itu.
"Sayang.. How much do you love me?" Soalan yang terbuku di dadanya akhirnya terlepas keluar. Bukan tidak percaya mengenai perasaan isterinya tapi alangkah bagus jika tuan empunya badan yang mengungkapkannya sendiri.
Walau pada hakikatnya dia sudah sedia maklum dengan jawapan yang keluar dari bibir isterinya itu nanti. Macam mana dia boleh tahu dan seyakin itu? Sudah semestinya dari tindakan dan juga perbuatan isterinya. Memandangkan isterinya itu jenis yang senang untuk dibaca. Hanya melalui gerak-geri dan perubahan mimik wajah isterinya saja dia sudah tahu.
She's too easy to read.
Tika ini, aku sedang menahan diri dari tersenyum. Bibir dikemam rapat. Soalan apa ne? Syiraz ne pun satu.
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula."I love you...Endlessly." Ujarku tersipu malu. Nak je rasa hempuk muka sendiri dengan bantal. Cringe gila dengar jawapan sendiri.
Syiraz terkedu tatkala melihat gelagat isterinya itu. Dia memang sengaja nak masuk ke jerat sendiri. Wajah polos serta sikap pemalu yang dipamerkan oleh isterinya itu, membuatkan Syiraz tak senang duduk. Wajah dipalingkan ke kiri manakala bibirnya mengoyakkan sebaris senyuman. Comel!
Yaa, itu yang terlintas di benak fikirannya tatkala melihat reaksi isterinya itu. Comel! Rasa nak gomol-gomol je pipi gebu milik isterinya itu.
"And I love you like no others." Ujar Syiraz dengan nada sedikit tertahan tatkala mata mereka bertembung semula. Jeda. Dalam waktu yang bersamaan aku mem-blushing!
YOU ARE READING
His Remedy of Life [OG]
Mystery / ThrillerAku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya aku berada di tempat itu. Hadirnya lelaki misteri dalam hidup aku, umpama bom jika ditarik picunya ny...