𝓑𝓪𝓭 𝓓𝓪𝓭𝓭𝔂 2 | BEFORE

19.2K 1.5K 193
                                    

Kelakuan melampau Hilas di sekolah semestinya menarik perhatian ibu bapanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






Kelakuan melampau Hilas di sekolah semestinya menarik perhatian ibu bapanya. Tentu tiba di telinga mereka oleh kerana dilaporkan pengetua sekolah.

Demi tuhan, banyak kali sudah mereka mendapat laporan tentang kelakuan buruk Hilas di sekolah.

Mahu pitam Hani mendengar laporan itu tapi suaminya nampak tak terkesan dengan berita itu. Tenang dan santai seakan tiada apa yang berlaku. Tentu saja Hani tak habis fikir dengan tingkah suaminya.

"Hilas!"

Kini, di hadapan matanya terdapat sosok tegap anaknya sedang duduk di hadapannya. Pakaian masih berseragam sekolah. Dapat dilihat kesan darah ada di sana.

Oh tuhan. Boleh tidak Hani mahu menjerit dan melempar anaknya ke tengah laut?

Hilas diam. Tak menyahut panggilan ibunya yang kedengaran kesal. Seketika, dia menghela nafas perlahan. Sememangnya Hilas cepat terenyuh jika ibunya marah atau kesal kepadanya tapi masa bodoh dia lah paling kerap sekali membuat ibunya seperti itu.

Sungguh bertolak belakang dengan kemahuannya tidak mahu membuat ibunya marah dan kesal terhadapnya.

Hiro pula, santai menyilang kaki melihat drama di hadapan mata. Jika ada kopi menemani pasti jadi lebih gempak drama di depan matanya ini.

"Apa pula masalah kamu ini? Tak habis-habis buat masalah kan?! Tahu tak umi dah naik pening dengan tingkah kamu?" geram Hani. Tajam mata bundar itu menusuk sosok anaknya.

Hening.

"Jawab umi, Hilas! Kenapa kamu pukul dia sampai koma? Mujur tak mati anak orang itu. Apa salah dia pada kamu?! Hilas tak habis buat umi malu dengan sikap Hilas kan? Haish! Umi tak tahu nak cakap apa dah pada kamu, Hilas. Nasihat, tak ada guna pun. Membazir air liur umi je!"

Jika sebelum ini Hani hanya marah biasa-biasa tapi tidak kali ini. Wanita itu betul-betul kelihatan marah dan nampak cukup menahan sabar.

Hilas kepal penumbuk sekalian rahang menegas. Bukan marah tapi hatinya berdenyut sakit kerana telah membuat ibunya kecewa.

"Suka hati kamulah, Hilas. Ikut kamu nak buat apa lepas ini. Jika umi dapat lagi laporan itu, umi buat tak peduli saja. Nak marah buat apa jika masih tak ada fungsi untuk berubah kan?" sinis Hani. Sungguh, pertama kali Hani seperti ini kepadanya.

Sampaikan Hiro tersentak mendengar bicara isterinya. Menatap wajah sendu isterinya tak percaya. Tak ketinggalan Hilas yang juga tersentak. Panggung kepala melihat ibunya. Terhenyak hatinya seketika mendengar ucapan ibunya barusan tadi.

"Sayang..."

"Apa? Abang nak bela anak abang ini? Bagus. Bapak dan anak sama saja. Sudahlah! Hani penat!" potong Hani laju lalu berjalan meninggalkan ayah dan anak itu yang terbisu.

Hiro beralih melihat Hilas yang tertunduk. Riak itu sugul. Sesaat, Hiro menghembus nafas panjang.

Mendadak raut wajahnya berubah serius. Kali ini dia sendiri akan selesaikan masalah ini setelah lama dia berdiam diri dengan apa yang anak lelakinya lakukan.

 𝗦𝘂𝗰𝗵 𝗔 𝗚𝗼𝗼𝗱 𝗗𝗮𝗱𝗱𝘆| 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞Where stories live. Discover now