𝓑𝓪𝓭 𝓓𝓪𝓭𝓭𝔂 4 | BEFORE

15.8K 1.2K 39
                                    

Ayra diam menatap skrin telefon pintarnya yang berbunyi entah ke berapa kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Ayra diam menatap skrin telefon pintarnya yang berbunyi entah ke berapa kali. Melihat tanpa berniat untuk diangkat. Ayra alih pandangan. Fikirannya masih kacau. Jadi untuk angkat panggilan dari Hilas, bukanlah hal yang tepat sekarang.

"Ayra..."

Ayra tak bersuara atau bergerak tubuh melainkan ekor matanya melihat ke pintu.

Perlahan Ayra rebahkan tubuhnya ke katil kembali. Menarik selimut menutup tubuhnya hingga ke leher. Merenung datar ke luar jendela.

"Keluar." Datar nada Ayra.

Dapat Ayra dengar jika ibunya menghela nafas panjang sebelum dia mendengar pintu ditutup. Ayra pejam mata erat.

Tak lama itu, gadis itu terlena sendiri dalam keadaan hati yang lara.

KEESOKAN HARINYA, AYRA hadir ke sekolah dengan wajah bersinar. Jangan terperdaya. Gadis itu ingin dilihat orang yang dirinya gadis sedang dilanda rasa senang hati walhal itu hanya kepuraan.

Ayra berjalan naik ke kelasnya. Senyuman diberi apabila bersemu dengan rakan sebayanya. Memang dia pemurah senyuman sebab itu dia disenangi walaupun dia kadang mendapat tatapan tajam kerana statusnya yang difikir kekasih Hilas.

Sebaik Ayra jejak ke ibu tangga, tiba-tiba tangan dicekal seseorang. Terkejut bukan kepalang Ayra. Dia mendongak melihat siapa dalangnya. Rupanya Hilas.

Ayra telan liur berat. Gerun melihat wajah dingin Hilas.

"Awak..." Suara Ayra mati bila Hilas menariknya menuju ke satu tempat. Langkahnya agak terseok kerana langkah besar Hilas yang terasa laju.

Ayra tunduk. Malu dilihat oleh pelajar lain. Tentunya aksi itu dilihat oleh pelajar yang berada di sekitar itu. Memandang mereka berdua dengan tatapan tajam dan berbisik sesama sendiri.

Ayra tersentak apabila mereka sudah tiba ke rooftop. Meliarkan matanya ke sekeliling sebelum melihat hadapan. Spontan Ayra mundur sedikit kaget bila Hilas melangkah setapak dekatinya. Liur ditelan sekalian jantung berdetak kencang.

Berkerut sedikit takut dahinya melihat mata hitam pekat kelam milik Hilas.

"Kenapa kau tak datang semalam?" tanya Hilas.

Ayra terkebil.

"A... Apa?" matanya mengerjap polos.

Hilas berdecit geram.

"Kenapa kau tak datang semalam?"

Ayra kelip mata. Bibirnya yang terasa kering, dijilat. Tak luput kegiatannya di mata Hilas. Hilas kepal penumbuk. Apa Ayra sengaja memancingnya?

"Uh... Sebab saya ada masalah." Gugup Ayra balas.

Hilas diam.

Perhati dalam wajah Ayra. Entah kenapa dia merasakan Ayra bohong. Hilas menyipit matanya tajam. Melihat Ayra intens. Ayra terundur sekali lagi bila setapak demi setapak Hilas dekatinya.

 𝗦𝘂𝗰𝗵 𝗔 𝗚𝗼𝗼𝗱 𝗗𝗮𝗱𝗱𝘆| 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞Where stories live. Discover now